Thursday, February 13, 2014

Pantun seloka Melayu..

.



Kalau tuan meraut buluh
Jangan jari terhiris sembilu
Kalau tuan tidak bersungguh
Jangan beri kasih yang palsu

Kalau tuan menuba ikan
Jangan tuba di air lalu
Kalau tuan kasihkan puan
Jangan duga dengan cemburu

Kalau tuan berbaju biru
Jangan pakai berlapis-lapis
Kalau tuan ilmu tak seru
Jangan faham sebelum habis




.

15 comments:

t.a.t.a said...

Buluh diraut tidak berhati
Menitis darah terhiris jari
Tapi kalau sayang sudah di hati
Kasih yang palsu pun tidak terperi.

Unknown said...

bijak rupanyer bro berpantun nie.

Unknown said...

bijak rupanyer bro berpantun nie.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Menitis darah terhiris jari
Tidur tak lena berhari hari
Kasih palsu yang tak terperi
Bila dah kena terbunuh diri


Shark Kay,
Alaaa.. sekali sekala je menjadi...

t.a.t.a said...

Tidur tak lena berhari-hari
Ditambah dengan kena himpit lagi
Iman di dada dan pegangan diri
Kena kental agar tidak terjebak nanti.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Tak elok berjaga didinihari,
semoga kental jiwa nurani.

Kniedaz said...

apa kata satu hari kita wat entri pantun dan yang nak komen pun kena pantun..bru ada akai..hehe

t.a.t.a said...

Fida, tu aku dah berpantun dah tu.

nae nematoda said...

dulu belajar pantun tak sempat habis, so tak reti nak berpantun...
mohon tunjuk ajar :D

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
cepat akak mulakan...
entri aku ni dah dikira entri pantun la ni.. hehehe

tata,
eh.. ko jawab pun dgn cara pantun gak la...

Nang,
camner nak ajar..?
ko habiskan dulu paper thesis ko tu... hahaha

t.a.t.a said...

Hari cuti hari rakyat mengukur tapak parkir
Jalan raya penuh sesak menyebabkan jammed.
Cadangan menjawab Kniedaz dengan berpantun memang sudah kufikir
Cuma otak aku sahaja yang tiba-tiba jammed.


:)

LydSunshine said...

kenapa pantun melayu banyak menggunakan pekataan kalau dan jangan.

Nizam.Ariff said...

Tata,
hehe..


LydS,
Sebab itu kategori pantun nasihat..

Anonymous said...

rgkp satu dan dua aku tujukan utk suami aku.

terima kaseh...

haha

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Copy paste la utk suami...haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com