.
Bukankah sudah dikata, jawapan ini akan keluar juga.
Kenapa nak tengok apa dalam pinggan orang? Tengok dalam pinggan sendiri sudahlah.
Habis tu kalau orang lain terjun tingkap, kita pun terjunlah...
Mungkin ada yang berkata "itulah benchmarking namanya...", maka aku syorkan agar selidik dulu apa yang negatif tentang benchmarking.
Kalau kita secara semberono membuat benchmarking, kita mungkin tersilap memilih fakta dan tersilap strategi. Membandingkan tarif negara lain dengan kita mungkin kurang tepat SEBALIKNYA kita bandingkan 'cost drivers' yang ada diantara banyak banyak 'cost elements' di dalam 'cost structure' itu. Kita bandingkan setiap satunya dengan kos kita. Jika mereka dapat murah dan kita dapat mahal, ia menunjukkan sesuatu perlu dilakukan.
Kalau kita bandingkan tarif begitu sahaja, adakah mereka itu ada hidroelektrik seperti kita? Atau 100% arang batu?
Apakah pula pecahan sumber penjanaan letrik e.g. hidro, arang batu, diesel, gas ???
Samakah elemen kos mereka dengan kita? Kalau tak sama, kenapa nak bandingkan pula?
Tak. Mereka yang keluarkan fakta itu tak bodoh. Mereka itu orang cerdik cerdik. Sungguh! Cuma mereka rasa kita semua ini bodoh...
Beritahu sahajalah kisah sebenar, bahawa pihak kapitalis luar sedang menekan dan mengugut negara kita dengan senjata ekonomi...bahawa mereka itu tidak gemar dengan konsep subsidi ini...
Katakanlah juga keperitan ini adalah zaman pembetulan ekonomi...
Katakanlah juga bahawa kerajaan tidak mampu terus pertahankan rakyat apabila musuh menggunakan senhata ekonomi...bahawa senjata ekonomi adalah senjata ampuh untuk menundukkan sesebuah kedaulatan...
.
12 comments:
Camana nak bagi mereka tau kita tak bodoh? Ada cadangan?
Cinta,
entah....dia aku tak pandai nak beritahu... hahaha
insya allah.. mereka akan terus memperbodohkan rakyat sampai pRU akan datang..
aku pandai update status fb ja ha3
Rai,
masalahnya aku tak daftar untuk PRU... hahaha
Waterlily,
masalahnya aku tak ada FB... hahaha
kita terpaksa akur sebab mereka adalah sole distributor untuk product ini dan mereka tiada persaingan lain. kita terpaksa bergantung pada mereka. kalau tak akur bergelap la kita.
Kuasa mereka sangat ampuh hingga memaksa kita menerima secara tak rela. Kenaikan yang bukan sedikit sangat dirasai bagi mereka yang berpendapatan tidak tetap :(
tata,
Ya... kita redha..
aizamia3,
oooo yeee.. terlupa. bukan sahaja ada pendapat rendah atau sederhana. Ada juga yang pendapatan tidak tetap... thanks for ingatkan..
aku suka kalo ko kupas isu ni lebih panjang. aku rajin je nak baca.
pernah jumpa benchmark dalam kebun masa tajak tanah nak tanam bangkai kucing...
eh, entah2 batu nisan tak.. lariiii!!
Lyds.
Tak mampu nak kupas lagi dah...
SvS.
Itu batu sempadan kut...haha
ya la... batu sempadan, hahaha
Post a Comment