Pagi tadi kecoh sebentar apabila seekor ular sawa batik ditemui di lorong belakang rumah aku.
Ular sawa 'juvenil' ini sepanjang lebih daripada 6 kaki itu dijumpai sedang kekenyangan oleh pengawal dan telah berjaya dibunuh dengan kejam. Kasihan, ular cuma nak makan demi meneruskan kehidupan.
Perut ular sawa itu membusung, penuh terisi dengan seekor kucing, kata pengawal berbangsa asing itu. Aku juga percaya ia seekor kucing kerana tidak ada yang membela ayam di sini. Lainlah kalau 'kucing' dalam bahasa dia bermaksud 'ayam' dalam bahasa kita.
Atau pun mungkin semasa mereka pukul, ular sawa itu tak mendesir menjulurkan lidah...tapi ular itu mengiau-ngiau beberapakali. Jadi, sahlah ada kucing di dalam perutnya.
Aku tak dapat bayangkan bagaimana seekor kucing yang lincah, bebas dan laju itu tidak dapat lari dari seekor ular sawa yang relatifnya lebih lambat bergerak dan tak berbisa.
.
13 comments:
ala kesiannya.. nape tak panggil perhilitan je..
tgk gaya perut macam ada 3 ekor kucing tu...
Rai.
Aku pun tgk kesian je kat ular tu....
Tasekm.
Kurang sikit populasi kucing yg berak merata tu...haha.
Itulah tak semestinya yg cepat boleh menang dan lambat itu kalah...
pesalah juvana yang dibunuh oleh mereka yang tinggal di tempat paling atas dalam rantaian makanan...
ngeri siot!
kawasan kejiranan kau byk semak samun ke?
Kakzakie.
Betul tu kak. Masing2 ada kelebihannya...
SM.
...walau pun rantai atas, dah dibunuh tp tak dimakan pula...
Daddyz.
Perumahan aku bersebelahan tasek dan hutan simpan kerajaan...macam2 ada, burung hantu pun pernahl lepak atas bumbung...haha
Oh tidak..entah apa dalam perut..
Rina,
Mungkin benar itu kucing.... dan kucing itu pasti cantik sebab kucing belaan... pasri, Siamese dll... kesian.
disebabkan berada di tingkat paling atas, maka membunuh bukan atas sebab untuk makan. naluri membunuh sentiasa ada walau pun keadaan tak mendesak.
SM.
Ya, naluri pembunuh itu tetap ada....
MASHAALLAH..ngerinya...huhu
Wannur.
Kalau besar lagi ngeri...
Post a Comment