Monday, June 9, 2014

Janganlahhhhh....!

.




Mereka ini cucu saudara aku. Lebih tepat lagi, mereka adalah cucu kepada kakak aku. Sebenarnya, sekarang ini aku telah ada 12 orang cucu... and counting.


Seingat aku, aku telah mendapat pangkat 'bapa saudara' ketika aku berumur kurang dari 15 tahun, aku belum pun baligh. Sedangkan mereka yang panggil aku 'paman' itu telah berumur lebih 40 tahun. Bayangkanlah apa yang patut aku panggil mereka pula. Tak kan nak panggil nama sahaja? Dan seharusnya aku sudah ada cucu juga pada masa itu.

Bila mereka panggil 'paman', aku panggil mereka 'kakang' yang bermaksud abang. Manakala 'abang' pula adalah 'warna merah' maksudnya dalam Bahasa Melayu.

Segalanya kerana arwah bapak aku ialah anak bongsu di kalangan adik beradiknya dan aku pula anak yang bongsu di kalangan adik beradik aku. Apabila anak sulung dari yang sulung bertemu anak bongsu dari yang bongsu, sudah tentulah berpangkat-pangkat jadinya. Aku syak anak aku pun sudah ada cicit saudara dari saudara sepupu jauhnya.




.

6 comments:

Granny Hani said...

Kiranya dah dapat pangkat dato' lah yer...

Nizam.Ariff said...

Hani,
Anugerah dari kerajaan persekutuan....'datuk'... haha

Su @ Aya said...

aku pun gitu jugk zam.. sebelah ayah aku jer la. dah bercicit sebb ayah aku anak bongsu. Anak saudara ayah aku, umurnya lebih kurg jer ngan ayah aku.

Nizam.Ariff said...

Su.
Dilema menjadi si bongsu kepada si bongsu....

marhaeink said...

Haha..seriously comel2!

Nizam.Ariff said...

Khamsi.
Budak2 semua comel..dah dewasa harap budipekerti pun comel....hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com