Friday, December 20, 2013

Lemah dalam bidang Matematik?

.


Sebelum mengatakan lemah dalam Matematik atau Ilmu Hisab atau Ilmu Kira-Kira, cuba teliti dahulu perkara-perkara berikut:-


  • Jika anda dapat sambut objek yang dilontarkan kepada anda, anda pandai Matematik. Kita mungkin rasa menyambut objek yang jatuh itu adalah mudah dan ringkas. Sebenarnya, proses dan mekanisme untuk menyambut objek itu rumit dan kompleks. Sebelum tangan dapat menyambutnya, banyak perkiraan yang dilakukan oleh otak. Anggaran kelajuan objek dan sudut objek itu melayang diperlukan untuk mengira projektil. Kemudian, otak akan menganggarkan satah laluan objek itu sebelum tangan digerakkan ke dalam satah laluan tersebut. Kelajuan tangan untuk bergerak juga perlu dikira, jika tidak tangan tidak akan sempat menyambutnya. Dan yang lebih mengagumkan ialah projektil itu berlaku dalam 3 dimensi. Bukan setakat itu, ianya berlaku dalam 6 satah: kanan-kiri, atas-bawah, depan-belakang. Bayangkan betapa cepatnya otak mengira projektil dan seterusnya menganggarkan dimana objek itu akan jatuh...tanpa kita sedari pun.

  • Jika anda dapat mengatakan 'saya punya sikit, dia punya banyak...mana aci', anda pandai Matematik. Sebelum kita dapat membezakan jumlah, kita perlu kira dahulu. Kalau tak boleh dikira, perlu dianggarkan dahulu...barulah boleh dibezakan. Malah ada kalanya kita dapat mengira sesuatu yang tidak boleh dikira pun. Contohnya, kasih sayang.

  • Jika anda dapat mengelak dari objek yang dilontarkan kepada anda, anda pandai Matematik. Ini seperti yang pertama tadi, cumanya pada kali ini otak memilih untuk keluar dari satah laluan objek sebagai tindakan mengelak.

  • Jika anda boleh memandu kenderaan, anda pandai Matematik. Semasa memandu, tanpa kita sedari, otak kita membuat beratus-ratus perkiraan seminit untuk setiap objek yang kita lihat ketika memandu: bas kilang yang laju, mat motor yang mencelah dari tepi, kereta yang dibrek secara mengejut, anjing tiba-tiba melintas jalan...awek manis berpayung di tepi jalan dll. Tujuan perkiraan itu ialah untuk menganggarkan jarak dan kelajuan setiap objek supaya kita dapat mengelak.

Ada lagi tetapi cukuplah dulu. Yang penting, kita sedar bahawa otak kita ini pandai Matematik sebenarnya.





.

8 comments:

t.a.t.a said...

ada orang jawab 1+1=3. orang tu pandai matematik tak?

dan lain ada yang jawab 1+1=? tuan nak berapa jawapannya? yang tu macam mana pulak?

Nizam.Ariff said...

Tata,
Aku tak memiliki jawapan kpd soalan tu...they look beyond the numbers...hope you realize that.

Anonymous said...

aku suke telahan kau yg nombor 2...

sebab perempuan paling pandai kire kaseh sayang

:))

cinta said...

baru skrg aku rasa aku pndai math. sbb result math aku buat aku rasa xpndai. tima kasih.

sudipVSsenduk said...

arwah mak saya sangat pintar matematik. Bagi je soalan matematik, dengan cepat dia boleh mencongak. Sayangnya ia tidak diwarisi.. huhuhu

Nizam.Ariff said...

Rapunzel,
ya, aku setuju..


cinta,
sama-sama.... hahaha

SvS,
nak warisinya senang je.. selalu le mencongak... terer la nanti tu..

gadisBunga™ said...

orang fail math pun pandai drive kete, sengaja la tu kot taknak tunjuk pandai math kan?

Nizam.Ariff said...

GB.
Haah...dia tak pandai tulis tapi pandai kira congak dlm otak je...hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com