Saturday, April 27, 2013

YB Superman...

.

Diantara dialog-dialog yang aku dapatkan dari TV ketika calon-calon YB ini ditemurah semasa mereka 'turun padang':

"Setelah buat tinjauan begini, kita dapati banyak lagi yang perlu dilakukan..."

Tettttt!!!!

"Saya dapat memahami dengan lebih dekat keadaan yang berlaku...."

Tetttttttttt!!!!

"Barulah saya tahu... setelah turun padang ..."

Laagiiiiii Tettttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!


Mereka itu mungkin nak tunjukan kejujuran mereka. Mereka mungkin juga mahu menunjukkan keikhlasan mereka dengan membuat pernyataan seperti itu tetapi kata-kata mereka itu mengundang persoalan lain. Diantaranya, selama ini mereka tak tahukah? Setelah 5 tahun, takkan baru kali ini faham?


Lebih baik jika mereka mengatakan begini:

"Sebenarnya masalah Mak Cik Wok telah saya panjangkan ke pihak atas 3 bulan lepas. Saya akan 'follow-up' apa ceritanya nanti. Pasal Pak Yeop pula saya dah tengok minggu lepas, kertas kerja saya dah buatkan, lepas PRU13 nanti, kalaulah saya terpilih semula, saya akan bawak ke atas..."

atau

"Walau pun saya bukan terpilih semasa PRU12, masalah-masalah mereka ini saya cuba ringankan dengan bantuan dari poket saya sendiri setakat mana yang termampu sahajalah. Kalau PRU13 ni saya terpilih, saya pasti akan berusaha lebih lagi..."


Semua orang berharap YB mereka itu seorang yang 'superman'.
Mana boleh sebab YB-YB kita ni belum pakai seluar dalam di luar lagi.
Dan yang terpenting, seluar dalam mereka berwarna putih.... bukan warna merah.




.

14 comments:

aza ni said...

ha ha croc atau heinz please

Lelaki said...

hehe...

aza ni said...

personally aku berpendapat kalau nak dakwa,dakwa di mahkamah,siarlah puas puas dalam mahkamah tertutup darei orang awam

aza ni said...
This comment has been removed by the author.
Jahirah said...

hahaaa..kalau YB jd superman tataw le apa berlaku..moga YB2 ni berkhidmat dgn cmerlang la...jgn dekat pilihn raya je baru nk berjasa...oppss...no politik..

tasekM said...

setiap kali PRU deme akan cakap... ok nnti kita buat itu... buat ini... baru nak buatkah? habis selama ni kau buat apa je...?




.

sepa said...

eh Dino, pertama kali aku tgk ceramah org kempen... - malam nih. hahaha... ada wan azizah, dia bawak anak dia...!


.
dia suruh crowd cakap : ini kalilah...


.

ckLah @xiiinam said...

Teeeeeeeettttttt....


Hehe...


(Hari ni nk melawat kawasan...Shah Alam dari seksyen 7 melarat ke ss 13)

Lily Abdullah said...

Hahaha.

Aku tak tgk berita. Karang menambah dosa pulak. Sebab aku tak boleh tahan diri dari rasa nak mencarut.

Meh la tgk projek 5 juta depa ni yang mendatangkan banyak aduan kat aku ni.

Pak muohiden datang, mesti aku tak payah tulis surat laporan byk2 kali.

Atau bangun 3 tingkat runtuh ke, masuk TV, cepat sikit dapat peruntukan nak menyelenggara..

Temuk said...

Kihkih, geli hati sungguh Kang Temuk dgn cerita superman dgn seluar dalam di luar tu. Lo, mboh-mboh limang tawun seng lepas, orong sempet nggo katok njero! Apa tidaknya, masyarakat harapkan mereka bekerja 24 jam sehari, setiap hari, sampai habis tempoh mewakili rakyat!

Dr K said...

Bro, dah lama la kita ada YB ala ala Superman....kau yg ketinggalan komuter...

http://1.bp.blogspot.com/_6IMV4RX7E_Y/TLL_ipZWG5I/AAAAAAAASE8/J2PwRyBtgQU/s1600/superkasa_lr+(1).jpg

hahahaha

Nizam.Ariff said...

azani,
hahaha... ko cakap. aku tak cakap.


lelakisemalam,
hahaha...


azani,
dunia akhir zaman... umpat fitnah buruk2kan orang dah jadi resam... dengan kehadiran perkakasan dajal bernama internet...



Aishah,
selalunya dah macam tu...
malas nak berharap lagi dah...



TM,
that's my point.... macam baru semalam kenal kawasan tu.. kalau lim kit siang kat gelang patah tu patut juga, dia datang ke situ....



Sepa,
bila dia suruh cakap. ko jerit kuat2 tak?

ko tak jerit punya.. ko sibuk ambik foto suasana.. kan?



Cklah,
Alaaaa.... aku lak g ke Taman Botani, Putrajaya...


Waterlily,
dia org bukan superman.. dia tak mampu nak puaskan semua.... kena minum tunjuk langit+tongkat ali 3 kali sehari la tuh... hahaha



Kang Temuk,
Haah.... sibuk sangat. kat luar orang cari, kat rumah oun org datang mencari....



Daddy Ziyyad,
Hahahaha.... itu superman + hulk.. hijooo...




sepa said...

maner ko tau aku tak jerit...!!!

memang aku tak jeritpun... aku hanya senyum. hehehe (suara aku mahal eh....)

.
memang aku ambik foto. ko nak.?! aku siap iring dia dari parking sampai ke pentas...
eh, cuba ko gugel dlm utube, siapa cewek yg bersama anak dia tu ar... satu lg, mgkn ada jugak depa poskan dlm blog Jalan Pulang...! cer ko ke sana.!


.

Nizam.Ariff said...

sepa,
bukan ke betul aku cakap...
ko bukannya sosial sangat pun..
ko lebih kurang aku je... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com