Dua tiga minggu ini adalah musim sotong mengawan. Tak dapat nak aku bayangkan macam mana lemah gemalainya mereka mengawan. Namun dalam lembut-lembut..aauw...aauw si jantan, suku sakat mereka masih mendiami perut laut selama berjuta tahun lamanya. Jadi, macho dan berketul kanan kiri atas bawah tak menjamin kelangsungan spesis ya.
Oleh kerana Mama suka sotong yang bertelur, inilah masanya aku beli sotong bunting berkati-kati banyaknya. Sampaikan dua minggu kami makan sotong bunting hari-hari. Kalau di luar musim, harga sotong di sini sekitar RM16-22 mengikut saiz tapi pada musim sotong mengawan dan terlanjur bunting tanpa nikah ini harganya sekitar RM12-14 mengikut saiz.
Terbalik pula dengan udang air payau. Sekarang ini udang air payau a.k.a udang bela harganya mencecah RM28-37 mengikut saiz, sedangkan pada musim biasa harganya sekitar RM16-20 sekilo...naik hampir sekali ganda. Pernah juga aku beli udang belaan ini di Tesco dulu cuma RM12 sekilo. Jadi kita perlu peka dengan harga dan lauk kita perlulah juga bermusim jika nak berjimatlah.
Daun hijau yang banyak tu ialah daun sup dan ulam raja...sedap juga |
Oleh kerana stok sotong mengawan tanpa cara selamat ini banyak, maka kami buatlah kerabu sotong yang ringkas mudah sahaja. Tapi yang itu kurang 'ngam' sebab tak ada sos ikan pompret tu. Kalau ada, mesti tambah ummpph!!!
.
No comments:
Post a Comment