.
Kompleks PKNS sudah sinonim dengan bandaraya Shah Alam. Bangunan lama, kini sudah pun terkepung oleh kompleks yang lebih baharu dan cantik. Tapi ia mempunyai nilai tersendiri.
Kalau mahu mencari baju kurung atau baju melayu yang lebih murah di Shah Alam, kompleks PKNS adalah salah satu lokasi yang mesti dijengah, tempat yang mesti diterjah. Biar pun kompleks PKNS seperti kelihatan 'uzur' dan tua dan tak cukup solek, atas elemen-elemen itulah yang menjadikan harga pakaian menjadi lebih murah (namun ada kawan kata sejak akhir-akhir ini kos berniaga sudah naik).
Tapiiii..... kena tahu hendak cari di mana di kompleks itu.
Aku dapati kedai-kedai di Tingkat 1 di kompleks itu kebanyakkannya menjual baju kurung dan baju melayu lebih murah daripada yang ada di ruang legar di bawah atau di kompleks bersebelahan. Mungkin ramai yang membelek pakaian di ruang legar kerana di sana ada banyak pilihan dan fesyen yang terbaharu tetapi harganya juga lebih tinggi...malah payah buat kaum wanita untuk acu sebab ketiadaan bilik pakaian untuk mencuba.
Namun begitu, pakaian murah-murah yang dijual di kedai-kedai di Tingkat 1 kompleks itu, walau pun ada yang berstatus boutique, kebanyakkannya menjual pakaian 'basic'...tanpa sulaman atau batu tapi kualliti kainnya banyak yang bagus-bagus. Kena pandai pilih. Aku rasa ianya lebih berbaloi. Kalaulah rajin bolehlah buat sulam atau lekatkan batu sendiri.
Semasa aku pergi ke situ pada hujung minggu lepas, aku dapati tidak ramai yang naik ke Tingkat 1. Ramai yang berada di ruang legar di bawah dan juga di kompleks bersebelahan...yang harganya...fuhhh...bukan harga runtuh tapi poket aku yang boleh jadi rabak!
.
7 comments:
benda baik, elok kita sebarkan utuk kebaikan poket kita bersama. kang kalau ada orang tanya, boleh la aku jawab... "kat pkns shah alam, tingkat satu".
terima kasih, info...
SM.
Silakan...silakan...
Tapi tak tahulah esok lusa sbb sewa kedai dah naik...
Gi la Jakel Seksyen 7...beli baju Melayu Aaron Aziz..atau Zizan Razak...kah kah kah..
Daddyz.
Susuh tubuh aku lagi tough drpd aaron ajis...cutting baju tu tak seswai dgn aku...haha
ok noted. tp xtaulah thn bila boleh sampai sana.
Cinta.
Kat sana mgkn ada yg value for money gak tu....aku cuma bg bandingan kat s.alam je..
rabak tu berapa sepasang?
Post a Comment