Friday, August 22, 2014

Find me a reason to live...

.


Dunia seperti dihurung gagak-gagak...busuk dan gelap, bising dan kecoh. Berebut bangkai anjing dan kucing, mungkin ada tikus dan biawak. Apa saja yang melintas dan tewas, akan direbut dicarik tak tertinggal apa-apa.

Melintas sesuatu dalam fikiran. Jika tewas, ia menjadi habuan gagak-gagak tadi. Jika terselamat, aku ada sesuatu yang boleh diambil untuk didakap.

Tapi...apalah sangat kalau yang didakap itu kabus. Harapan? Ahhh ...kerap tewas.


Dunia ini sudah kosong..sudah ompong. Aku dapati sunyi dalam ramai. Tiada dalam banyak. Aku penat.

Pernah dulu aku berpendapat elok teruskan sahaja hidup dengan cara menyongsong arus apa yang ada...ikut ikutan sahaja, sementara aku jumpai apa yang aku mahukan. Tapi akhirnya aku tenggelam perlahan-lahan. Tenggelam dalam aliran darah sendiri.

Kini kembali kosong. Untuk hidup?

Apalah guna hidup jika kosong tanpa sebab untuk terus hidup. Hidup seperti bangkai pun masih ada sebab untuk gagak-gagak hitam.

Apa lagi sebab yang ada untuk teruskan hidup jika yang  dimahukan segalanya  ada di alam mati?

Semua itu ada di alam mati...

Dunia patut mati.
Biar nanti ada taman-taman mati.





.


2 comments:

tasekM said...

jangan sedih sangat bro....




.

Nizam.Ariff said...

TasekM.
Perasaan kita ada turun, ada naik...
Aku ni tgh turun gamaknya..kasihanilah aku ni...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com