Tuesday, September 3, 2013

Kisah Abg Anuar si penjual ais cendol di seksyen 20, Shah Alam

.

Hari Isnin aku bercuti tapi cuti aku tak bermakna aku berbontang tidur sahaja di rumah. Ada banyak perkara yang aku lakukan... awal pagi selepas menghantar Ariff ke sekolah aku beli sampul surat, kemudian ke pejabat pos untuk poskan hadiah berupa buku, kemudian aku ke rumah lama untuk ambil bil-bil dan surat-surat (aku belum tukar alamat), kemudian aku jengah 'kuda api' yang aku tinggalkan mengeras dan beku selama lebih 8 bulan.

Aku dapati 'kuda api' itu perlu digantikan ladam-ladamnya, perlu digantikan tali kekangnya jika tidak nanti 'kuda api' aku tak boleh nak berhenti... setelah berjam-jam menunggu tukang menggantikan ladam dan tali kekang, itu pun sudah nak masuk Zohor, aku pulang ke rumah.

Namun, dalam perjalanan, aku singgah dulu di seksyen 20. Di simpang jalan di belakang stesyen Petronas, di seberang jalan sebuah hospital swasta, betul-betul di hadapan sebuah hotel kecil, ada sebuah motosikal beroda tiga yang berpayung menjual ais cendol.

Telah lama aku tahu di simpang itu ada menjual cendol. Telah lama juga aku perasan ramai orang minum ais cendol di situ. Namun begitu baru hari Isnin itu aku tergerak untuk singgah untuk merasa.

Ketika aku hampiri, si penjual, seorang lelaki berketurunan mamak, sedang melayan seorang pelanggan wanita bertudung yang juga berketurunan mamak. Mereka berdua rancak bersembang dalam bahasa Tamil... aku tak faham sebutir abok tetapi dalam pada aku menunggu untuk mencelah, si penjual ais cendol telah pun mengunjukkan aku semangkuk ais cendol... pergh!

Kalaulah kedai mamak terkenal dengan 'Teh Tarik satu .. siaapppp!', di gerai bermotorsikal ini belum pun aku pesan, ais cendol sudah siap! Maklumlah, hanya ada dua pelanggan dan aku sahaja yang pesan untuk minum cendol di situ (wanita itu pesan sebungkus ais cendol, jadi dia utamakan aku yang nak makan di situ). Kalau ramai pelanggan mungkin dia ambil masa lebih lama.


Wanita itu pergi. Tinggal aku seorang sedang makan ais cendol kini...

"Itu classmate saya.." dia berkata tanpa aku tanya.

"Baru jumpa tadi..." tambahnya. Dia beritahu wanita itu kenalan di sekolah rendah!

Aku kagum kerana si penjual itu mungkin sudah berusia hampir 50an, jika dinilai dari paras rupa dan uban di kepalanya.

"Kalau saya, lelaki lebih senang dikenal tapi.. perempuan ni selalunya dah berubah..." kata aku.

Si penjual itu berbahasa Inggeris. Aku rasa dia lebih selesa berbahasa Inggeris. Untuk kepastian, katanya, wanita tadi melihat namanya 'Anuar' tertulis di badan motorsikal roda tiganya.

Sekali lagi aku kagum, Abg Anuar si penjual cendol (yang sebelum ini, katanya, berniaga di sekitar PJ atau Kelana Jaya - aku kurang pasti) bersembang dalam bahasa Inggeris yang sebutannya fasih dan pelatnya sungguh British! Aku yang lidah masih diselaputi tempoyak, membalas bicara dalam bahasa Melayu.

Sambil itu aku hirup ais cendol yang kini bertukar menjadi air cendol di dalam mangkuk. Terasa lemak dan masin dan manisnya. Selepas menikmati air cendol Abg Anuar, aku berjalan ke kereta  tapi... selepas 5 langkah aku berjalan, aku berpaling semula kepadanya.

"Cendol abang best! Sedap!" Puji aku kepadanya sambil mengangkat ibu jari.

"Thank you.. thank you." balasnya pula sambil melayan pelanggan seterusnya.


Tak salah memuji secara terang-terangan dikhalayak umum kalau sudah memang sedap... janganlah asyik mengutuk kalau tak sedap tetapi kalau sedap diam-diamkan sahaja.


Menurut bos aku, ada statistik yang pernah dia lihat:
  • Kalau seorang menyatakan tak puas hati secara terang-terang, ada 26 lagi yang tak berpuas hati tetapi malas nak cakap terang-terang.
  • Perkara yang tidak elok akan dikongsikan kepada 10-11 orang yang lain. Ini era belum ada FB atau whatsup dll... setelah ada FB, aku rasa perkara buruk dikongsikan kepada beratus-ratus orang! 
  • Perkara yang elok hanya dikongsikan kepada 4 orang terdekat. Dan aku rasa, jarang perkara baik itu dikongsikan di FB atau media sosial lain.




.

12 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

btul tu...perkara buruk cepat jerr tersebar...perkara baek...jarang plak ada yang nak share...

Nizam.Ariff said...

HJ,
secara umumnya, itulah sifat manusia...

Umm AA said...

Yang baik khabar2kan..jgn bukak aib orang sudah..aku pun tringin nak rs cendol abg anuar nie..:)

Su @ Aya said...

hmm.. ais cendol sedap, tp kalu dh jadi air cendol, kurang sedap dah.. hehe..

t.a.t.a said...

betul tu, manusia tend to sebarkan perkara yang dia tak puas hati berbanding perkara yang dia puas hati. sedangkan menyebarkan perkara yang dia tak puas hati hanya menyebabkan dia mengumpul banyak saham.


oh kau cuti rupanya. patut aku tengok bilik kau gelap aje semalam.

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
cemana tu.. jauh...

Sa@Aya,
tapi senang nak hirup je... hehehe

Tata,
cuti.. barulah menghayati semangat kemerdekaan namanya.... hahaha

LydSunshine said...

Salam en nizam. Buku dah sampai. Tapi saya belum tgk lagi, ada kat ofis suami saya. Terima kasih banyak2.

Sedap ye cendol anuar tu. Boleh la kirim dgn hasben ptg kang. Heheh. Yang menariknya, bahasa inggeris slang british tu mana dia belajar ye?

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Buku tu buku seram... jangan bagi Luth baca... hehehe...

Abg Anuar tu aku rasa bersekolah di sekolah aliran Inggeris kut... atau pun banyak berkawan dengan orang bukan Melayu semasa kecil...

Unknown said...

cendol seksyen 20..hmmm..teringatlah pulak..

err..nasi lemak Pak ayob pun best..

salam kenal..:)

http://ummuamar.blogspot.com

Nizam.Ariff said...

Ummu Amar,
nassi lemak Pak Ayob?
tak tahu pulak...

Salam kenal jua...

sepa said...

eh, aku rasa nak dengarla bahasa inggeris dari org "yang lidah masih diselaputi tempoyak"... :D

Nizam.Ariff said...

Sepa,
testing.. one.. two.. tlee.. ok.. olait... no ploblem...

amacam?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com