Puasa-puasa begini, di tengahari rembang, alangkah sedapnya biji mata tatkala kepala dilabuhkan di atas sofa kulit empuk di bilik yang berhawa dingin ... di pejabat.
Foto diambil sejurus sebelum terlelap 'sebentar' tengahari tadi |
Dan dikejutkan oleh boss dengan suara yang lembut dan lunak didengar... setelah 'cat nap' lebih 30 minit daripada waktu rehat sebenarnya...
(Mungkin suaranya lembut kerana takut kalau dijerkah, aku terkejut dan dalam keadaan mamai itu aku cekik-cekik semua orang di pejabat sampai mampus).
.
13 comments:
hahaha , 'baik' punya bos , kejut dengan suara yang lembut dan lunak...
amboi senangnya hati tidur sambil kaki naik ke atas.. huhuhu tapi memang sejak menjak ni sejuk wlupun tak duduk dlm ekon, dapat lelapkan mata lepas solat zohor mmg heven.. hehehe..
Tahap baban kau punya mamai sampai nak jadi zombie ya?
Wei, orang cat nap 10 ke 15 minit aje. 30 minit bukan cat nap. Itu memang tidur betul tu.
Eh jap. Gambar di atas itu:
1. Jari kaki kau kah?
2. Telinga arnab kah?
3. Jari tangan buat sign peace kah?
4. Apa kah?
stokin bacin tak... hehhee....
Stokin bacin boleh lena sampai 30minit?
Haish, terror nya lelaki yang ada taman di hati ini.
bahagianya..
bos risau air liur ko tu melekat pd sofa ribu-riban dia...
Nang,
suara sempena bulan ramadhan... kena control api amarah..
SMM,
Haah la kak. sekarang dah masuk musim tengkujuh agaknya.... ribut je petang-petang...
Tata,
dah berjawab..., itu kaki aku yang orang kata agak seksi...
CPL,
bau stokin tu buat pengganti bau bantal bucuk kat rumah... hahaha
Cinta,
lebih kepada tenteram jiwa sebenarnya...
SvS,
err... camtu ke?
Ni yang aku musykil balik atas keikhlasan bos kejut aku nih...
Oo baru nampak gaya kaki.
seksi?
kenapa tetiba perut aku yang kosong ini bergelodak hendak mengeluarkan isi nya?
Tata,
silakan :)
tak moh aa.. batal puasa ai karang.
ai terima je la 'hakikat' tu.
Tata,
:)..
Post a Comment