Aku tertarik dengan entri dari blogger Bicara Cinta tentang bagaimana beliau berjaya menyediakan juadah dalam masa yang amat terhad. Ia membuatkan aku menyelami kaedah yang aku lakukan (atau patut aku lakukan tapi tak buat).
Imej dari Google |
Memasak? Aku jarang memasak, hanya memasak family specialty atau jika Mama sibuk, letih atau mood swing. Jadi, aku buat sesuatu supaya masa Mama di dapur diminimumkan seminimum mungkin. Memudahkan memasak BUKAN objektif aku. Objektif aku ialah meminimumkan masa di dapur.
Berikut adalah idea aku, idea yang aku garap dari ilmu kilang perusahan. Ada yang aku buat tapi ada yang hanya teori:
- Automation - kalau dah tak cukup masa, sesetengah proses dirobotkan tapi perlukan pelaburan. E.g. Pemanas air untuk bekalkan air panas untuk defrosting (aku tak suka guna microwave), memasak sayur, memasak lauk, cuci kuali berminyak...selain daripada cepat buat air minuman untuk sarapan pagi. Masakan tak perlu tunggu lama untuk menggelegak semula jika dituangkan air panas berbanding air sejuk. Banyak lagi perkakasan yang boleh menjimatkan masa.
- Pre-process - sesetengah bahan boleh diproses awal dan disimpan untuk digunakan kemudian. E.g. Bawang putih, bawang merah, cili, halia yang siap dikupas. Malah ada yang siap dimasak separa masak dan disimpan untuk kegunaan kemudian. Aku ada simpan sos pasta / spaghetti. Kalau tak ada masa nak memasak, biasanya Mama rebuskan spaghetti jenis angel hair sebab halus dan oleh sebab itu cepat dimasak (6-8 minit), kemudian digoreng semula dengan sos tadi.
- Step reduction - dalam industri perkilangan, setiap langkah adalah kos pembuatan. Setiap langkah puratanya ialah 0.6 meter dan mengambil masa 0.6 saat pada kelajuan biasa. Mengurangkan masa pembuatan akan menambah produktiviti. Menjadi amalan sektor perkilangan untuk mengurangi jumlah langkah kerana selain daripada menjimatkan masa / kos, ia juga mengurangkan letih lesu pekerja. Sama juga dengan langkah di dapur. Mana-mana bahan masakan yang sering digunakan, letakkan berhampiran dengan dapur. E.g. Garam, asam, minyak jelatah di tempat terbuka. Di laci berdekatan pula seperti minyak masak, kicap masin, rempah ratus, lada sulah, sos perasa tiram dll.
- Parallel processes - dua atau lebih proses yang boleh dilakukan serentak. Ini memerlukan kecekapan dan berberapa perkara yang boleh membantu kecekapan ialah perkara 1 - 3 di atas. Selain daripada yang biasa kita buat serentak seperti memasak nasi, air dan lauk, sesetengah proses yang rumit boleh dipercepatkan. E.g. rempah sup, bawang dll di tumis sementara daging di rebus dalam periuk yang lain, kemudian dicampurkan. Mak mertua aku selalu buat begini. E.g. Setiap alat seperti sudip, sudu, senduk, kuali dll yang tidak lagi digunakan dalam proses memasak seterusnya, basuhlah dulu dan disimpan sementara menunggu tumisan atau rebusan masak. Kalau menunggu di akhir proses barulah nak basuh semua, mungkin meruntun motivasi pula.
- At the same time - ini banyak dilakukan oleh kaum ibu yang urban. Kebanyakkannya menggunakan perkakasan dapur yang tertentu seperti multi-tier steamer. Mak aku dulu selalu meletakkan telur itik ke dalam periuk nasi untuk ditanak bersama-sama. Apabila nasi masak, telur itik pun menjadi telur rebus. Aku selalu juga suruh Mama 'defrost'kan ayam atau daging atau sosej di dalam rebusan spaghetti, selain rasanya meresap masuk ke dalam spaghetti itu, ia menjimatkan bahanapi.
- Re-use / Recycle - kadang-kadang sisa sesuatu proses boleh menjadi input untuk proses yang lain. Itu di dalam sektor perkilangan. Di dapur, antara perkara yang paling banyak menggunakan masa ialah membasuh perkakasan memasak. Aku sarankan untuk menggunakan hanya satu perkakasan memasak, kalau boleh. Biasanya, juadah untuk dimasak perlu disusun. E.g. Menggoreng kemudian siringkan minyak dan gunakan kuali untuk menumis sayur kemudian dibilas dengan air panas untuk memasak lauk seperti sambal atau masak kicap. E.g. Bila Mama hendak membuat Ayam Sambal atau sebagainya, ayam digorengkan dahulu. Gunakan mangkuk / piring hidangan untuk meletakkan ayam tadi sementara menumis dan setelah siap, gunakan semula mangkuk / piring tadi.
- Extreme - Yang ini aku selalunya yang buat. Mama tidak dilatih untuk melakukannya kerana ia melanggar etika memasak! Selalunya, aku gunakan perkakasan memasak sebagai tempat hidangan...sebab tak rajin membasuh. Oleh sebab itulah aku banyak gunakan periuk atau belanga untuk memasak sayur dan lauk. Setelah siap memasak, hidangkan terus dengan belanga... hahaha. Kepada yang sanggup berbelanja lebih, bolehlah gunakan periuk kaca tahan haba yang mahal-mahal dan cantik itu. Untuk elakkan menggunakan banyak pinggan mangkuk (kepada yang tak rajin membasuh setelah perut kenyang), sekali sekala gunakan kaedah 'buffet'. Biarkan periuk nasi, kuali lauk dan periuk sayur di atas dapur. Kalau nak makan, berdiri dan ambillah. Selain daripada menjimatkan masa membasuh, ia juga menyebabkan kita malas hendak mengulang untuk nasi tambah...boleh kurus sikit. Sikit je...
Itulah serba sedikit. Mungkin anda ada idea yang lain...sila kongsikan.
.
6 comments:
setuju step 1 - 6. step 7 aku bangkang.
Cinta.
Tapi menjimatkan banyak masa....haha
nak jimat masa, masak secara berjemaah...hahaha
Nang.
Betul tu....madu dibantu madu, gotong royong...
step 1 - good idea, bleh praktis juga ni.
step 2 - 6 - yg ni perkara biasa bg yg tiap2 hari kena masak sebab ayah camner2 pun tetap nk makan nasi w/pun hanya berlauk ikan singgang.
step 7 - sesekali aku buat style buffet, bila mkn sorg2. hehe...
Su.
Kalau ada idea bolehlah tambah....
Post a Comment