.
Sudah 2 hari aku demam.
Selain demam, tekak juga terasa perit. Dada juga terasa berat.
Ada sekali tu, aku tengok kahak dah berwarna kuning. Sekali tu je aku tengok.
Kali-kali lain aku telan je.
Aku harap demam aku bukan disebabkan ketulahan memancing di hutan sampai ke senja tempohari.
Tempah memancing itu bukannya lembut. Tempatnya agak keras. Aku faham sangat tempat itu sebab aku mula kenali tempat itu kira-kira 30 tahun lepas lagi. Masa itu arwah Bapak sering mengajak aku memancing di sepanjang sungai itu.
Di tempat aku memancing tempohari ada sebatang pokok kekabu tua sebesar 2 pemeluk orang dewasa yang sudah sekah dahannya dipanah petir. Tapi masih ada dahan lain yang tumbuh.
Kira-kira 20 tahun dulu, di bawah pokok itulah abang aku dan Suyut 'Komunis' (arwah) telah dikencing jin langsuir yang menjadikan pokok itu tempat ia bergayut. Setelah disumpah seranah dek Suyut Komunis yang terkenal dengan garang dan panas barannya, abang aku kata jin langsuir itu telah terbang ke seberang sungai sana dan menjadikan sebatang pokok kayu ara sebagai tempat bergayut baharunya. Aku ada terfikir nak ambik foto pokok kelabu itu semasa memancing tempohari tetapi aku batalkan kerana aku rasa ianya terlalu PG18.
Tidak jauh dari situ pula, ada 2 buah kubur lama yang dipercayai dihuni oleh 2 pasang mayat. Berapa lama kubur itu tidaklah dipastikan tetapi kubur itu hanya ada dua sahaja dan kubur itu berada di kawasan tanah yang agak tinggi. Tiada kubur lain.
Tanah di kawasan sepanjang sungai besar-besar di Perak memang ada banyak kubur-kubur lama. Ini kerana dari sejarahnya, petempatan awal penduduk Perak ialah di sepanjang lembangan sungai. Mereka menjadikan sungai sebagai 'jalan raya' utama. Tidak hairanlah jika terdapat banyak kubur-kubur lama di sepanjang tebing sungai. Namun akibat banjir dan hakisan dan penerokaan hutan dengan tanaman getah dan kelapa sawit, kubur-kubur ini terdedah dan ada yang sudah hampir ke gigi air sungai.
Beberapa tahun dulu, aku pernah memancing di Kg. Teluk Memali, di Sungai Perak tidak jauh dari Kg. Gajah. Sambil aku memancing, aku lepak-lepak di satu kumpulan kubur-kubur lama. Diantaranya ada 3-4 kubur kristian. Itulah tapak kubur asal JWW Birch sebelum dipindahkan ke Pasir Salak dan seterusnya di bawa pulang ke negara asalnya. Aku pernah tulis di blog ini.
Dalam pada sakit tekak ini, aku teguk juga air oren dan 'stombeyi'... warna-warna air itu sungguh menawan nafsu...
.
14 comments:
air stombeyi bukan sedap..minumla 100Plus...hahaha
Semoga cepat sembuh ya
betul tu. kalau terasa nak selsema, makan soluble rendam air 100 plus.
masa memancing tu tak minta izin dulu ke nak ambil ternakan orang lain?
Kniedaz,
stombeyi tak sesedap mana pun tapi warna merahnya tu mengancam jiwa... hahaha
Tata,
Ada minta izin kat Tuhan.. baca bismillah...
Ha, minumla stombeyi tu manyak-manyak, kahak tu nanti kang tuka jadi kuning ke merah.. haru!
che mid,
ye ke?
merah darah tak nak!
Kalau betul ketulahan/gangguan kena la berubat cara yg betul ye tak ?
Alhamdulillah,sakit2 sendi akak yg berjadual tu sudah sembuh. tiga empat kali jugak lah berulang ke Darul Syifa.
Abg ko cakap akak maki abih ustaz2 kat situ ha3..kalau waras takkan la nak memaki pulak ye dak..
Selamat hari raya untuk hari yg ke 9. Maaf zahir batin. HP kak tak boleh nak sms kdg2.
Boleh maki langsuir? Mohon tunjuk ajar. Haha
Waterlily,
ooo.... itukah penyebabnya?
syukurlah skrg dah ok.
Kak, line Maxis kat rumah aku tu tak berapa nak ngancam, memanjang miscall je...
Jeb,
Hati mau keras, bro... hahaha
Kalau ko nak tunjuk ajar dari dia, ko siapkan pulut kuning dan ayam golek... ko pegila menuntut kat kubur dia kalau dia ada menyahut ... hahaha
Dari kau bagi cik lang tu makan pulut kuning dgn ayam golek, baik la kau jamu aku benda-benda tu berbuka puasa nanti. lagi banyak pahala nya.
haha
Tata,
itu ko kena cakap dgn Jeb, dia yang nak berguru dari Suyut Komunis...
harap2 jgn kena ludah antu sudah yer
Baca separuh je. Bila dah masuk bab bab langsir ni alamak,,, wa tak sanggup nk baca.
moga cepat sembuh, byk minum air suam. Teh o limau suam paling best utk tekak time2 batuk kahak ni tau
Baby,
Alaaaa... jom la seram seram... hahaha
Post a Comment