Tuesday, June 11, 2013

Rahsia Kun Faya Kun: Satu pandangan awam (Siri 6, Mastika)

.

Kali ini kita cerita berat-berat sedikit.
Sebelum ini aku ada menulis dan memberi komentar tentang siri Rahsia Kun Faya Kun yang (pada masa itu) bakal diterbitkan oleh Mastika. Artikel bersiri ini ditulis oleh seorang professor di dalam bidang nuklear. Sekarang ia sudah memasuki siri ke-6. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila dapatkan majalah Mastika di toko-toko buku berhampiran.

Untuk siri yang ke-6 ini, penulis ada menceritakan serba sedikit mengenai dimensi alam yang modelnya diterangkan olehnya secara penulisan tanpa grafik kerana untuk menerangkan dimensi alam ini secara grafik adalah amat payah untuk dilakukan.

Kemudian, ada beberapa perkara yang mencuit kotak minda aku dan akhirnya aku menulis sedikit pandangan aku sendiri dan aku hantar kepada professor itu melalui emel 2 hari lepas. Buat masa ini, tiada dibalas lagi. Inilah kandungan emel tersebut:


Assalamualaikum Prof.,
 
Saya telah membaca artikel tulisan Prof. seperti di atas (Siri 6).
Jikalau dibenarkan, sudikanlah saya berkongsi pandangan dan meminta nasihat daripada Prof.
 
1. Para. 3: Prof. menulis tentang zarah neutrino (keluaran dari matahari) dan jirim gelap (berasal dari angkasa lepas).

Mungkin maksud Prof. tentang neutrino itu ialah zarah yang hanya wujud secara matematik tetapi belum wujud secara saintifik, bermakna neutrino itu masih zarah berbentuk teori, yang dikatakan mempunyai kelajuan melebihi kelajuan cahaya - satu zarah teoritikal yang dihasilkan untuk membantu menerangkan asas teori Big Bang yakni kenapakah saiz alam fizik langit pertama ini mempunyai saiz seperti sekarang sedangkan sepatutnya saiz alam ini lebih kecil (kecuali pada peringkat awalnya, letupan itu menghamburkan zarah melebihi kelajuan cahaya, barulah teori Big Bang itu terdokong dengan lebih kokoh).

Manakala tentang jirim gelap itu pula, pasti maksud Prof., ialah teori yang digunakan untuk menerangkan kenapakah alam ini, dengan saiz sekian-sekian dan ketumpatan sekian-sekian, tetapi mempunyai purata graviti sekian-sekian. Tanpa wujudnya 'jirim gelap' (dark matter) bagi menambah nilai tertentu dalam persamaan (equation), keberadaan alam fizik langit pertama ini tidak wujud seperti mana yang kita lihat sekarang ini. Adakah 'jirim gelap' ini juga bermaksud makhluk-makhluk Allah yang wujud di dimensi yang lain? Ini kerana kewujudan 'jirim gelap' itu hanya dapat 'dirasai'
kehadirannya tanpa dapat diketahui rupa bentuk fizikalnya. Dengan kata lain, 'jirim gelap' adalah sebenarnya kepulan-kepulan tenaga yang bergetar dan menerawang di sekitar kita. 'Jirim gelap' bukan berasal dari angkasa tetapi dia berada di dalam kita juga.
 
 
2. Para. 12: Prof. menulis bahawa 'semuanya bergerak, tidak ada yang diam [al-Naml, 88]; relatif, tidak ada yang mutlak; semua berubah-ubah, tidak ada yang tetap'.

Adakah ini juga memperkatakan tentang salah satu hukum Termodinamik, yakni berkenaan entropi?
Di dalam satu sistem yang diasingkan (isolated), entropi setiasa ingin berubah kepada nilai yang lebih tinggi (evolve from order to disorder). Jikalau tuan Prof. membina model 4 dimensi seperti yang tuan Prof. tulis, bermakna dimensi fizik yang berbentuk sfera alam langit pertama (universe) ini pada dasarnya adalah satu sistem yang terasing (isolated), yang mana dinding ke dindingnya berdiameter seusia alam yakni 13.7 billion tahun cahaya. Jadi, dengan kata lain, alam (universe) ini akan sentiasa menuju ke arah 'kemusnahan' (chaos/disorder) jika tanpa sebarang campur tangan pihak lain (intervention) yang merupakan dalam bentuk 'kuasa'.
 
 
3. Segmen Melihat Jin, para. 1: Prof. ada menulis tentang hukum sains berkenaan jasad yang bergerak menghampiri kelajuan cahaya akan mengalami kemerosotan masa.

Teori kemerosotan masa ini didokong oleh anggapan bahawa kelajuan cahaya adalah mutlak namun cerita tentang zarah neutrino hampir-hampir mengganggu teori kemerosotan masa ini, melainkan kita boleh bersetuju bahawa zarah neutrino itu sebenarnya bergerak secara songsang-masa.

Sedangkan kita telah tahu, melalui perkiraan Prof. sendiri di dalam artikel tersebut, ada makhluk lain yang mampu bergerak lebih laju daripada cahaya. Bermakna kita boleh sanggah pendapat sains yang mengatakan laju cahaya adalah mutlak (atau memang sains telah mengatakan bahawa the speed of light is not absolute?. Laju cahaya hanyalah malar (constant) dan kita perlu cari had kelajuan mutlak yang baharu.

 Itu serba sedikit perkongsian saya.

Sekian dan Wassalam.
Nizam.Ariff






.

9 comments:

sudipVSsenduk said...

mula2 aku ingatkan kau ni seorang sasterawan, lepas tu tetiba bertukar jadi ahli fizik. Tak sampai seminggu, jadi pemancing profesional pulak dan kekadang seperti pernah sertai raja lawak. Betul la org kata, "membaca jambatan ilmu"... dulu tadika sekolah mana?

Dr K said...

Hahahaha..aku sependapat dgn SVS...

Kau ni kan Nizam, aku rasa budak sains berjiwa sastera, berpewatakan kaki pancing...kah kah kah..

Aku tak pandai fizik..
So bila aku tgk hukum fizik kat Discovery Channel, aku hanya mampu terlopong dan angguk2 buat2 faham...haha

tasekM said...

Nizam ni semua benda pandai.
satu je yg dia tak pandai.
jalan kat KL.

ayat yg paling tak boleh blah...' ko kalau suruh aku pergi ke satu tempat, aku boleh pergi tapi balik nanti aku suruh teksi tunjukkan jalan..'

keh2.
tak tau nak kata comel ke nak bagi penyiku je nih..

:p




.

ASH said...

Bab bab Malar ni yang buat aku malas nih...

TM,
ingat dah habis dah tebiat menyiku...

Nizam.Ariff said...

SVS, Daddy Ziyyad, TasekM, Ashley;

weh... korang komen pasal aku. mana aci...

komenlah pasal entri tu...hahaha

ala... .semua tu cuma pengetahuan am. kalau dah minat, mesti ambik tau.

lagi pun, Allah suruh kita lihat ciptaannya dan berfikir tentangnya dan tentangNya.

yang kita 'lihat' itu pula tak semestinya yang kita nampak dengan mata kasar, termasuk juga yang kita 'nampak' dengan mata hati atau ilmu...

ckLah @xiiinam said...

Ambik! Jawab prof...jawab! Hehe...

(Pernah rampas Mastika dari beg budak (buku lain tak dibawanya). Lepas tu, keme baca Mastika tu sampai khatam.)

Nizam.Ariff said...

cklah,
hahaha...
aku pun tak galakkan Ariff baca buku Mastika sejak pendedahannya tentang gejala seks yang mengundang banyak soalan dari Ariff... tetapi kadang-kadang dia beli juga...

Jahirah said...

alahi teori2 fail taw nak faham...tetambah fizik ke kimia ke...hahaha

Nizam.Ariff said...

Aishah Jahirah,
Takpe.... soalan tu untuk professor tu... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com