.
Episod akhir
"Aku mahu pusaka. Bukan PUAKA...!"
Jerit Hasri kuat-kuat seperti berani. Tetapi matanya terketar-ketar melirik kalibat-kalibat hitam berambung panjang yang sekejap muncul di tingkap, sekejap muncul di pintu dan sekejap muncul di sebelahnya...
Rumah papan dua tingkat peninggalan datuk kepadanya, datuknya yang baru dikuburkan seminggu lepas, sungguh panas pada malam itu...
"Pusaka datuk kamu datang sekali dengan puaka-puaka belaannya."
Kata Pawang Hitam. Diracik-racik kemenyan bukit lalu menaburkannya ke dalam dupa berbara. Asap pun naik 'kemelun' memanjat ruang dan baunya melekat pada tiang seri sebesar peha orang dewasa...
Hasri mengetuk-ngetuk dahinya yang luas tak berambut. Pusaka dan puaka. Pusaka atau puaka tiada. Jenuh dia merenung wajah Pawang Hitam. Akhirnya, dia menarik keluar keris dari sarungnya yang berbalut kain kuning. Tanpa disuruh oleh Pawang Hitam, Hasri kucup mata keris 3 kali. Pawang Hitam melepaskan keluhan halus sambil menggeleng kecil...
Tamat.
.
8 comments:
Ending tak menyentap jiwa harus diubah. haaha
fifie,
ko tak nak tanya awalnya mcm mana?
hahaha
dah tiba2 pulak akhir....?
.
TM,
tu la... tetiba dahbabak akhir... kakakaka
Hasri kena guna Yun Nam hair care eh...!!!
sepa,
entah kenapa tetiba cerita pada kali ini aku terbayangkan ko lak... hahaha
dah tu, hasri ambik pusaka dan puaka ker, atau tolak kedua-duanya? (sambil baca endingnya ulang2 kali nk bagi paham jugak2.. hahaha..)
Aya Yus,
Entah... aku blom putuskan lagi apa endingnya....
cerita ni akan aku sambung di merungmahawangsa.blogspot.com. Sila la ke situ sekali sekala...
Post a Comment