Tuesday, July 16, 2013

... dan pada hari ni aku isytiharkan...

.

Aku dan kuih bahulu seperti aur dengan tebing. Saling bergandingan ketika menyambut hari raya.

Ada beberapa orang bertanya kalau-kalau aku mahu buat pesanan kuih raya. Bila aku tengok senarai kuih-kuihnya, kebanyakkan jenis moden kotemporari sedangkan aku ini lelaki yang masih mengaitkan hari raya dengan nostalgia. Kepada orang itu, aku buat pesanan bahulu dan kek lapis pelangi. Selang beberapa hari, katanya tak ada orang nak buat hari raya ini... huhuhu.

Bagi aku, hari raya adalah penuh dengan bayang-bayang silam. Aku sedaya upaya cuba mencari elemen-elemen yang boleh membawa aku kembali ke hari raya ketika aku di sekolah rendah dahulu. Antara elemen-elemen itu ialah juadah hari raya.

Makanan di pagi raya yang aku harapkan ada -
Ayam Semur Mama,
Rendang Kerang Kak Idah,
Daging Hitam Manis Kak Yah,
Ketupat Nasi,
Ketupat Pulut,
Sambal Goreng Emak,
Air oren atau sirap pandan...

Kuih-muih di hari raya yang aku harapkan ada -
Bahulu kampung berperisa asap sabut kelapa,
Kek pelangi berlapiskan jem nanas,
agar-agar sirap dan pandan,
Buah 'kolang-kaling' merah hijau...

Terutamanya bahulu. Bahulu yang biasanya aku rendamkan ke dalam air oren sebelum masuk ke mulut.


Maka, aku isytiharkan mulai hari ini, misi pencarian bahulu kampung pun bermula... dan aku namakan misi ini sebagai "Ada Bahulu Kampung?"



.

14 comments:

Su @ Aya said...

Bahulu perisa asap kelapa... hmm, mana nak cari sekarang, semua2 guna oven elektrik. paling koman pun oven tenggek atas dapur gas. hehe...

SuzieLAWAti said...

sila buat baulu sendiri klu nak rasa asap2...

saya pon antu baulu gak anak beranank gitu... cicah kopi tapi...

Nizam.Ariff said...

Su@ Aya,
Itu la.. mana nak cari nih?



CPL,
Selagi tak jumpa bahulu bau asap sabut, selagi itulah makan tak puas...

Eh, cicah air kopi pun aku suka gak... cuma pada hari raya payah nak cari kopi, banyak oren je..

Kniedaz said...

dulu-dulu adala baulu perasa asap sabut kelapa...la ni kalau ada pun belum tentu jumpa...ko cari sampai jumpa...aku suka kuih kapal terbang.. ^_^

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
aku akan cari lagi sampai jumpa... tak jumpa tahun ini, aku cuba tahun depan...

kuih kapal terbang tu macam mana lak?

t.a.t.a said...

untuk sekelian pencari bahulu kampung, sukacita dimaklumkan bahawa emak saya adalah pembuat bahulu lapis tradisional di kampung saya.

tradisional as is masih guna kayu dapur, sabut dan tempurung, arang semua. memang lengkap ciri-ciri ke tradisionalan nya.




untuk sekelian pencari bahulu kampung, dukacita dimaklumkan bahawa emak saya tidak lagi menjalankan kerja-kerja di atas, kerana faktor kesihatan, dan anak-anaknya tiada seorang pun yang mengambil alih tugas beliau.

sekian dimaklumkan.

nae nematoda said...

bahulu cicah air oren ? hahaha , kecik-kecik dulu suka buat , pastu bahulu tu lembik , tu yg best nak makan...btw , selamat mencari bahulu la ye...hehe
sekarang susah kot nak cari...

Nizam.Ariff said...

Tata,
Itu bahulu gulung aku rasalah.
And the rest of the comment i wud say 'noted and thanks'.


Nang,
Kadang kadang aku buat mcm span dan aku hisap air oren tu...

t.a.t.a said...

Speaking about noted and thanks tu kan, dulu masa belajar, lecturer tegur kawan-kawan lain (saya tak buat) yang buat macam tu.

Sikit-sikit noted and thanks. Lecturer cakap, cuba kamu tinggalkan feedback yang membina sikit, noted and thanks tu tak membina pun.

Hahaha.

cinta said...

tiba2 terbau bau je baulu bau asap sabut kelapa. hui... seksa jugak nih.

Nizam.Ariff said...

Tata,
bulan pose ni aku malas nak bina apa-apa...nak rilek2 minda je.


Cinta,
ermm... jiwa dah terpaut kepada bahulu asap sabut la tu...

t.a.t.a said...

Tambah-tambah lagi perut pun lapo, kan?

aza ni said...

alamak ,lama dah tak pekena baulu

Nizam.Ariff said...

Azani,
Cepat pi order sebelum terlambatttttttt.... kakaka

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com