.
Tadi.
Aku berjalan dari kereta aku yang aku letakkan di bahu jalan. Aku menapak menuju ke pejabat. Aku lihat langkah kaki aku dan terbayangkan aku sedang bergerak menggunakan sejenis bio-mekanisme yang dikategorikan bi-pedal atau dua kaki.
Ketika aku berjalan itu, aku bayangkan aku sedang menumpang di atas kaki. Aku letakkan beban tubuh aku ke dua-dua belah kaki itu. Dan aku berharap kaki-kaki itu berjalan ke arah yang aku kehendaki.
Dan aku juga terfikir bagaimana tubuh aku terpaksa imbang ketika sebelah kaki diangkat untuk diletakkan selangkah ke depan. Pada ketika itu, hanya sebelah kaki sahaja yang menyentuh bumi dan kedudukan kaki itu adalah asymmetry, bukannya simetri.
Ketika kaki itu melangkah menaiki tangga, sekali lagi dugaan tubuh badan untuk mengimbangi pergerakan kaki. Aku tak terbayangkan berapa banyak otot yang terlibat. Dari sekecil-kecil otot sehinggalah sebesar-besar otot. Dari otot pada peha dan pinggul (auw!) kepada sekecil-kecil otot pada jari kaki.
Sudah berpuluh-puluh tahun ahlul sains cuba untuk menciplak arkitek dan rekabentuk mekanisme bi-pedal itu. Diantara yang paling berjaya dan terkenal ialah robot Asimo keluaran Jepun (Honda). Namun begitu pergerakkannya tidak selembut bio-mekanisme anak Adam.
Kalaulah mekanisme pada anak Adam itu sudah dikira majmuk, bagaimana pula mekanisme bi-pedal lain yang mungkin lebih ringkas tetapi tetap efektif dan efisien seperti ayam dan itik?
Aku sarankan jika berjalan nanti, cuba lihat pada kaki ketika melangkah dan bersyukurlah....
.
10 comments:
memang menarik ilmu physiology manusia ni...ini salah satu sebab kenapa aku menceburi bidang medicine...
nah, tengok youtube ni...
http://www.youtube.com/watch?v=Lr41YEiF1mg
sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu amat sempurna
Bersyukurlah ko ada sepasang kaki. Cukup sempurna. Sambil jalan boleh tengok kaki sendiri bukan kaki orang lain!!
Daddy Ziyyad,
aku suka memahami bio-mekanik, tu sebab aku ambik Mekanikal... hehehe
Sudip,
Kalau ciptaanNya sahaja amat sempurna,Allah itu pasti Maha Sempurna...
Lola Momon,
Ya, nikmatyang dipinjamkan...
Smoga kita dpt gunakan kaki yg dikurniakan Nya ke arah yg betul..
Teena Tna,
Ya, setuju....
otot hidung kena berfungsi jugak bang!, supaya tak terpijak taik kambing. eh, masa ko jln ke opis, tak dak taik kambing atas jalan ker?!
.
sepa,
tak ada... taik gagak banyakla.... hahaha
aku jarang fikir mengenai mekanisme itu tapi kalau aku start berfikir, payah aku nak stop..takut aku jadi lain jer..
LW,
fikir tak henti2 ek?
hahaha
Post a Comment