.
Kebelakangan ini aku sering mengikuti laporan2 tentang medan magnetik dan kutub bumi. Mengikut berapa laporan itu medan magnetik bumi telah berkurangan di tompok2 kawasan tertentu dan meningkat di tompok2 tertentu, salah satunya di lautan berdekatan Australia.
Medan magnetik bumi diketahui bertindak sebagai perisai kepada hujanan partikel yang dihamburkan oleh matahari. Satu laporan lain mula mengatakan medan magnetik bumi ity 'berpindah' lokasi seakan2 menunjukkan kutub bumi sedang beralih. Mengikut laporan itu, kutub utara sedang beralih ke Siberia, wilayah Rusia.
Fenomena ini dikenali sebagai peralihan kutub dan diberitakan bahawa bumi ini telah bertukar kutub utara-selatan banyak kali dan biasanya ia berlaku setiap ratusan ribu tahun. Tapi mengikut kajian mereka, medan magnetik bumi telah berubah dengan drastik sedekat ini berbanding beberapa dekat lalu. Ia semakin memecut. Dan dianggarkan pertukaran kutub utara-selatan mungkin terjadi pada hayat kita ini, dalam tempoh 100 tahun atau kurang lagi.
Pada bumi, ia mungkin fenomena biasa tapi bagi penghuni bumi ianya satu malapetaka kerana ia akan menyebabkan putaran siang malam dan arus lautan bertukar. Bila ini berlaku, cuaca juga akan berubah. Perubahan cuaca ajan menyebabkan banyak ternakan dan tanaman makanan akan terjejas untuk beradaptasi dengan cuaca yang baharu. Kebuluran, banjir kilat dsb akan terjadi.
Kenapa aku tulis ini?
Kerana tadi kawan aku beritahu bahawa kedudukan matahari terbit telah beranjak banyak! Dia yang bermotorsikal ke tempat kerja seribg 'nengukur' lokasi matahari terbit di timur. Biasanya matahari beranjak dalam 25°-30° akibat soltis dalam setahun. Tapi sekarang ini matahari beranjak sehingga hampir 90° (tapi aku rasa kurang sedikit daripada itu).
Katanya, perkara itu berlaku kerana bumi berpusing dengan lebih 'bersepah' atau wobling kata orang putih. Seperti gasing yang berputar perlahan. Seperti menari Inang kemudian bertukar kepada Zapin Ayam Patah, yakni lenggoknya sudah semakin kasar. Sebab itulah kedudukan matahari naik di timur semakin berjarak.
Adakah pada masa terdekat nanti anjakan itu membesar 90° ... 120°… 150°… dan akhirnya 180°? Bermakna timur jadi barat dan barat jadi timur?
"Mungkin juga..."jawab dia.
Nota: kalau anjakan itu 180°, matahari terbit dari arah barat.
.
10 comments:
hermmmm ... paksi berubah ke...?!.. cuma putaran ja kan...
owhh maap.... saya tak pandai sains...
tapi dunia kita dah tua.... dah tak mampu nak tanggung segala keperitan yang bergelumang dengan segala macam nodaan...
Wallahualam ...
Allahhuakbar ....
CikPuanL.
Yg diberitahu kutubnya akan flip tapi tak pasti pulak paksi atau arah putaran bumi berubah atau tak.
Klu berubah putaran, dah sah2 matahari terbit ikut barat.....hmm....nyerinyer...
kagum la dgn kwn bermotosikal tu.
rajin dia ukur matahari pagi.
bermetafora dgn gasing, inang, dan zapin berjaya membantu pemahaman. tahniah.
ngeri.
hekhek.
aku gelak bukan sebab aku suka. tapi aku takot.
tanda-tanda yang minta kite bersedia.
hurm.
Cinta.
Jenuh juga nak cari analogi yg sesuai...haha
Rapunzel.
Ya, dah byk tanda2nya...dan tak mampu utk buat apa2...kerana telah termaktub...
macam mana kawan kau sukat degree anjakan sunrise? maksud aku, secara tepatnya...
dan masa nak berlakunya kiamat, adakah matahari akan secara gradually shifted from east to west ( macam kau speku saiz anjakan itu membesar), atau terus kita bangun pagi, tadaaaaa...matahari terus terbit sebelah barat!! ?
Daddyz.
Aku pun tanya dia, caner dia ukur. Dia kata anggaran je sbb sudut tepat kita boleh anggar dgn mata kepala. Tapi aku rasa pun kurang dari 90
Daddyz.
Aku tak pasti bab matahari terbit dr barat tu sudden or gradual. So far yg aku faham ianya sudden...
aku setuju dgn pemerhatian kawan ko tu. Sebab aku perasan juga tentang tempat terbitnya mentari itu setiap pagi bila aku memandu ke pejabat. Memang berubah dari tahun ke tahun.
Lyds.
Adakah sudah bersedia?
Post a Comment