Sunday, July 14, 2013

kau, aku dan malam

.

Malam ini meriba aku
Dalam hangat dakap
Mimpi aku mahu lena
Empuknya tilam
Lembutnya gebar
Hanya sekelumit tinggal
Untuk hari esok
Aku mimpi kamu
Dalam antara sedar nyata
Seolah-olah bersama-sama masuk
Dalam kamar mimpiku
Beradu dalam ribaan malam
Di atas empuk tilam
Di bawah lembut gebar
Kita menanti fajar hari
Diam-diam...shhhh
Nanti momok datang
Menabur debu seram
Gigil kita takut
Nanti kita terlepas
Rahsia kehebatan malam ini
Warna-warna pelangi
Menghiasi dada malam
Kau aku bintang
Memandu musafir tersesat
Dalam rimba hidup
Atau gurun gersang

Kau aku dan malam
Bersatu jadi sebahagian alam.



.


9 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Sangat puitis...mendalam maknanya...

t.a.t.a said...

Siapakah sebenarnya entiti 'kau'?

Nizam.Ariff said...

Henrietta,
ya, agak dalam juga tu... sampaikan aku sendir pun tak faham.. hahaha



Tata,
Tak nak cakap... hahaha
Tapi ia bergantung kepada orang yang membacanya...

t.a.t.a said...

Eh wei, dah la dalam sangat maksudnya, pastu kita pulak kena fikir sendiri.


Aduyai.. sungguh tinggi tahap intelektual yang diperlukan.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Alaaa... ko bayangkan la pasangan ko tu je.. eh, chup! dah ada ke? Kalau blom, bayangkan 'kau' itu adalah 'ruh'. Ko bercakap dgn ruh sendiri..

t.a.t.a said...

Kau ni kan, cuba la buat ayat yang tak perlu nak menjurus ke arah itu di bulan pose ini.

Pose maa.. pose!

Nizam.Ariff said...

Tata,
Pose siang... malam dah boleh makan minum...

t.a.t.a said...

Siang bukan pose makan ngan minum aje.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Ooo.. aku baca puisi tu dalam konteks malam...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com