Monday, February 24, 2014

Masalah Aircond Kereta dan punca-puncanya..


.

 

Baru-baru ini aku baiki Pendingin Hawa (Aircond) kereta. Banyak perkara yang aku belajar daripadanya. Jadi, alang-alang dah tahu, elok aku kongsikan di sini. Tapi sebelum itu, kita fahamkan dulu sistem pendingin hawa untuk kereta.

 
Sistem Pendingin Hawa (Aircond) Kereta

Konsep asasnya adalah sama seperti aircond di rumah, di pejabat dan juga peti sejuk. Sistem aircond kereta bukanlah sekompleks mana pun sebenarnya.





Sistem aircond sebenarnya bukan menyejukkan udara dengan menyemburkan gas aircond ke udara itu. Ianya adalah satu sistem tertutup, maknanya gas aircond itu kekal di dalam sistem paip. Kalau tidak bocor, gas aircond tidak akan habis. Apa yang sistem aircond lakukan ialah dengan 'memindahkan haba dari satu takungan ke takungan lain'.  Haba yang dipindahkan, bukan menyejukkan haba. Haba dari dalam kabin kereta dikeluarkan ke luar kereta.

Bagaimana ia dapat dilakukan? Penyebab utama ialah ciri-ciri yang ada pada gas aircond itu. Kalau dulu kita gunakan gas Freon (R10), lepas tu kita tukarkan kepada gas yang lebih 'eco-friendly' gas R12 dan sekarang untuk kereta kita gunakan gas R134a. Gas ini berbentuk gas pada suhu bilik tetapi apabila dimampatkan ia berbentuk cecair, sama seperti gas aerosol penyembur nyamuk atau gas memasak. Dalam keadaan termampat pada tekanan tinggi, gas itu berbentuk cecair.

Gas aircond dimampatkan oleh kompressor (yang menggunakan kuasa dari enjin kereta). Apabila termampat, hukum gas (PV =mRT) menyatakan, suhu akan bertambah. Jadi, gas aircond yang dimampat tadi mempunyai suhu yang melebihi suhu udara di luar. Apabila kipas aircond berpusing atau kereta bergerak laju, angin luar yang lebih sejuk akan menyejukkan gas aircond ini dan dalam masa yang sama gas akan bertukar menjadi cecair. Apakah yang berlaku? Sebenarnya tenaga haba dipindahkan dari gas aircond ke udara luar.

Apabila cecair aircond tadi melalui injap pengembang (expansion valve), cecair itu tadi akan tersembur dan di dalam gegelung penyejuk (evaporator / cooling coil). Cecair tu akan kembali bertukar kepada bentuk gas. Hasilnya, dengan prinsip yang sama (PV=mRT), gas itu menjadi lebih sejuk sama seperti apabila menyembur aerosol lama-lama, tin itu akan menjadi sejuk. Kenapa gas aircond itu menjadi sejuk? Kerana sedikit tenaga haba telah dikeluarkan tadi.

Seterusnya, gegelung penyejuk yang sejuk tadi ditiupkan pula oleh kipas angin di dalam kereta. Angin ini akan menyentuk dinding gegelung penyejuk menyebabkan angin itu menjadi lebih sejuk. Apa yang berlaku ialah haba dari angin dalam kereta itu dipindahkan ke gas aircond, sebab itulah angin itu jadi sejuk. Angin sejuk inilah yang ditiupkan ke dalam kereta dan kereta pun jadi sejuk.

 Oleh itu, boleh dikatakan bahawa haba dari dalam kereta dibawa ke luar.   

 

Masalah aircond kereta

Apa pun puncanya, satu perkara yang kita dapati ialah angin aircond tidak sejuk. Itulah masalahnya. Puncanya boleh terjadi bermacam-macam tetapi yang biasa terjadi ialah:

·         Gas aircond sudah habis akibat paip bocor. Kebocoran ini boleh berlaku di beberapa tempat lazimnya di persendian / pertemuan (joints) yang tidak ketat, sistem yamg bocor akibat tebuk atau karat. Sebenarnya, gas aircond itu dicampurkan dengan sedikit cecair pelincir (lubricant) untuk memelihara kompresor. Jika sistem bocor, gas dan cecair pelincir ini akan keluar. Cecair ini penting, jika kurang, kompresor boleh 'jammed' dan rosak. Gas aircond berfungsi sebagai 'pembawa haba' dari dalam kereta ke luar. Jika gas aircond tiada atau kurang, haba tidak dapat dipindahkan. Jadi, angin aircond akan tetap panas.

·         Gegelung penyejuk (cooling coil) sudah kotor. Haba dari angin di dalam kabin kereta dipindahkan apabila angin itu menyentuh permukaan logam pada gegelung penyejuk. Jika gegelung penyejuk itu kotor dengan habuk yang melekat akibat kondensasi air di situ, perpindahan haba tadi tidak efisien. Jadi, angin aircond tidak sesejuk mana.

·         Kipas di kondenser (di ruang enjin) tidak berfungsi baik atau tidak berpusing. Jadi, tiada bantuan angin untuk menyejukkan gas / cecair aircond yang panas itu. Kecualilah kereta itu dipandu laju kerana ada angin masuk ke ruang enjin untuk membantu menyejukkannya. Jika gas/cecair aircond tidak disejukkan (haba tidak dikeluarkan dari dalam sistem), sistem tidak dapat berfungsi dengan baik juga.

·         Kompresor rosak. Banyak sebab kompresor boleh rosak. Lazimnya kerana 'jammed' pada galas (bearing) dan piston (kalau jenis piston) atau bilah kompresor. Kalau piston atau bilah kompresor 'jammed' biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat bocor. Fungsi kompresor ialah untuk memampatkan gas kepada bentuk cecair dan dengan itu suhu gas itu akan bertambah melebihi daripada suhu di luar (ambient) supaya nanti angin di luar dapat 'membuang' haba itu. Jika gas itu tidak termampat dan suhunya tidak naik melebihi suhu angin di luar, haba di dalam gas itu tidak dapat dipindahkan. Selain daripada itu, injap pengembang (expansion valve) juga tidak berfungsi dengan baik untuk menyembur. Jadi, angin aircond di dalam kabin tetap tidak sejuk.

·         Alat kawal suhu (butang aircond di dashboard) telah rosak. Jika telah rosak, tiada input untuk sistem bekerja.

·         Sensor suhu telah rosak. Tugas sensor suhu ini ialah untuk mengetahui sama ada kesejukkan yang diingini telah dicapai atau belum. Maklumat ini akan diberikan kepada sistem kluc kompresor untuk on atau off.

·         Alat penapis (filter drier) telah kotor atau tersumbat. Ini akan mengganggu aliran cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem.

·         Injap pengembang (expansion valve) rosak atau tersumbat. Ia boleh berlaku jika ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba.

Walaubagaimana pun, kerosakkan itu mungkin terdiri daripada gabungan beberapa punca dia atas atau punca yang lain daripada di atas.
 

Bagaimana mahu mengesan sistem telah rosak?

Sistem telah rosak jika angin di dalam kabin sudah tidak sejuk. Tapi ada symptoms tertentu untuk mengagak bahagian mana yang rosak.

·         Angin tidak sejuk dan angin yang keluar dari air-vent tidak kuat - gegelung penyejuk telah kotor atau tersumbat, kipas angin telah rosak. Jika kipas berpusing laju tetapi tiada angin dan berbunyi kuat, sesuatu telah menghalang saluran ventilasi (aircond duct). Mungkin juga 'flapper' telah patah atau jatuh.

·         Angin tidak sejuk dan kompresor asyik 'on' atau 'engaged' tanpa henti sedangkan kita pasang aircond pada tahap sederhana atau kurang - berlaku kekurangan gas aircond menyebabkan kompresor bekerja lebih untuk mencapai suhu yang diperlukan. Mungkin berlaku kebocoran.

·         Angin tidak sejuk dan kompresor sekejap 'on' sekejap 'off' berkali-kali - sistem kompresor itu ada 'pressure sensor', jika tekanan di dalam paip telah cukup, kompresor akan berhenti. Jika kompresor itu 'on' dan 'off' berkali-kali, ini bermakna sistem aliran gas/cecair aircond telah tersumbat di mana-mana, biasanya pada 'expansion valve'.

·         Angin tidak sejuk bila kereta berhenti tetapi sejuk sikit bila kereta bergerak - kipas kondensor (di ruang enjin) tidak berfungsi dengan baik untuk menyejukkan cecair aircond. Kebocoran gas aircond pun mungkin puncanya.

·         Enjin kereta terhenti apabila aircond dihidupkan - kompresor telah 'jammed'.

·         Tiada kedengaran kompressor berpusing walau setelah dihidupkan aircond - sama ada tombol suis aircond telah rosak atau talisawat kompressor (aircond belting) telah putus.

 

Komponen mana yang mahal?

·         Pertama-tama sekali, kompressor. Sila jaga isipadu gas aircond dan minyak pelincirnya.

·         Evaporator (cooling coil) dan kondenser.

·         Motor-fan untuk kondenser, injap pengembang (expansion valve)

·         Saluran paip dan gas aircond.

·         Komponen lain-lain.

 
Itulah sedikit sebanyak yang aku dapat tulis dan kongsikan.



 
.

368 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 368 of 368
Anonymous said...

Assalam,

Sy menggunakan kereta Toyota Vios 2007 (Dugong). Masalah saya apabila digunakan pada tenghari. Nak tnggu sejuk saya rasa 30 mnt kot. Saya xtaw la sebab apa?

1- adakah disebabkan kereta berjemur di bawah sinaran matahari dan kereta lmbt sejuk?(tapi lmbt sngt nak sejuk)
2- saya dah check ngan kedai compresor ok kipas ok angin ok gas ok..
3- Tapi angin yang keluar tu xberapa sejuk pun..angin je lbh mcm kipas la blh kurang. (tapi gas ok)

Adakah masalah saya ini disebabkan oleh cooling coil??
harap dapat membantu..huhu

Unknown said...

Assalam..
Nak tanya kereta klau on aircond lpstu bau asap knp erk.. sakit kepala..
Letak minyak wangi pun xde bau minyak wangi...

BMW X1 ABA-VL18 2.0 (AT) SUV MADE 2014 MBBK 30TH MONTHLY RM 800 ONLY BALANCE 6 YEARS (NO DUE) ROADTAX MAY 2021/DP 23K ONLY 3 said...

Tak membantu langsung.kereta saya naza bistari 206.accod blow kuat tapi agin kluar sebelah sejuk sebelah kuar agin panas.laa

Unknown said...

As salam.. just nk kongsi kereta saya bila siang buka econ kurang sejuk.. bila malam sejuk plak... tadi pg kedai toupup econ.. alhamdulillah baru sejuk wlaupn siang hari.. aiihh. Main2 plak dia.. hihi

Unknown said...

salam... apa masalh kalau ekon tu sebelah penumpg je sejuk..?? sebelah lgi xsejuk.. kluar angin biasa ke..??

Unknown said...

Assalam bro.. Aku ade masalah dgn aircond kereta perodua kelisa ni.. Aku da tukar macam² utk pakage aircond ni.. Tp tetap sama jgk.. Mula² tukar thermostat, pastu tukar kompressor... Problem nye bila aku on aircond compressor aircond idup macam biasa, tp bila aku buka lampu, atau tekan brek, compressor aku jd kejap idup, kejap mati bnyak² kali.. Sampai sakit hati dibuatnye.. Kdg² bila aku main power window pun compressor kejap idup, kejap mati bnyak kali... Kalau kereta tga jalan, aku on lampu compressor terus xidup... Kalau off lampu, compressor idup tp, kejap idup, kejap mati bnyak kali.. Boleh bg tau x ape masalahnye..

Unknown said...

Kereta angin ke keluar.. Anta kedai semalaman je sejuk pastu angin je.. Sejuk x... Duet dh byk kuar. Adoi

Unknown said...

Ukuran minyaknya sebanyak penutup air botol mineral je.

Unknown said...

Tu kipas radiator memang la. Tu kena mengena dengan temperature.

Unknown said...

Kalo magnet rosak, boleh ganti. Kalo semua rosak, kena la ganti seketul compressor baru.

Din said...

Assalamualaikum.tumpang tanya.
Kereta saga lama kalau on aircond bila enjin baru hidup awal2 tu aircond sejuk tp lama2 panas.bila bawak keta sejuk semula.pastu on aircond timing jd 2000rpm sblm on 1000rpm..dan aircond biasanya sejuk kalau rpm 3000 ke atas..masalah apa ye encik? Kalau nk repair tu berapa anggaran?tq

Unknown said...

Sebelom ni sy ade mslh aircond sekejap idup, kejap mati... Masalah selesai bila sy reset kereta sy.. Just nk kongsi pengalaman.. Cara reset kereta, kunci kereta switch kt on, then cabut bateri positif.. Tggu dalam 30 second, then masukan balik kabel bateri.. Start kereta, on air cond, in sha Allah air cond kembali normal..

Nizam.Ariff said...

Salam kepada pembaca / pengunjung sekalian.
Terima kasih kerana kunjung je sini.
Tapi maaf, aku tak mampu nak respond pertanyaan anda semua.
1. Aku syorkan kpd sesiapa yg ada pengalaman untuk kongsikan di sini. Sharing is caring...
2. Ada juga yg mengambil kesempatan utk promote bengkel masing2...pembaca diminta gunakan budibicara untuk memilih. Gunakan tip di entry ini dan di ruangan komen (bhgn atas2 komen).
3. Salam semua.
3.

Unknown said...

salam boss..cmne nk cek myk pomen tu ade tmbah ke x??? sbb tkt die tmbah gas jeyk xtmbah..

Unknown said...

bos tlg bos..cmne nk tau myk pomen ade topup/ tidak.tkt pomen just tmbah gas je...nnt rosak plk comprsor...adoii mcm xlena tido plk pkir

Unknown said...

Kadang2 sebab mungkin kompressor tu dah nak jammed... Biase kalau kompressor nk dkat jammed bile on ac dye akan tarik skali ng enjin so akan rse berat...Langkah awal kalau nak jalan jugak kereta potong je belting kompressor ekon..

Unknown said...

Betul2...Kadang2 sebab relay je kipas x jalan...

Unknown said...

Kereta saya proton jenis lama.1991.. aircond da betul..kompresor..kat bawah dashbourd da tukar..baru 2 bulan tukar..kene rm1200 tuh..tapi skrng aircond kuar angin aje..sejuk sikit.da pusing smpai nombor 4.paling max angin aje..masalah apa tuh..g jumpe toleh tu balik.dia cakap paip xtukar.pelik..bila da letak sabun xde plak ada belun kecik mcm bocor..pelik sangat..macam mana tu admin

Reena alana said...

Salam en.nizam...nak tny..ekon saya isi gas..sebulan lepas tu panas balik...isi balik n x sampai seminggu panas balik...sy perasan ada bau bila on ekon..kenapa ye...coolong coil bocor ke?..tq

Reena alana said...

Salam en.nizam..nak tny..ekon saya isi gas..sebulan lps tu x sejuk..isi lg n x sampai sekinggu panas balik...sy perasan ada bau masa sy pasang ekon..kmo ye..tq

Unknown said...

Geng...

kancil sy dulu dh tukar semua- compressor, dryer, c coil dll..

skrg dh x sejuk...

hrtu topap gas sejuk kejap, skrg x sejuk dh...

saspek cooling coil bocor, betul ke?

jd mohon perkongsian, masalah2 & penyelesaian lain jika geng semua ada info.

selain itu mohon share costings yg berkaitan utk kebaikan kita semua.

Yg sy survey (Harga/ Costing):

1. Cooling coil APM - rm200
2. Cooling coil (senawang) - rm250
3. Cooling coil lain (area KL) - rm95

4. Gas- rm60, minyak rm20, upah servis rm45
5. Upah servis & pasang cooling coil rm100 (senawang)

ada idea?

ada tempat yang expert econ & lebih murah?

share ye.

tq

Unknown said...

Ekon on klu bawa keta 60km.. klu bwa 80km kompresor off.. kenapa tu tuan??? Smua set ekon dah ganti.. makan ribu jg

Unknown said...

Tuan apa msalah ekon keta...klu kompresor sllu off bila bawa 80km?? Smua dah ganti

Unknown said...

Salam..saya ada masalah dengan air cond kenderaan. Untuk makluman, saya menggunakan kenderaan toyota unser. Masalah air cond kenderaan saya adalah apabila cuaca sejuk di luar, kompressor aircond sentiasa berjalan dan tidak berhenti. apabila suis aircond didalam dimatikan kompressor masih juga tetap berjalan. Apabila musim panas pula kompressor berjalan seperti biasa dan tiada masalah. Mohon bantuan tuan.

Tq.

Unknown said...

kereta waja bleh msuk x compresor myvi..

Unknown said...

Asalam...sy pakai wira..sy baru tuka komprese tu...lepas sy tuka tu...balik je rumah...bunyi cekerik kuat...sy buka hood depn tengok komprese xpusing...kat 1000+ gak abis buat...jadi ape agk2nye sebb die xpusing tu...

Unknown said...

Samala ,baru jer balik kedai,suh cek dulu,mekanik kata kipas kurang pickup Dan dia isi gas jer rm50 ,pusing tak sampai 10 minit terbakar,katanya compressor terbakar,minta balik duit gas rm 50.thn lepas dah tukar semua ,tu yg angin .

Unknown said...

Betul kena yg pakar,kalau tak tukar dan tukar,saya alaminya.

Unknown said...

Try tkar valve dengan condensor

Unknown said...

Salam .. tumpang tnya sat. Sy pnye krte wira 1300cc, sy ad msalh air cond.. xtau sama ada berkait dgn air cond ataupon tidak, apbila sy start engine kerete brfungsi dgn baik, apabila sy buka air cond pon ok apabila sy pandu dlm 5 minit, air cond menjdi tidak sejuk.. hanye angin sahaj, dan engine pula mati. Boleyh bg advise skit...

Unknown said...

Saya pun alami masalah sama sekarang..apa ye yang rosak?bila drive 3-4 jam aircond makin tak sejuk..

Unknown said...

As salam...en nizam..
Saya ade mslh ekon lori kecik saya...ekon x sejuk.gas hilang macam tu je.dh puas tokey kedai cari mskkan pressure angin pn x jumpa kebocoran.dh 3x msk gas hilang cam tu je.

Premvistava said...

Lorry 1 ton to 10 ton 1set aircond baru rm2100.00 6 month warranty......kereta wira,perdana,kancil,saga ,satria,putra 1set new aircond rm1350.00 ...1year warranty ....more info call whatsapp 0162986361....my workshop at puchong,selangor....more cheapest price include service n parts .....

Unknown said...

Salam kereta honda city sy ekon kejap sejuk kejap panas.knpa ye..boleh bls dkt wasap sy farid 0143772707 tq

Unknown said...

Salam Tuan,

Alza saya br tukar compressor. Skrg ni gas cepat abis. Check dgn w/shop dia kata cooling coil problem. Ada nasihat lain@cadangan? Terima kasih.

Unknown said...

Salam ...kereta satria 1.6 ...bila bukak air cond timing jadi rendah dia semput2 ... adakah ..trotel body nak kong .... tolong plezz

knisacs said...

Assalamualaikum..mohon bantuan.kereta sy viva.2 hr lps banjir dlm kereta.sebelah sit driver.takung air.lps tu hr ni jem.aircond tak fungsi dah.huhu..tgh hujung bulan.ingat boleh hold..tp kepanasan.ada efect tak kalau tak bikin awl..sakit apa kah itu?

Roszairi said...

bro nizam...kan tmpat nak isi gas aircond yg mcm nut tyre tu kan...sbb saya picit yg lubang nut tu saluran dri blower nak pergi ke expention valvr tu gas masih kuat mnyembur gas...dan dari condessor nak ke blower bila saya picit nut nya gas nya tak kuat...knapa yer

Tohai said...

Salam.. kereta myvi sy tetiba aircond x sejuk.. kereta dh 6 tahun.. tekan suis aircond kipas pusing tp x sejuk.. tp dekat pulley compressor tu cam ada minyak .. lg 1.. pulley dia tu mcm x main plak.. biasa klu on aircond dia pandai masuk kan..? Klu off dia keluar..? Betul kan..? Ngam kah tu..? Try test tekan tempat inlet yg ada penutup bertulis huruf H tu plak ada gak gas keluar.. mohon pencerahan.. tp sebelum dia x sejuk.. pernah berlaku sekali dua aircond tu x sejuk lepas tu dlm 5 minit sejuk balik.. tp sekarang ni dah x mau sejuk2 dah.. mohon pencerahan..

Anonymous said...

Assalamualaikum, nak tnya ni.. Toyota avanza, bila rpm tinggi smpai 3 baru kompresor aircond jlan.. Sbb apa ya?? Ada sapa prnah kena cmni x?? Terima kasih..

Unknown said...

Tumpang tanya. Saya pakai waja MMC. Bila on Aircond, ada bunyi bising.tapi Aircond sejuk lagi. Apa issue dia ye.

Amy said...

Assalamualaikum, proton saga lama saya dah 8 tahun tersadai kat depan rumah .. Baru2 nih dah bikin balik kereta tu sampai sah on the road balik .. Masalahnya sekarang bila on aircond wlaupun dah set kesejukan ke tahap full stakat angin blower dalam je terasa, cek kat enjin bay kompressor dgn condenser fan x jalan langsung .. Fius utk aircond bawah dashboard dgn kat enjin dah cek xputus .. Kompressor xjem boleh pusing gne tangan lagi kat kompressor klac tu, Sebelum kereta ni sadai aircond terbaik sejuk xde masalah pun, adakah disebabkan gas aircond hilang boleh sebabkan kompressor dgn condenser fan x jalan ye ? Mintak pandangan & nasihat yer .. Hehee

Nizam.Ariff said...

Biasanya blower aircond ada switch asing...klu ignition on, kipas blower pusing gak walau enjin x idup.

Nizam.Ariff said...

Kena cuci filter klu dah berbau. Klu ada bau asap masuk, cuba check air intake selection, takut pilih angin luar. Klu pilih circulation dalaman tp masih bau asap, suh pomen check flipper dlm ducting tu mgkn x dpt tutup rapat. Anyway, kereta honda city aku pun masih berbau asap luar walau pilih internal circulation...from day one lagi...huhu

Nizam.Ariff said...

Cer suh pomen check relay atau check api smpi ke fan tak. Klu kete lama tersadai ni biasanya wiring ada problemsikit.

Nizam.Ariff said...

Bunyi bising kat mana? Klu kompressor,biasanya bearing atau belting slip. kdg2 bunyi bising kipas aircond dah tak balance....kereta wira aku tu fan dah tak balance, bunyi bising.

Nizam.Ariff said...

Maaf...bab ni aku x pandai. Tak tau sistem avanza. Ada sesiapa yg boleh bg komen?

Nizam.Ariff said...

Err...wiring kut...fuse terbakar masuk air ke ....kena check kat pomen tu...

Nizam.Ariff said...

Tgk gaya mcm ada yg bocor....klu pulley berminyak, clutch rosak? Kena tanya pomen gak ni...

Nizam.Ariff said...

Suh pomen adjust timing utk idling state, kasi up skit. Atau mgkn kena cuci throtle body. Kereta wira akuguna Siemen vdo, senang keladak dlm TB tu..timing pun jd rendah. Kdg2 enjin mampus bila aircond tarik masa idling.

Nizam.Ariff said...

Cer cuci Th. Body dulu....pastu up sikit enjin timing tu. Kereta wira aku buat mcm tu je

Hisyam puki said...

Tumpang tanya, saya tukar full set air cond system kt kereta saya termasuk compressor pn tukar baru jgk tp kenapa keluar angin sahaja? Xkuar langsung gas sejuk. Sedangkan semua parts saya dh tukar baru utk aircond

AZMIN said...

Kedai mana tu? Saya tgh cari kedai yg jujur dan tak cekik duit.

AZMIN said...

Thanks bro

Unknown said...

Salam,
Kereta saya baru tukar cooling coil,tapi angin yg keluar tu kurang sejuk la,compressor ac on/off berselang..
Kalau buka blower pada no 1,piping low pressure sejuk,tapi bila buka blower pada nombor 4 piping low pressure terus tak sejuk..
Adakah masalah pada expension valve ?
Nissan G livina
Terima Kasih tuan

Sam said...

Sebelum ni acond kereta sya boleh katakan sejuk la juga... cuma compressor tak cut dan elektrik fan tak pusing.. bawa kedai mereka tambah gas katanya gas tak cukup.. lepas tambah gas kipas pusing... tapi kompressor tak henti juga.. yang peliknya angin yang keluar dah tak sejuk... apa masaalahnya ? minta pencerahan

Unknown said...

Masalah pada blower tidak berfungsi

Unknown said...

salam cik....fungsi kipas dalam bhgn enjin tu dia tarik angin cooling ke bg sejuk cooling...sbb td saya teat sy raaa sejuk dr arah belakang

Siti Muthiah said...

Maaf, sy nak tanya. Keta sy wira 1.5 tahun 2000. Sy tahu compressor rosak, sbb lps start enjin, nak buka aircond terus mati enjin. Pastu sy pegi cek kat kedai, dia cek minyak hitam dah masuk dlm sistem, yg mcm paip tu tak tahu nama apa. Pastu dia taknak betulkan, kalau tukar compressor pun, tetap aircond tak function atauy rosak balik. Jadi, kena buat apa sbnrnya? Smpi formen tu pun taknak betulkan. Terima kasih!

Nizam.Ariff said...

Dr San.
Kipas acond dlm engine room tu utk sejukkan condenser (high pressure side)

Siti.
Setahu aku minyak hitam (engine oil) takde kena mengena dgn kompressor acond utk Wira. Minyak lain kut? Biasanya klu kompressor dah jammed, tukar je. Aku pernah kena sekali kat kete wira aku. Aku tukar yg recond, dah ok.

Unknown said...

Salam. Kete estima acr30. Gas baru topup 3 hari lps. Harini on aircond ada mcm bau terbakar dan aircond x sejuk. Apa puncanya?

Unknown said...

Hai.

Saya nak tanya. bila saya hidup kn aircond, ada bunyi bising. dia mcm on off jgk. adakah itu kompressor? kalau kes mcm saya kena tukar kompressor terus ke? brpa ye anggaran kos skrg?

Unknown said...

Salam tuan...ekon kenari xsejuk...lepas dah servis pipe2 semua...tukar condenser...expantion valve...filter dryer...masih xsejuk...bacaan tekanan ok dlm 40-50...bacaan suhu jgk ok dlm 200°c kebawah...tapi pipe low pressure dkt ruang enjin sejuk sgt...tp dlm kereta ekon xsejuk...rasa sikit2 je sejuk tu...apakah masalah nyer tuan?? Adakah masih ada sumbat...?atau cooling coil dah xok??

Unknown said...

Aslmkum semua sy nk tanya sikit aircond keta sy kurang sejuk bwak p kedai dia check paip ok pastu dia kata mgkin ada chock pada dashboard dia ckp kena service kena buka dashboard dua hari baru siap sy k tya biasanya berapa bengkel charge utk service aircond ni ye

Unknown said...

Salam,kereta kancil 660 milik sy ada masalah.bila on aircond engine trus drop..kalau berhenti trafic light engine trus mati....masalah kt mna tu?kompresser atau vacuum aircond?

Taj said...

As'salam..
Kereta wira saya kompressor aircond kadang2 berfungsi OK (ON and OFF) - sejuk macam biasa - OK.
Tapi banyak kali OFF (tak berfungsi), terutama ketika kereta bergerak dan kadang2 OK bila kereta berhenti.
Kadang2 Kompressor tak berfungsi langsung. Nak kena ON-OFF switch aircond banyak kali baru dia nak berfungsi.

Tolong jelaskan penyakit ni.

Taj said...

As'kum..
Nak tanya, kompresor aircond kereta wira kadang2 jalan kadang2 tak jalan.
Bila jalan aircond sejuk macam biasa
Selalunya dia jalan bila kereta benhenti, itupun lepas saya ON-OFF switch aircond berkali2.

Ape penyakitnya..

Kelab Sukan & Rekreasi SME Ordnance said...

As Salam ... keta sy exora. Masalah utama ... lps 3 - 4 jam drive, aircond tak sejuk, angin mcm tiada. Kipas ok mcm biasa (baru beli). Kena berhenti lama, baru okay. Masalah berulang setiap kali driving jauh. Driving dekat (bawah 2 jam) ok walaupun tgh jem. Terima kasih tuan.

Unknown said...

assalam bro.. nak tanye skit.. ekon kete sy bile tekan button swicth die hidup tp just kua angin saje dan xsejuk.. lg satu timing kete pun xberubah maksudnye rpm xberubah.. adekah kompressor kete sy da rosak..

Unknown said...

assalamualaikum.. kete sy wira 1.5 mmc bila on aircond rpm akan naik.. dan check engine akan menyalah mohon bantuan apa masalahnya ye..

Unknown said...

assalamualaikum..kereta sy wira 1.5 mmc masalahnya bila buka aircond check engine akan menyalah.. sensor apa yg rosak klu mcm tu ye.. dan kereta tak sejuk langsung

Unknown said...

Tu gas dlm receiver drier dah abis dah...yg angin tu angin blower jer..

Unknown said...

Salam ..aircond kete alza :-
1. Sejuk macam biasa bila on tapi bila dah jalan & radio pun on, tetiba bila Ada cut off aircond...radio pun restart Tanya enjin mati, app masalah ya?
2. Kereta dalam position parking, bila on aircond...lepas cut off..enjin mati...agak2 apa masalah in?

Tq

Unknown said...

Salam sahabt2.aku ad poblem ni ,aku pkai iswara.aircond cmpressor pkai jnis mitsubishi 4g.series.kacuk la,bli recond ,aircond hanya berfungsi bila keta dipndu perlahan,bunyi sangtlaa bising kalau on ekon,kalau x on ekon keta bunyi senyap jaa.haritu dhtukar drive pulley bhgian bwah enjin nk menyambung ke cmpressor pastu ttp bunyi bising jgk.aku syak compressor problem laa.pda pndapat kwan2 bleh x cmpressor ni direpair?

Rodenk said...

Mslh econ sy smpai skrg blum slesai,brg suma dh tukar comp,condenser,cooling coil,expansion valve.drier..mslhnya bila cuaca pns je ekon ssh nk sejuk bila ssh nk sjuk comp trus on xda cut,tpi bila cuaca xpnas ok plk..sejuk cut pun ada..dlm box blower pun span dlm dh bt semua spya udara luar xmsuk kedalm, tpi xselesai jgk..harap ada yg boleh mmbntu mslh sy ni,..

Rodenk said...

Kalau wayer direct dri pressor switch tu spatutnya tk boleh,system aircond tk brjaln secara auto dan compresor akan trus on bila kita hidup aircond..

Rodenk said...

Mungkin pendawain ke blower sdh di bypass

Rodenk said...

Cuba check condenser moto fan dulu..

Rodenk said...

Cuba check kipas radiator berfungsi dgn lancar atau tak lancar mksudnya laju atau slow kipas tu berpusing

Rodenk said...

Tu biasanya filter pada box blower dh trsumbat atau cooling coil dh trlalu kotor & tersumbat

Rodenk said...

Tgok dlu gas ada atau tidak

Rodenk said...

Compresor auto cut sbb condenser dh trlalu pnas,bila mlm cuaca sejuk condenser boleh maintain lgi

Rodenk said...

Kreta apa ye bos

Rodenk said...

Check fan dlu bos mungkin dh lost

Rodenk said...

Boleh jdi cooling coil bocor,satu lgi check recharge hose dri compressor ke condensor sbb slalu kna hose tu bocor

Unknown said...

Salam. Saya pasang aircond lpastu kuar air kt bwah dashboard tmpt dduk pnumpang. Knp ye. Krta wira. Sampai banjir kt tmpt kaki tu

Unknown said...

Salam zam...aku owner avanza 1.3 auto...on atau x aircond tu...tetap bunyi bising pd compressor..aircond semestinya dah x sejuk.setakat ni...dah nmpk belting ada koyak skit dan da jd warna coklat...bkn hitam(sepatutnya).kalo tau apa jenis krosakn hrp sudi bantu.tq.

Unknown said...

assalam..
terima kasih bro,aq tak nak tanya apa2..dah terjawap sudah persoalan aq kat atas...tqvm...

Unknown said...

assalam....
terjawap sudah persoalan aq..tq bro..

Unknown said...

assalam....
terjawap sudah persoalan aq..tq bro..

Razman bin Ramedan said...

Aslmkum. Sy pkai Wira aeroback 1.3. aircond x sejuk. Sy check fuse dlm hood (tak jauh dr compresor) tu dah terbkr. Bila sy ganti yg lain, fuse tu trbkr jugak. Apa problemnya? Adakah magnetic clutch dah rosak? Brp harga magnetic clutch? Tkasih.

Unknown said...

assalammualaikum..sy nak tanya..kreta saya bila bukak aircorn dia akn bunyi mcm cengkerik hihi..tp bila engin dah panas bunyi yer hilang...ap masalah dia ekk??

Unknown said...

aku punya kompresor ok cuma pulley aircond + magnet + bearing dah kong .. kena tuka daaa .. air cond tapi lambat sejuk . bila dia nak sejuk . timing jatuh adeiiii

Unknown said...

Salam saya pakai kereta waja 2005 . Bila on ekon angin je keluar .. lama jugak nak sejuk dalam 3 atau 4 minit baru sejuk . Masalah pe tu ye

Unknown said...

Dah tukar bearing magnet pun masalah yg sama .. aircond lmbt sejuk masalah pe ye sebenarnya ??

Unknown said...

Assalamualaikum... nak tanya. Pa masalah aircond kreta waja bila on tidak berfungsi.. angin pun xda langsung

Unknown said...

Salam..tuan nk bertanye...kalu fius air cond selalu putus sbb ape yer..

Nizam.Ariff said...

PokJeck.
Macam ada masalah switches / rheostat je?

Nizam.Ariff said...

Muhamad Rafaie,
Klu asyik putus je maknanya circuit tu overloaded. Mgkn ada motor yg nk jammed atau ada connector yg longgar/pecah atau short circuit. Nih dah citer electrical n wiring ni

Nizam.Ariff said...

Muhamad Rafaie,
Klu asyik putus je maknanya circuit tu overloaded. Mgkn ada motor yg nk jammed atau ada connector yg longgar/pecah atau short circuit. Nih dah citer electrical n wiring ni

Unknown said...

As salam,saya pkai kancil...baru2 aircond ada problm.yg herannya button no. 3,xder mslh..aircond kuar cm biasa.jst button no. 1&2 lgsg xder angin maupun sejuk..mohon pencerahan 😉😉

Nizam.Ariff said...

Hmmm...kalau gitu, button/switch tu la yg rosak.

Pintu Taubat said...

Namanya FICD kan

Pintu Taubat said...

Namanya FICD kan?

Pintu Taubat said...

Sy rasa masalah dia tu ad ruang udara bocor la boss, bila laju angin luar msok sedikit dalam ruang dalam yg bleh mnyebabkan kepanasan.....

Unknown said...

AssaLamuaLaikum

Nak tnya, if tangki gas ekon pecah atau bocor.. Ambil masa brapa lama yaa gas tue abes??..

Sbb ada nie kwn piNjam keta, tp tiba2 tangki gas ekon pecah... N xnak mgaku pulak tue ..

Reply me ASAP please..

alfaizal said...

assalam bang...kereta saya bila on aircond kereta jadi berat..apa masalah...

alfaizal said...

assalam bang...kereta saya bila on aircond kereta jadi berat..apa masalah...

Unknown said...

Tumpang yanya bos... sya dh tukar compressor aircond baru... pastu kdai ckp mcm2 benda kna tukar lg sbb minyak hitam dh masuk dlm sistem. Betul ke.? Klau ikut kdai tu mau 1k lbn nk wat smua. Sya tukar compressor belt bearing extension pun dh 700 lbh dh....

Unknown said...

Sya punya kereta bila bukak aircond dlam 15min tibe² temperature naik , tp bila off aircond suhu tuh drop balik . Sya dahh servis arcond tp ttap jd bende yg sama

yusri said...

Saya Pakai MBenz E200 Compresor 2007. Masaalah air cond saya lambat sejuk bila siang hari. Bila malam ok la pulak. Dah diagnose.. Gas cukup, Tekanan 60, mmg ok, cooling coil dah cuci... Bila on aircond ada bunyi bising, bila off senyap. bellting ada bunyi sikit bila waktu pagi... apa masaalahnya yer... Tq

Kjjj said...

Salam tuan,,sy memiliki kreta iswara,,bila sy tekan minyak dlm keaadan econ dbuka keta akan keluar bunyi halus dan minyak kreta nyerot lbih dri biasa dan kereta x mengeluarkan ap2 bunyi bila minyak x ditekan smaada dlm keadaan memandu ataupun tdak,kreta tiada mslh bila aircond dtutup

Rosman said...

salam .bila on aircord magnet x lekat.napa ya.ni bru tukar belt aircond.tima ksig

Unknown said...

salam,kalau nak tukar minyak compressor perlu buang gas dulu atau tak payah buang

Unknown said...

Klu magnet brp kosnya

Unknown said...

Assalamualaiakum..
Tuan saya ada masalah kenapa ye bila sy on suis aircond.. wayaring dari fius box kaki hingga ke wayaring dpn dlm bonet.. wayar panas.. dan cair..

Razif said...

samalah

Unknown said...

salam..nak tanye..aircond kete saya sejuk memanjang tak ada on off..sejuknye pn dah mcm ais batu..ape masalah nye ye..?

LFLresources said...

Assalam...nk tya baru terjadi. Kereta wira ku kalau bergerak aircond kurang sejuk. Kalau berhenti aircond sejuk sikit... apa masalah ye? Gas dh tambah...

Unknown said...

Kalau on aircond ada bunyi mcm bersiul kenapa erk? Bila kompressor aircond on, teris ada bunyi..

Unknown said...

Assalam en nizam.. Saya nk tanya.. Kenapa bila saya on aircond saja, waktu compressor jalan, bunyi mcm bingit(mcm bunyi bersiul) kat enjin kereta Honda City saya?

Unknown said...

Maaf nak tnye.. Kenapa aircond myvi sy lambt sejuk? Wlaupn parking bawah bumbung atau tmpt redup tetap lambat sejuk??

Unknown said...

Admin nak tnya saya guna wira 1.5 selalu ade masalah aircond... Masalah dia mcm ni klau bawak kereta laji lebih dari 80km/h selalu ade masalah air cond akan jadi xsejuk tibe..... Lpas tu dia akan ok balik.... Bleh bgi pencerahan x.....?

Unknown said...

Salam.mohon bantuan.kereta sya saga BLM semua ok.tapi comperisor aircon tak hidup.

Unknown said...

stuju sangat2..nk jimat 2-3ratus, berulang ke kedai 2-3 Kali. Last2, xde jimat pn

pastu, warranty xsama. tengoklah brapa lama blh tahan..

Unknown said...

saya semua barang dah tukar tapi x sejuk jugak ada yang tahu tak?? kereta kancil

Unknown said...

saya barang semua dah tukar tapi stil x sejuk tahu tak ape lgy?? kereta kancil

HelmyZakaria said...

Masalah ni sama mcm yg kereta aku kena sekarang.bila on kan ac & suis(baru tukar rm 45) sejuk .lps jln dlm 10 minit compressor tak jalan.aku pun suspec gas bekurang sebab filter drier ada leaking kat sensor.


Mungkin ada kemungkinan compressor on of 'tendang blk' pasal gas kurang kot.

kenthaikal said...

Kenapa aircond kereta saya bila on belah pemandu ada rasa sejuk belah penumpang depan panas.

Unknown said...

Minta pandangan, berapa kadar bacaan tekanan gas normal bagi kereta. Biasanya antara berapa ke berapa.

Hans said...

Compressor jalam,tapi aircond siang memang tak sejuk dah,biasa2 je... Engine pulak kalau sejuk senang start,panas memang kena tunggu sejam pulak baru leh hidup...punca dari compressor gak ke? Lampu engine menyala...air,kipas,sensor water baru je tukar...

Masalah waja ku said...

Tumpang tanya saya guna waja tahun 2001
Masalah saya aircond switch,bila on kunci lampun menyala tapi bila on fan dia hilang trus kena tutup lama baru dia menyala balik kadang2 boleh la 2,3 minit hidup pastu mati terus,pernah hantar kedai tapi dia cuma buat shotcut pada relay dashboard dengan cara tambah wayer body ke relay memang ok tapi wayer jadi panas sampai kan wayer burn terus harap dapat bantuan semua,dah buntu naik kereta takut terbakar terima kasih.

Unknown said...

Na tnya,klau time start kereta viva auto..aircond on sendiri tpi button A/C xda kena on apa masalah dia tu arhhhh

Roy said...

Bro.. kete sy ada bunyi dekat lubang aircond.. mcm bunyi air pn ada jugak.. bila naik kan kelajuan angin bertambah kuat bunyi.. apa masalah ye bro

Happy Penguin said...

Amat menarik post berkaitan aircon kereta. Apa kata kita tengok juga kisah aircon rumah dalam bab ac maintenance. Mungkin anda nak tau pulak bab "repair" dan "Maintenance" aircon rumah/pejabat.

Amir abdullah said...

Keta sya wira aeroback 1.3 dia adak masala ingin panas dan air suma krain kipas pun tak jalan kalau start account baru jalan tolong jawab balik sya cepat

Amir abdullah said...

Assalamualaikum bro keta sya adak masalah ingin panas dan account air krain?

Amir abdullah said...

Boss tolong bagi tau sya keta sya wira aeroback 1.3 tahun 2003
Keta sya ingin panas dan account tak sju air senderi krain

Amir abdullah said...

Tolong awak hantar Gmail adress

Unknown said...

Sape tau subcool dan superheat kalo sistem ac ok walau kereta buruk pon boleh dpt 5darjah celcius

Unknown said...

Masalah asap dari luar masuk dalam kereta bila on aircond... Tanpa guna udara luar...

Unknown said...

Masalah asap dari luar masuk dalam kereta bila on aircond... Tanpa guna udara luar...

Unknown said...

Masalah asap dari luar masuk dalam kereta bila on aircond... Tanpa guna udara luar...

Unknown said...

Masalah asap dari luar masuk dalam kereta bila on aircond... Tanpa guna udara luar...

nordin selat said...

masalah aircond sy 1 je.baru tukar compressor yg baru.x sampai 3bulan rosak.masalah magnetic clutch cair.dah repair magnetic cluct tu.x sampai sebulan kene balik masalah yg sama.compressor jd panas.bila jirus air.panasnya sampai air mengelegak bila kene kat compressor.apa sebabnya?nk nata kipas x pusing,kipas ok,siap tambah kipas tornado kat belah depan.apakah masalahnya?tolong

Enjin mudah mati said...

Bila on Aircond Enjen kadang kadang mati dlm perjalanan ketika berhenti atau slow enjin.
Apakah puncanya?

Unknown said...

salam...bro nk tya ape akan jadi apabila kita tidak matikan aircond pada kereta yg dh matikan enjin

Unknown said...

Salam ..nak tanya.. econ kereta saga blm saya ..bila on econ ada bunyi pssst..econ x sejuk..tp bunyi x berenti..kenapa ya

Unknown said...

Saya nak tanye ...akon kereta saya bila cek ke kedai akon sume ok ..tp mslh nye bila start kete dia sjuk cuma 5 minit kadang tak sampai 5 minit lps tu akn kluar angin biasa tak sjuk ...nak tau ape mslh nye compresor da 2x tukar...dan benda lain juga tentang akon da tukar baru...byk sgt da hbs duit ..kalu tau ape mslh nye tlf replay ye boss..

wan said...

Bro dah tahu apa masaalah aircn bro ke? Sya pon sma mcm tu kna tggu lama bru sjuk plz rplay kereta saya perodua axia

Unknown said...

Gas ape kluar mcm ade angin tembak dkat dlm enjin...ble brenti sekejab dkat trafiq light nk jlan dye bnyi mcm angin tembak2..lpas tu lme dh xde..ble brenti dye jadi balik...bnyi mcm gas ...ape mslah ye mnx tlg

Vios said...

Asalamualaikum
Perlukah servis aircond jika kenderaan baru telah guna selama 7 tahun
Sedangkan aircond sejuk
Minyak compressor masih putih
Filter drier masih bersih 90%
Persoalan perlukan servis
Dan selepas servis knp aircond jadi tidak sejuk
Adakah kerana expansion valve kotor tetapi minyak compressor masih putih?

Unknown said...

Sy pengguna Iriz, bila kereta dalam kelajuan 100km/j selama 30 minit aircond mulai panas, tolok suhu meningkat sehingga maksimum seterusnya cut off aircond. Berhenti kereta kipas radiator pusing mcm biasa, bila enjin dah sejuk check air radiator semua ok. Start kereta air cond kembali sejuk...jalan dalam speed x lebih 80km/j semua sistem ok, tolok suhu air ok, air cond pun sejuk spt sediakala. Tapi bila capai kelajuan 100km/j problem tadi happen semula. Kena off aircond dan pandu dlm keadaan low speed.Minta pandangan tuan.

Sam said...

Asslmualaikum. Nak tanya kenapa kereta klau sudah bejalan jauh aircond saya jadi tak sejuk. Compressor saya jenis piston. Boleh bagi pencerahan?

kair said...

salam....kalo fuse aircond selalu putus...apa penyrbabnya bos....

Street machine garage said...

Biasa compressor or tersumbat.


epoi said...

Assalam tuan...jika aircond kereta kancil low side jd 0 macam xde gas lalu..tp hi side ok 170psi..adakah tersumbat filter atau expension valve?

Unknown said...

Satu perkongsian yg sangat baik dan ilmiah...

Unknown said...

salam ..sy dlm perjalan dripada klang ke johor...tak buka aircon.. setengah jaln sya buka...tiba tiba keluar asap dri depan..tp pada meter tak naik jarum merah... apa ini sebab aircon yg rosak keluar asap..dan klo kita tutup aircon apa boleh jln macam biasa..? tolong dijwab penting..trimkasih.

Unknown said...

salam ..sy dlm perjalan dripada klang ke johor...tak buka aircon.. setengah jaln sya buka...tiba tiba keluar asap dri depan..tp pada meter tak naik jarum merah... apa ini sebab aircon yg rosak keluar asap..dan klo kita tutup aircon apa boleh jln macam biasa..? tolong dijwab penting..trimkasih.

deeozt177 said...

sye kerap kali tukar magnet coil..lpas tu hritu tukar compressor pulak..tak dtg sminggu magnet coil asik hangus..dh d service aircond ni still sama..ape mslah dye eh..mohon pencerahan

Unknown said...

Suis rosak atau cable tu

SEO said...

It is good if we can help out each other, here we got aircond service kl, you may always contact us. Let's help out each other.

zue said...

bos.assalamualaikum...masalah aircond keta sy..sy pakai viva perodua..tapi injin sdh tukar injin viva jepun..seblum ni ok x da prob..yg skang ni probnya kalau sy on aircond...tekan suis...aircond compressor lambat..delay dlam 10 minit atau lebiih..minta tlg ya bosku

Unknown said...

Hi bro.blh tau ke apa masalah chiller truck tak sejuk.bab saya suda repair sma top up.gas pakai r404 malah kedua2 paip comp panas sepatunya 1 panas 1 sejuk.tpi jadi lain pla.wap indoor pun jadi panas.apa punca kerosakan tu bro.

Unknown said...

Hi bro.bro apa apa masalah chiller truck paip comp dua2 panas.first blower indor tdk jln.so saya suda bypass low pressore .kipas jln tpi stil tdk sejuk.filter suda tukar.top up gas 404.suda vakum tpi masi jga tidak sejuk.apa punca masalah itu bro.pening saya d buatnya

Anonymous said...

Tuan nizam. Saya amat memerlukan bantuan tuan.. Lori yg saya guna aircond kurang sejuk, jadi saya tambah gas, besoknye tetiba paip gas yg sambung dekat komperasor da kipas luar 2 pecah putus.. Minta pendapat tuan apekah masalah 2...bolehkah saya tukar paip sahaja. Sebab saya ade tanya 1 kedai ni die cakap kene tukar 1 set sistem aircond... Saya amat mengharapkan penerangan dari tuan.. Kalau sudi boleh wassap saya .0175735378.tq tuan

Mohd haizan said...

Kalau tempat keluar air aircond bawah kereta tu tetiba berasap kenapa ye? Ada yg tahu?

«Oldest ‹Older   201 – 368 of 368   Newer› Newest»

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com