Thursday, May 16, 2013

Personal Data Protection Act 2010 ( PDPA 2010 ) adalah hak pengguna yang patut kita tahu...

.


Pernah dapat panggilan dari telemarketing? Atau emel?
Selalu dapat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur promosi barang-barang atau servis?
Ada dapat SMS mengatakan 'Sila Undi Parti Ikan Tongkol' baru-baru ini?

Kini kamu mungkin berpeluang untuk gunakan hak anda!

Klik imej untuk ke sana...



Diantara perkara-perkara yang termaktub ialah:

Tanpa persetujuan pemilik data (yakni pengguna (yakni kita)), mereka tak boleh menghantar sebarang promosi atau iklan atau yang berkaitan KECUALI
  • yang berkaitan dengan service and warranty produk yang kita telah beli dan sedang dipakai
  • bil atau bayaran untuk service and warranty produk yang kita telah beli dan sedang dipakai.

Selain daripada itu, sebarang komunikasi yang berbaur promosi atau iklan TANPA persetujuan pengguna adalah di larang. Dan kita boleh mengadu kerana 'privasi kita telah dicerobohi' atau 'my privacy has been violated'. Kalau tak silap jika sabit kesalahan mereka boleh didenda atau/dan diipenjara.

Pihak yang menyimpan data peribadi itu juga dikehendaki memastikan data itu sentiasa dikemaskini. Itu tanggungjawab mereka. Jika tidak, satu lagi kesalahan telah dilakukan.

Jadi, kepada sesiapa yang rasa telah diceroboh dengan rakus, bolehlah gunakan kata-kata  ini "PDPA 2010. I feel my data privacy has been violated by you. Please stop!" atau dengan kata lain "PDPA 2010: Anda telah cerobohi peribadi saya, tolong berhenti dari melakukan perkara selanjutnya" atau boleh juga begini "PDPA 2010: Tolong jangan cerobohi peribadi saya, saya tak merelakannya".

Errr... versi Bahasa Melayu itu satu macam bunyinya.


Apa yang aku tahu, trend para pengiklan atau komunikasi sekarang ini telah beranjak dari mass marketing kepada personalize marketing, ada juga yang panggil direct marketing. Atau dengan kata lain, mereka ingin tujukan  atau berkomunikasi dengan pengguna secara terus, bukan secara umum lagi. Untuk melakukan itu, mereka perlukan data-data peribadi pengguna dan juga saluran untuk dihubungi seperti telefon, emel dan telefon bimbit. Aku tak pasti jika alamat rumah juga adalah data peribadi. Rasa-rasanya tidak. Jadi mereka mungkin boleh hantar 'flyers' atau katalog ke rumah.

  • Jika anda dihubungi oleh seseorang dan nama anda, bank kredit atau data-data lain diberitahu e.g. "Nama encik XXX dan encik ada akaun dengan ..." atau kalau biasa aku terima "Boleh saya bercakap dengan En. Nizam... ya encik, sebelum ini saya perlu membuat pengesahan ... no handphone encik..., nama wife encik......" ---> Sila tanya dia semula "Siapa yang bagi awak data saya? Saya tak pernah benarkan sesiapa kongsikan data saya pun"
  • Jika anda menerima promosi melalui emel atau SMS dan anda terasa diganggu ---> balas semula email atau SMS (kalau boleh) dan katakan "PDPA 2010. Please stop. You have violated my data privacy".


Nampak gayanya selepas ini stesyen-stesyen TV, radio dan media-media cetak akan kaya semula kerana mass marketing akan kembali menjadi pilihan beriklan yang selamat.





.

10 comments:

Umm AA said...

baru aku tahu....kalau mcm tuh mmg byk sgtlah privasi kita yg diceroboh...

Kniedaz said...

Data kita banyak dijual tanpa pengetahuan..bila dapat semua tu, delete je atau kalau diorang call, kata je tak minat..sudah..
atau boleh juga kalau org call kita buat2 suara macam operator pastu ulang ayat yang ko bagi tu..

cinta said...

terima kasih X5juta.
info yg sgt sgt sgt diperlukan.

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
memang dah banyak sangat dah...
cuma kita kasihan kepada mereka yang terbabit dalam marketing...


kniedaz,
kadang2 tu lagi banyak SMS iklan daripada SMS kawan-kawan... penat nak delete...


Cinta,
sama-sama...
adakah anda juga sering dicerobohi? hahaha..

Dr K said...

persoalannya, Gomen Parti Ikan Tongkol kita ( dan pihak berwajib) lembab bertindak. Kita customer selalu teraniaya..data data kita dijual ke pihak ke-3.

Tak tau la kalau Gomen Parti Ikan Salmon boleh tangani masalah ni...hahaha

Dr K said...

aku klik kat pautan di widget kau pasal Buku ke 1 sampai Buku ke 3, takleh bukak pun? ke kena bayar? hahaha

PutriPurnama said...

terimakasih kongsikan maklumat ni. Saya selalu sangat terima benda2 ni, terutama pihak ASTRO. saya dah beli pakej yg mereka tawar, selang bebrapa minggu hari2 call tawar itu ini, katanya percuma.Dah jawab tak berminat, mereka call lagi.Nanti bolehlah guna maklumat Nizam bagi ni kan.Boleh begitu?

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
takpe... pelan-pelan... akta ni kalau tak silap baru dikuatkuasakan pada tahun 2013.

Pasal Buku aku tu, itu cuma foto je... bukan link ke mana2. Ko nak ke? Hardcopy dah tak ada... dah habis sebab made to order je. Kalau rajin baca guna e-book / PDF, aku boleh je email kat ko... kalau nak bagi tau ek..


Puteri,
Rasa-rasanya boleh. Cuba la.
Cerita pasal Astro ni, aku ada kes... nanti aku buat entri.

Tedi {interpretZZ} said...

Master Tedi komplen asal dia beli tiket flight guna kad kredit jer, 2-3 hari mesti ada telemarketer call nak jual barang. Adakah kompeni flight tu yg jual data tu?

Nizam.Ariff said...

Tedi,
Mungkin juga... mungkin juga business associates atau affiliates dia org... itu yang masalahnya. Lepas ni kalau isi birang apa-apa, pastikan baca terma-terma kecil yang payah nak nampak sebelum tandatangan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com