Sunday, December 22, 2013

Mencium wangi deodorant...

.

Apabila kita berselisih dengan orang lain, bau deodorannya menerobosi hidung dan terbau wanginya. Segar dan terasa selesa, lebih lebih lagi jika sama sama berada di dalam lif.

Kita kenal mana bau minyak wangi dan mana bau deodorant.

Tapi kita terlupa, kalau kita boleh tercium bau deodorant bermakna sedang mencium bau ketiaknya kerana kita tahu deodorant itu disapukan ke mana.

Deodorant tak memusnahkan wap-wap ketiak. Ia bukan reaktor nuklear yang membakar molekul kimia dari wap ketiak. Ia bukan asid pekat atau alkali pekat dengan kemolaran yang tinggi sehingga mampu mengkakis kimia wap ketiak.

Ia hanya menyembunyikan wap itu seperti strawberi bersalut cokelat atau pedas cili melebihi rasa belacan.

Selepas ini aku harap aku TAK tercium bau deodorant kerana aku tahu ia berpunca mana...





.

14 comments:

nae nematoda said...

kalau nak dibandingkan bau dedorant dari orang malaysia dengan foreigner ...erm, no komen...nak tahu, try sendiri...hahaha. paling kemuncak bau, bila dah masuk zone tengah hari dan petang

aizamia3 said...

Cuba elakkan bau-bauan ketika waktu kemuncak.. hehehe.. silap gaya muntah balik jadinya.

t.a.t.a said...

Bau badan lelaki ni satu therapy tau sebenarnya untuk wanita.

Err.. mama suka tak bau badan kau?

Lady Windsor said...

haha detail sungguh penerangan ko neh..ehh tapi kan aku heran hari tu tiga minggu aku dok cium bau sama je depa neh..adakah maknanya bau ketiak depa sama dan depa pakai deodorant yg sama???

tasekM said...

2, 3 kali aku baca ayat last tu.
maknanya... nak cium la...?


ee... ye yek!

:p



.

Nizam.Ariff said...

Tasekm.
Aku dah tambah 'tak'. Hehehe

Nizam.Ariff said...

Nang.
Tak dpt nak bygkan...hehe

Nizam.Ariff said...

Aiza.
Hilang selera mkn seminggu..hehe

Nizam.Ariff said...

Tata.
Aku dgr gak camtu..tapi opposite sex la..

Nizam.Ariff said...

LW.
Kongsi yg sama ramai ramai. Dah habis baru tukar lain...kongsi balik...hahaha

Dr K said...

Jangan cakap kau fetish bau ketiak! hahahaha

ckLah @xiiinam said...

CkLah kalau masuk kelas bocah-bocah ireng, deodorant cap apa pun tak mampu mengatasi bau rempah deme. Nak-nak waktu tengahari atau Jumaat( baju 5 hari tak ganti punya). Kadang-kadang, sela 5 minit kena buat-buat jenguk luar pintu. Cari oksigen! :)

gadisBunga™ said...

deodoren aku takde bau. 100% bebas bau. hahah!

Nizam.Ariff said...

DaddyZ
Tak sanggup. Sendiri pun tak sanggup....haha.

Cklah.
Bau kari teringat murukku...tapi bau minyak yg tak tahan..

GB.
Tak berbau lagi bahaya...stealth mode always..tau tau je dah 3 tan disedut...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com