Sunday, July 21, 2013

Kias kata sindir nasihat

.



Degar-degar jaja Wak Dogo,
Asal segenggam jadi segantang. yang segantang jadi segudang
Yang secupak tetaplah secupak, tambah tidak kurang pun tidak.


Guruh berdentum langit mengaum, pasir di bumi terusiknya tidak
Ombak menggunung biduk melambung, sehelai rambut berganjaknya tidak.


Asal melukut tak segantang, dikata orang penuh segudang
Kalau diikut katanya orang, abu pun boleh menjadi arang






.

6 comments:

sepa said...

kejap. nak tanya, biduk yang digulung ombak, karam tak.?

eh, apsal biduk boleh bertemu dengan ombak.?! bukanker biduk main di tasik jeh... ?

...eh, atau tasik tuh tumbuh ombak...?

adus, aku konpius...!!!


.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Weh.. jaman dolu-dolu ombak tak besau-besau cam sekarang... setakat biduk tu 'nehen' je lalu atas ayo...

jangan konpius, brader.
kalau ko konpius, aku pun jadi konpius gak... ko lah batu penanda aras kewarasan aku...tanpa ko, aku jadi tak waras...

Umm AA said...

aku singgah dan cuba pahamkan..tp mengaku yg babbhs sastera nie aku lemah weehhh...

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
alaa.... baca secara literal je, Ummu... ini kisah gelojak jiwa tentang mulut manusia yang cakap itu ini tapi entah ke jadi ke idak...

Dr K said...

aku tak minat sastera...haha

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
rugi satu cabang hidup, bro...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com