Thursday, June 5, 2014

Perak: Istiadat Tabal Jin @ Tabal Pusaka

.





Kerajaan Perak adalah salah satu sistem kerajaan yang unik di mana sistem giliran raja digunakan. Raja -Raja Perak mempunyai pertalian darah secara terus dari Raja-Raja Melaka melalui putera Sultan Mahmud Shah yang keluar dari Melaka dan menetap di Kampar, Sumatera.

Menurut sumber Wikipedia Melayu,  Baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya berangkat ke Perak dengan dikurniakan alat kebesaran warisan kerajaan Melaka untuk menjadi raja di Perak. Rombongan itu turut disertai Megat Terawis, dikatakan berasal dari kerabat di raja Pagar Ruyung, yang terkenal itu.

Sementelah rombongan raja itu sampai di Beting Beras Basah di kuala Sungai Perak, kapalnya tersangkut dan mula dipukul ribut. Menurut sumber wikipedia itu, berlaku dialog diantara Raja dan sejenis Jin yang besar.


Ok. Aku ada versi mitos yang lain. Versi ini diceritakan oleh abang aku melalui kajiannya dalam bidang sejarah dan sastera berbelas tahun lalu. Begini:-


Kapal raja itu berlabuh di muara Sungai Perak untuk mengelak ribut. Sauh pun diturunkan. Selepas ribut reda, raja perintahkan kapal kembali berlayar masuk ke dalam negeri tetapi nakhoda dapati sauh telah tersangkut pada sesuatu. Raja menyuruh diselam sauh itu. Maka nakhoda pun disuruh selamlah.

Maka sudah diselam, naiklah dia ke atas tapi sauh masih belum lagi terlepas sangkut. Maka murkalah Raja melihat perkara itu. Maka menjunjung sembahlah nakhoda seraya berkata, " Ada pun pada tilikan patik, sangkutlah jua sauh itu di atap istana Jin di bawah air. Tiadalah patik dapat lepaskan sauh itu, malah raja Jin itu mahukan Tuanku jua untuk turun ke bawah."

Setelah mendengar kata-kata itu, hairanlah Raja, maka dibuangkan tanjak, keris serta bajunya. Mencemar duli tuanku Raja pun turun memegang tali sauh hinggalah hapus kepala duli tuanku di bawah air.

Sebeberapa lama berlalu, tubuh tuanku belum timbul-timbul lagi. Maka syugullah semua yang ada. Tidak lama kemudian, air sungai pun berkocak. Maka muncullah baginda tuanku dari air, sedikit pun tak basah. Maka tuanku pun sambil makan sireh.

Setelah sudah naik, maka tuanku khabarkan bahawa raja Jin telah bersetuju untuk lepaskan sauh dengan syarat kerajaan manusia dan Jin bersahabat, manakala kerajaan Jin juga mahu berajakan manusia.

"Adakah tuanku bersetuju?", maka dianggukkan oleh baginda tuanku. Setelah itu barulah sauh boleh ditarik ke atas, maka berlayarlah kapal itu masuk ke negeri.


Itulah mitosnya bagaimana bermulanya kerajaan Perak berhubungan dengan kerajaan Jin. Dengan kata lain, mitos itu memperakui raja yang berdaulat. Dipercayai juga bahawa istiadat Tabal Jin atau kini digelar istiadat Tabal Pusaka adalah dari peristiwa tersebut.

Aku sempat menonton istiadat pertabalan Almarhum Sultan Azlan Shah dulu. Kini kita bakal menyaksikan istiadat Pertabalan Sultan Perak yang baharu.



Apakah Istiadat Tabal Jin atau Tabal Pusaka?

Ada banyak istiadat yang perlu dijalankan untuk pertabalan sultan yang baharu. Tapi aku ingin fokus kepada istiadat di atas.

Menurut laman web rajakita.perak.gov.my  sebelum istiadat tersebut, satu istiadat mengambil air bersiram tabal di tujuh kuala Sungai Perak dilakukan. Tujuh orang bomoh diraja akan bersampan ke tujuh kuala sungai yang dikenal pasti lalu diambil airnya. Air ini disimpan dan disatukan di dalam geluk atau sejenis bekas air.


Istiadat Tabal Jin atau Pusaka ini dilakukan pada waktu malam. Pakaian majlis ini ialah Baju Melayu hitam, bertengkolok hitam dan bersampin kain benang emas tetapi tidak memakai bintang-bintang kurniaan. Istiadat disertai dengan paluan Nobat. Antara perkakas kerajaan yang dibawa masuk ke Balairong Seri ialad pedang 'Cura Si Manja Kini', Pontoh Bernaga dan Pontoh Ular Lidi, yang dipersembahkan kepada Sultan.

Apabila Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat tiba di Panca Persada (satu binaan khas untuk istiadat bersiram diraja), Raja Cik Muda bersama-sama tujuh orang bomoh diraja akan mengelilingi balai Panca Persada, turut diikuti oleh kerabat dan pembesar lainnya. Selepas itu barulah air tabal yang diambil dari tujuh kuala sungai tadi disiramkan kepada Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan.

Istiadat itu disudahi dengan Istiadat Santapan Nasi Berastakona.


Amat menarik untuk menyaksikan istiadat lama ini nanti. Terasa seperti membaca hikayat-hikayat klasik...dimana raja yang bersemayam adalah raja kepafa manusia dan jin.




(Jika ingin menulis komen, silalah berhati-hati dengan perkataan agar tidak menyinggung mana-mana pihak)


.

7 comments:

LydSunshine said...

Ok, terus takut nak komen. Jadi, komen aku ialah, no komen. Heheh.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Tak nak nnt masuk lokap kerana menghina sultan melayu....byk fanatik kat luar tu....haha

cinta said...

Melayu adalah bangsa misteri. Sangat misteri walaupun kepada Melayu sendiri. Oh ye, misteri dan mistik. Sangat menarik untuk dikaji.

Tijah said...

ok seram. citer kat wassap je la kan

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Seronok mengkaji tapi tak seronok kalau melekat sekor dua jd saka...eeee....


Tijah,
Malam jumaat kliwon, Jah....hahaha.

cinta said...

tak baper melekat pun puas kena mandi air tanah. haha..

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Ooo...dah pernah kena?
Aku tak scan lagi...harap2 keturunan aku takde yg membela..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com