.
Dia hanyalah sebatang sungai dari puluhan sungai yang mesti aku seberangi. Tiada yang terlalu berbeza dia itu daripada yang lain. Dia hanya satu mimpi daripada banyak mimpi, apabila berlaung azan subuh, dia pun menyingsing pergi.
Aku tak kata ianya mudah. Payah memanglah payah tapi tak pula susah. Masih boleh dibuat walau pun tenaga jiwa aku hampir kontang disedut teriknya mentari ngeri.
Lagi pun, apalah lagi yang aku boleh buat. Aku bukan kaya dengan pilihan, yang aku boleh pilih dengan jari telunjuk, yang aku boleh pilih dengan bersiul atau berdehem atau dengan kerlingan mata.
Jalan yang ada hanyalah ke depan. Biar beronak berduri sekali pun, aku perlu berjalan ke depan. Mungkin betis bercalar dikaut onak, mungkin kaki terluka dicucuk duri berbisa, tapak kaki hanya boleh ke depan.
Dia adalah halangan. Dia mungkin diciptakan untuk menghalang. Biarkanlah dia. Tapi aku tetap tempuhi dengan kudrat yang ada kerana aku boleh. Hanya kerana aku boleh.
Maka, minta maaflah kerana aku mungkin akan merempuh dadamu, memijak kakimu malah kepalamu. Janganlah pula kau ambil hati kerana kau hanyalah satu halangan yang akan aku rempuh.
Mengapa? Kerana aku perlu ke seberang sana. Hanya kerana aku mesti berada di sana. Aku mahu ke sana.
Yang benar,
Siput Babi.
.
6 comments:
sila sila.. aku izinkan
SvS,
Itu macam dah bersedia dengan keris terhunus je... takut aku... hahaha
Kenapa kau bersungguh hendak ke sana?
Tata,
entahlah.. kena Tanya siput tu....
First time tengok siput babi macam tu huhuu :D
http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/sehari-di-kawasan-pendalaman-termeloh.html
TT,
Aku pun... tak tahu pulak siput boleh lompat... hahaha
Post a Comment