Monday, December 9, 2013

Makanan sedap-sedap di Taman Kanak Kanak di Ipoh, Perak

.
 
Hampir 20 tahun aku tak ke situ. Dulu aku ke situ bukan nak bermain jongkang-jongkit dengan kawan-kawan. Jauh sekali nak bermain buaian. Atau belanja makan aweks...ye lah, perut sendiri pun payah nak merasa makanan, inikan pula perut orang lain.
 
Kenapa aku ke situ semula? Kerana ada makanan-makanan yang berikut dan harganya pula amat berpatutan...


No.1 yang aku cari... Char Koew Teow... mesti!


Sotong Kangkung.. versi ini tak kedekut sotong... banyak! Dan kuahnya sedap.



Popia yang terkenal...SS Ali... tak perlu diperkenalkan lagi

Satay Endut.. yang terkenal di Ipoh, sataynya di hiris nipis dan dicucuk.


Dan inilah Popia Basah SS Ali tadi... tadi dah makan 1 set,
yang ini dibungkus untuk 2nd round


Selusuri jejak lama...pada kali ini aku bawa anak isteri, menu-menu di atas yang biasa aku makan dahulu. Tapi dulu aku taklah makan sekaligus begitu. Dulu, bajet makan lebih kurang sama dengan bajet minyak motor dan snooker.


Nota: Salah seorang brader yang berjual di situ kata nanti ada renovation di taman kanak-kanak itu. Semoga tempat itu menjadi lebih baik.





.

16 comments:

Dr K said...

Aku perasan kat Sek 7 Shah Alam pun dah ada kedai SS Ali popiah ni...aku tak pernah try pun...katanya kalau bulan puasa Q panjang gila!

Kniedaz said...

dulu time study kat PUO aku pun makan popia tu ngan Mr Hubby hahaha..lama tak ke Ipoh..rindu gila!

Nizam.Ariff said...

DaddyZ,
Aku tak tahu sama ada di Ipoh itu asalnya. Aku rasa asalnya di Penang kut...


Kniedaz,
Kalau balik ke JB tu, singgah la kejap... detour.... hahaha

t.a.t.a said...

Satay berapa sen secucuk?

Nizam.Ariff said...

Tata,
entahlah... aku tak check pula secucuk. Aku rasa 60 atau 70sen juga..

t.a.t.a said...

kat tempat aku ada jual sebatang yang kecil RM1.10 yang besar RM1.60 kot. makan memang puas la.


tapi sejak ia naik harga aku tak beli lagi dah. sebab tempat tu ada mak esah nya. hahaha

Nizam.Ariff said...

Tata,
Mak esah?
Cer citer apa kesahnya tu... mahal pulak tu...

t.a.t.a said...

mahal sebab ikut saiz. saiz yang kecil tu memang besar. puas makan la.

mak esah tu pelaris la. ada orang nampak mak esah tu kat tempat tu.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Ooo... mak esah tu bukan org gaji dia tolong kipaskan satay ke? Sekali sekala je dia tolong, tu yang kejap Nampak kejap tak Nampak... (hehehe)

cinta said...

Lokasi sebenar dia kat mana? Kot2 sampai sana nak jgk cari.

Qashmere said...

Komer orang Ipoh ke? Hehehehe

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Tak berapa jauh dari Ipoh Parade, adalah dalam 10 minit naik kereta. Guna gps atau peta untuk cari Taman Kanak Kanak..


Qashmere.
Aku org Perak tapi bukan di Ipoh...hehr

Granny Hani said...

akak ni dik, kalau ke Ipoh memang tak tau nak makan kat mana, nak tgok apa, nak cari apa...sesat pulak tu.paling2 area sekitar hotel aje yg akak susuri..

Nizam.Ariff said...

Hani,
Kalaulah tahu, Ipoh adalah 'syurga makan' bagi mereka yang suka makan... hehehe

sudipVSsenduk said...

betul la.. tak pernah dengar ipoh ada makanan best2. Biasanya penang, JB, kelantan...

Nizam.Ariff said...

SvS,
Rupa-rupanya ada banyak... itu belum lagi chineese cuisine... contohnya Ayam Garam... Ayam Taugeh.. tapi aku tak berani nak cuba la... tak halal kut.. tapi ada yang kata restoran halal. Nanti-nantilah cari...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com