.
Sayangi perut kita. Setelah dormant selama lebih 8 jam, mengejutkan perut dari tidur dengan makanan yang pedas dan berminyak dan berkuah kompleks adalah satu kezaliman.
Menurut seorang teman, kejap tadi, dia berikan definisi 'adil' dan 'zalim'. Katanya, 'adil itu apabila meletakkan sesuatu itu benar pada tempatnya manakala zalim itu apabila meletakkan sesuatu itu tidak pada tempat yang sepatutnya'. Jadi, aku rasakan aktiviti berbuka puasa dengan cara memasukkan makanan yang pedas-pedas, berminyak dan kompleks itu sebagai satu kezaliman juga.
Sejak kecil lagi, aku berbuka puasa dengan tamar dan pengat atau bubur atau kuih-kuih ringkas. Setelah itu, bersolat maghrib dahulu. Kemudian barulah makan nasi atau mee atau 'main course'. Oleh sebab itu juga, aku terapkan cara itu kepada Mama-muahs dan Ariff.
Makanan berbuka puasa yang aku suka dan ada nilai-nilai nostalgia, diantaranya, ialah Pengat Pisang Awak + biskut lutut.
Ada pandan dan sedikit kayu manis, menggunakan gula pasir dan santan dan sedikti garam. Pisangnya adalah pisang Awak, jika pisang lain aku kurang gemar kerana kembang atau terlalu masam, contohnya pisang Nangka. Tapi bukan makan begitu sahaja. Kira-kira 30 minit sebelum berbuka, aku akan rendamkan biskut lutut ke dalam pengat tadi biar lembut dan sebati. Kalau tak ada biskut lutut, roti pound pun ok juga. Kalau itu pun tak ada, biskut lemak pun ok.
Sebab apa? Sebab itulah juga juadah berbuka puasa yang Emak makan.
Anak Emak akan makan ikut Emak juga...
.
9 comments:
biskut lutut tu bangsa biskut yg rendam air cepat lembik/lembut tu ke?
ramai aja yg dera perot...gi buka buffet kat hotel...hahaha
Daddy Ziyyad,
biskkut lutut yg keras kematu tu.. macam kepala lutut... kalau dah rendam, lembutlah...
Ooo biskut lutut tu. kitorang panggil biskut pinang, sebab plastik dia ada gambar pokok pinang. tapi dia tak memanjang, lebih kepada bulat.
kalau betul biskut yang sama, actually tak lah keras sangat smp kena rendam 1/2 jam.
Tata,
Ya, itulah dia...
biskut lutut rendam air kopi panas sedap ooo...
lain kali post gambar biskut lutut pulak. adakah serupa lutut?
SvS,
Ha ah... aku pun suka gak... kopi O, kat luar hujan lak..
Cinta,
Alaaa... google je la.. hahaha
kita panggil biskut osbon, bro.
.
sepa,
biskut osbone tu keping-keping.
biskut lutut ni macam batu bentuknya, sebesar penumbuk...
Post a Comment