.
Sudah menjadi rutin Hasri apabila sampai di pejabat, dia akan meletakkan begnya, kemudian menyikat rambutnya yang disibak angin pagi yang melolos masuk dari celahan tingkap kereta apabila dipandu pantas demi mengejar masa dunia, kemudian memasungkan tengkuknya dengan tali leher kuning (esok-esok hijau, esok-esok pula putih), kemudian mengalungkan tanda nama, kemudian menghidupkan enjin komputer ribanya... dan apabila semuanya telah sedia, Hasri akan berjalan menuju ke pantri sambil memegang gelas besi untuk menyediakan Teh Hijau.
Oleh kerana itu sudah menjadi rutin selama setahun lebih di pejabat barunya, dia yakin yang dia mampu berjalan melalui koridor dan melalui celah-celah kubikel meja teman-teman sepejabat tanpa masalah hatta dengan bertutup mata. Sepatutnya otot-otot tubuhnya mampu menghafal semuanya kerana sudah menjadi rutin agak lama. 'Layout' pejabat itu pun sudah terpeta dalam otaknya.
Oleh kerana itu juga, Hasri pun menutup matanya... dan mula berjalan di ruang koridor tanpa ada masalah. Ketika mahu membelok ke pantri, Hasri buka sikit belahan kelopak matanya kerana ingin mengintai celahan lorong sempit diantara kubikel-kubikel setinggi separas dada. Hasri menipu! Serta merta hatinya terdetik, dia tak boleh menipu. Dia ingin merasai pengalaman orang yang buta.
Hasri terus berjalan perlahan-lahan dengan mata tertutup rapat dan berhati-hati kini kerana ruangnya agak sempit. Malah, sebelah tangannya meraba-raba dinding kubikel. Kadang-kadang tangannya menggawang ruang-ruang kosong yakni pintu masuk ke setiap kubikel itu. Maka teraba-rabalah Hasri lagi mencari dinding kubikel seterusnya untuk teruskan perjalanannya ke pantri.
Sesampai di hujung dinding, Hasri membelok ke kanan. Dia sudah sampai ke pantri. Kini, dia menghadapi masalah lain pula. Bagaimana dia nak pastikan gelas besinya berada di 'water dispenser' dan di pancur panas dan bukan di pancur dingin? Hasri pun raba-raba kepala pancur..
"Aaaahhhh...!"
Hasri tekan salah satu kepala pancur air dan rasai air yang keluar. Sedikit air panas memercik ke tangannya. Sah, gelas besi itu berada di bawah pancur yang betul. Tapiiii..... aaaahhhhh!!!
.
8 comments:
pancur apakah yg sebenarnya hasri tekan? bahahaha
Daddy Ziyyad,
ko pikir ke lain je ek...?
hahaha...
woiiii..mana ada!
hahaha
wahaha aku baru nak tanya punat apakah yg hasri tekan ittewww!!
lain kali bukak mata, baru nampak
Daddy Ziyyad,
Elehhh... macam aku tak tau maksud ko tu...
macamlah aku ni baru kawen semalam je... keh keh keh
LW,
punat panas... sekali tekan terus menggelupur ... hahaha
Kniedaz,
hehehe... sengaja cari susah....
syiok eh tekan punat yer...! hahaha
camner bunyi bila punat tuh ditekan (maksud aku, bunyi punat, bukan bunyi org yg menekan...) hahaha...
.
sepa,
punat tu tak berbunyi
ia beraksi mengeluar cecair panas....
Post a Comment