.
Pernah makan roti canai dicicah dengan tom yam campur?
Malam semalam, aku buat...
Segala-galanya gara-gara 'nacik goyeng ikan asin' yang aku pesan tak sampai-sampai sampailah Mama dan Ariff selesai makan. Yang sampai kepada aku ialah sup tom yam campur. Konon-kononnya aku nak makan yang masam-masam dan yang masin-masin kerana lidah dan tekak yang 'manja' dek demam batuk selsema ni.
Oleh kerana lama sangat, sampai ke sudah tak tiba-tiba, aku toleh kepada mamak penebar roti canai dan aku angkat tangan sambil menunjukkan jari angka 'satu'.
Maka sampailah roti kosong tak sampai pun 5 minit... aku lihat dia panaskan roti canai yang telah siap, itu yang jadi 5 minit sahaja.
Dengan rasa cuak takut orang tengok, aku carik roti canai dan aku cicahkan ke dalam kuah tom yam. Ada terfikir juga nak masukkan roti canai ke dalam mangkuk tom yam tu biar kembang semangkuk tapi takut nanti ada orang mengata pula.
.
10 comments:
roti canai cicah tomyam ?? menu baru , erk ? lepas ni , nak try la...kalau sedap , nak buat menu tetap la...hehe
Kedai mamak ke? La ni mamak pun pandai masak tomyam ye...hahaha...xboleh pi la makan roti canai ngan tomyam
aku lak yg terasa sedap ngan tomyam celup roti tuh..:)
mee atau bihun goreng makan dengan sup atau dengan tom yam.
kalau gi mcd, makan fries cicah sundae. yummy!
Macam kombinasi yang tak kena je.haha..sedap ke?
Nang,
Kakau kuah tom yam tu pekat, sedap juga dibuat cicah...
Kniedaz,
Ada gerai lain dalam kedai mamak tu.. dia yg jual tomyam.
Ummuaidan,
Sedap gak... macam kuah kari ikan yg terlebih asam... haha.
Tata,
Mama pesan beehon sup tomyam... sedap katanya.
Jeb,
Itu gua tak kasi banjir... kalau gua kasi roti banjir kuah tomyam, lu boleh nanges makannya ... haha
Haha.. aku paling pantang kalau oder mkanan tak sampai sampai. Slmt hr rsya zam.
Kakpah,
Tu la... dua kali terkena dalam sebulan
Amacam, sedap takk? Dah lama sgt tak makan roti canai ni :) heheehe
Baby,
Tak sedap!
hahaha.... kuah tak pekat untuk dibiat cicahan....
Post a Comment