.
Kalau nak merasa, tak perlulah bersusah-payah hendak dicari di mana restoran ini. Restoran ini bukan ada di sekitar sini. Restoran itu ada di Langkap.
Belilah setin Coca Cola dan tuangkan sedikit susu. Kalau tak mahu terlalu manis, gunakanlah susu sejat. Kalau itu pula kurang berperisa susu, boleh gunakan susu segar.
Sebenarnya, coke + susu bukanlah satu 'experimental recipe' yang baharu. Aku mula dengar kisah coke + susu atau kadang-kadang sarsi + susu ini sudah lama, semasa aku kecil lagi. Paling kurang sudah 30 tahun. Mungkin juga lebih.
Dan aku tak rasa air coke + susu hanya ada di Langkap. Aku rasa ianya sudah diketahui ramai. Cuma ada orang yang mahu minum atau tidak. Malah kalau tak ada di restoran pun, kita masih boleh campurkan sendiri.
Kenapa aku ceritakan kisah coke + susu di sini?
Sebab ianya adalah nostalgia. Imbauan kenangan silam yang aku pernah lupakan dulu. Apabila ternampak menu air minuman itu, aku teringat semula dan aku ceritakan kepada anak kisah-kisah lama.
Aku tak pernah minum coke + susu TAPI aku pernah minum sarsi cordial + susu.
Selain daripada coke + susu, ada juga yang buat coke + garam secubit. Ini aku pernah minum. Agak sedap juga. Kepada yang fanatik, ada juga yang minum koktel coke + panadol kononnya untuk pura-pura demam ketika peperiksaan. Ada juga yang berani mencuba coke + serbuk cap kaki tiga yang mana aku rasa ianya adalah koktel berkesan untuk mereputkan perut.
.
13 comments:
Zam. Aku tak minum coke.
Tata.
Sarsi pun boleh cuba...
Cordial aku minum la. Tapi kalau minuman gas memang tak layan. Rasa nya macam tajam sangat. Kalau nak cicipi pun campur air kosong, bagi reda gas nya.
Coke + aiskrim vanilla = Sedap
Tata,
Sarsi tu cordial...tanpa gas... sedap... aku pernah rasa.
SvS,
Itu macam rutbir float kan?
Nanti boleh dicuba gak tu...
seriously, ni 1st time aku dengar pasal Coke Susu...kalau coke + panadol tu, biasa dah...
kau cuba Coke + nescefe...perrghhhhh..mmg best..sebab aku selalu buat...hahahaha..
DaddyZ,
seriously aku baru dengar pasal coke + nescafe...! Mak-aii... coke ni versatile juga le ...
wondering mcm mana rasanya..tapi tak nak cuba lah..hehe
Ewan.
Cubalah segelas dulu...kocak kasi buang gas...kalau tak suka manis, gunakan diet coke.
coke campur susu aku tak penah buat, tapi air oren campur susu aku penah buat. Aku rasa mcm sedap, tapi aku kena marah dgn kakak aku sbb hidang kat budak yg dtg beraya kat umah. Hahaha. Ntah le dia sakit perut ke tak lepas tu.
7up tambah garam pun sedap. Rasa dia jadi macam air asam boi.
dah lama berhenti munum coke...dah tak berani dah nak minum...
coke + susu, cam menarik...nak try buat :D
Lyds.
Bukan ke bergumpal...clumpy...susu tu?
Aku pernah gak buat dulu...tapi sedap lg minum lassi oren...
Nang.
Aku pun x pernah minum...aku pun nak cuba..
i campurkan jus epal(brand yeos yogurt) dgan coca-cola . sgat menakjubkan . sedap giler. hampa kena cuba nahh .
Post a Comment