.
Salah satu KPI aku ialah membuat sebuah buku setiap tahun.
Setakat ini aku telah keluarkan 3 buah buku dan yang ke-3 itu ialah pada tahun lepas, sebuah himpunan puisi yang aku pilih dari dalam blog-blog aku. Sudah tentu puisi tentang jiwa... sebab itulah tajuknya pun 'Jiwa-Jiwa Yang Parah'... dengan ilustrasi Sepa sebagai 'cover guy' yang sedang bersedih.
Pada tahun ini, aku akan buat sebuah atau dua buah buku lagi. Sekarang ini aku sedang kumpulkan dan edit mimpi-mimpi aku untuk dibukukan. Aku rasa aku perlu bukukan mimpi aku itu kerana kalau tidak ianya 'membazir' jika dibiarkan sahaja di alam siber.
Buku mimpi yang belum bertajuk ini aku dedikasikan kepada Cikgu Ahmad Lutfi, guru Bahasa Melayu ketika aku di darjah 5 dulu. Beliaulah yang mengalakkan kami menulis semula mimpi kami. Caranya itu amat berkesan bagi aku kerana sampai sekarang ini aku suka bercerita apabila aku bermimpi.
Menurut beliau, untuk menulis sebuah karangan dengan penceritaan / naratif yang baik seseorang itu perlu dapat bayangkan jalan cerita itu di dalam fikirannya seperti menonton cerita di wayang gambar. Untuk memahirkan diri dengan karangan, beliau menggunakan mimpi kerana mimpi sudah tergambar dalam kepala. Jadi, mudahlah sikit untuk menulisnya kerana jalan ceritanya kita telah 'tonton'. Hanya perlu ceritakan semula.
Buku kedua pula ialah 2 cerpen yang telah aku buat dahulu. Yang pertama tentang Jebat. Ianya sebuah karya parodi tetapi bersandarkan sejarah. Aku gunakan bahasa melayu klasik setakat mana yang aku mampu kerana 30% dari cerita Jebat itu diambil dari buku Sejarah Melayu menurut Richard Olaf Winstedt. Oleh kerana mahu supaya ianya menjadi parodi yang baik, gaya bahasa yang aku guna perlu hampir sama dengan buku Sejarah Melayu. Karya ini aku tulis pada tahun 2001 kalau tak silap.
Cerpen kedua pula ialah sebuah cerpen yang aku telah hantar untuk peraduan Formula Malaysia pada tahun 2000. Karya itu telah memenangi hadiah saguhati dalam kategori umum. Ia tentang keazaman seorang budak sekolah. Bila aku baca balik cerpen itu aku terasa sungguh 'kerajaan' kerana sungguh bukan aku yang menulis begitu. Kerana apa? Kerana aku terpaksa memenuhi syarat-syarat pertandingan seperti memaparkan masyarakat berbilang kaum dan nilai-nilai nasionalisma.
Buku kedua itu aku bukukan kerana kedua-dua cerpen itu tiada 'softcopy' lagi. Sudah dimakan virus. Yang aku ada sekarang hanyalah manuskrip. Sebelum manuskrip itu musnah ditelan bubuk, aku perlu bukukan. Namun aku perlukan masa untuk menaip semula manuskrip-manuskrip tersebut.
Aku bukukan ini sebenarnya untuk koleksi peribadi dan kepuasan sendiri. Tetapi, seperti biasa, aku akan cetak lebih kerana kedai pembukuan itu memerlukan MoQ (minimum order quantity). Nanti bila dah siap, aku beritahu. Siapa cepat dia dapat. Aku hanya buat 10 salinan sahaja mengikut bajet ekonomi aku.
Ok. Itulah manifesto aku pada tahun ini.Maka sokonglah aku. Undilah aku.
.
14 comments:
sokong. sure undi punyerr...!
Nak undi tapi nak pangkah cap apa ni?
Tahniah.penulis rupenya.teruslah berkarya.
bukan sahaja penulis bahkan pelita
KPI 1 buku setiap tahun? Bagus! Aku kena ikut semangat ko la nampaknya. Aku MC dua hari, dalam dua hari tu juga aku termula bikin dua novel sekali gus..harap aku kuat semangat nak teruskan..
Hani,
tapi penamaan calon belum dibuka SPR lagi..
Kniedaz,
err... aku pilih cap Nyamuk Jantan.
nyamuk ni suka hisap darah, lepas tu suka buat bunyi berdengung kat telinga... sungguh annoying... kan?
Puteri Purnama,
menulis suka-suka sahaja.
Untuk koleksi peribadi, untuk anak pada satu hari nanti.. selain itu kalau orang nak berkongsi, aku kongsikan sekali...
azani,
pelita nasi kandar Penang boleh lawan nasi beriyani gam johor tak?
(orang Penang mau lawan sama orang Johor, boleh menang ka?)
LW,
dua novel sekaligus???
tak terkecamuk ke olahan bahasa dalam jalan cerita tu nanti?
Itu umpama berlakon dalam 2 teater di dua pentas berlainan serentak! Kalau dua-dua teater tu teater asmara, ok juga la sebab bahasa asmara tu lebih kurang sahaja. Tapi kalau satu asmara Tun Teja-Hang Tuah dan satu lagi asmara zaman FB?
Apa-apa pun, ko boleh buat punya... aku yakin...
Buat masa sekarang, aku tulis laporan & aduan je kut ha ha..
Kejap2 budak mengadu - Makcik loker kita pad lock tanggal.
Kejap2 kontraktor dewan makan mengadu - Kak, freezer rosak.
Tengah hari sikit kak2 cleaner pulak mengadu - Mar, paip air, shower, tanggal bla..bla...
Petang pulak, silap2 kak2 jaga cal - Mar semalam kan, lampu pagar mati blaa.bla..blaa..
Asyik rosak je..akak nak mengadu kat ko ni.
Jangan2 tempat kerja kak ni banyak momok kut ha ha ha..
Alamak..aku guna akaun asrama lagi hihihi..
Waterlily,
bila terima aduan, kepala jadi semak.
Segala aura negatif kita terpaksa sedut, itu yang semak tu... hahaha
beriani yang sedap aku pernah makan di peserai, ada kebayan berdepan dengan hospital swasta
azani,
peserai tu kat mana? Johor ek?
aku tak faham sangat negeri johor ni...
dalam batu pahat
azani,
Ooooo..... aku tak tau...
Post a Comment