Wednesday, November 19, 2014
Harga rumah melambung...apa strategi untuk beli rumah?
.
Terpanggil untuk menulis tentang topik yang sentiasa hangat: Harga Rumah Melambung!
Setelah membaca entri di blog ' DaddyZiyyad '.
Banyak perkara beliau sudah kupas dan utarakan. Jadi, tak perlu nak tuliskan lagi tentang perkara itu. Aku cuma nak cerita dari sudut lain dan sudut pengalaman sahaja. Mana tahu nanti boleh menjadi satu idea untuk orang lain. Cuba-cubalah... mana tahu strategi yang dulu itu boleh menjadi strategi untuk membeli rumah untuk sekarang ini.
Aku bekerja di sektor kilang di Shah Alam. Abang-abang supervisor yang mula bekerja pada tahun 1980-an di sini rata-rata bila aku tanya mempunyai rumah lebih daripada satu. Malahan bukan seorang yang aku jumpa mempunyai lebih daripada 2 buah.
Memanglah kita boleh kata bahawa dulu (awal tahun 1990-an) rumah masih murah-murah. Rumah teres setingkat di sekitar Shah Alam dan Klang dalam RM80K - RM125K, rumah teres dua tingkat pula RM140K-RM180K, manakala pangsapuri pula sekitar RM60K-RM90K. Sebagai contoh: rumah teres dua tingkat di Putra Height, fasa terawal yang dijual pada lewat tahun 1990-an pun dalam RM175K. Sekarang? Setengah juta lebih!
Ya, pada masa itu rumah masih murah, bolehlah dibeli. TAPI perlu diingat bahawa taraf ekonomi pada masa itu pun bukan macam sekarang. Abang-abang supervisor itu pun gajinya sekitar RM800 sebulan dengan 'overtime' pada awal tahun 1990-an, kebanyakkan isteri tak bekerja. Memanglah makanan dll pada itu murah-murah tapi gaji mereka pun sedikit berbanding sekarang. Aku masih ingat semasa kawan-kawan sibuk membeli rumah fasa pertama di Putra Height pada harga RM175K, aku masih berkira-kira....dan akhirnya aku tak beli. Kerana apa? Kerana aku rasa tak mampu nak bayar ansuran bulanan sehingga RM1,100 untuk 25 tahun.
Gaji pada masa itu? Jurutera segar hanyalah RM1,800 sebulan. Itu sudah 60% dari gaji bulanan. Boleh disamakan dengan ansuran bulanan RM2,400 untuk pendapatan seisi rumah RM4,000 sebulan. Untuk ansuran bulanan sebanyak itu, harga rumah yang boleh dibeli ialah RM400K-RM500K.
Habis itu, bagaimana abang-abang supervisor itu boleh beli rumah?
1. Peluang. Pada masa itu S.Alam masih penuh dengan pokok kelapa sawit, masih banyak ladang. Malahan Putra Height itu dulu adalah ladang sawit dan tempat aku mencari pucuk paku untuk dibuat sayur dan tempat aku memancing ikan di anak sungainya. Oleh kerana itu, pihak syarikat telah menyediakan beberapa blok pangsapuri untuk disewakan dengan harga istimewa. Selepas dua tahun, rumah itu ditawarkan untuk dibeli oleh pekerja. Sewaan selama dua tahun itu dijadikan sebagai bayaran deposit. Apabila banyak tanah ladang ditolak dan dibuat perumahan, mereka akan membelinya sedangkan pada waktu itu ramai yang tak nampak pembangunan apa yang akan dibuat.
2. Modal. Mereka kumpul duit. Cara hidup mereka amat sederhana. Kalau nak berjalan-jalan, mereka akan masak di rumah dan bawa bekal. Mereka juga pergi ke KFC atau McDonald TAPI mungkin dua bulan sekali atau mungkin setahun dua kali sahaja (tak macam kita yang keluar-masuk KFC macam masuk kedai mamak sahaja). Duit modal itu mereka laburkan untuk beli aset rumah atau tanah. Ada juga yang menjadikan rumah pertama mereka sebagai modal - yakni menjualnya untuk dapat sedikit keuntungan untuk beli rumah yang lebih selesa.
3. Pioneer. Rata-rata mereka adalah orang pertama di kawasan yang baharu. Infrastruktur belum bagus tapi oleh sebab itulah harga permulaan rumah di sesebuah kawasan perumahan menjadi lebih murah. Kenalah bertahan...kenalah bersabar dengan segala kekurangan. Apabila infrastruktur sudah baik, ramai yang mula datang untuk mencari rumah. Pada masa itu, harga rumah dah naik...dan boleh dijual untuk dijadikan modal untuk aset baharu di kawasan rumah yang baharu.
Ramai yang mengeluh kerana harga rumah sekarang ini mahal...ditambah pula dengan kos hidup yang naik. Namun begitu, apabila seorang kawan bersembang dengan seorang lelaki berbangsa Cina yang sudah tua, tentang harga rumah sekarang ini, ini kata si lelaki itu:-
"Dulu murah, sekarang mahal. Sampai bila-bila pun mahal. Tapi cuba lu fikir. Dulu berapa orang naik kereta? Dulu ada kereta pun bapak punya. Dulu baru kerja mana ada kereta. Naik motor, itu pun tumpang kawan. Tapi sekarang belum kerja pun bapak sudah belikan kereta. Sudah ada handphone mahal-mahal. Jadi, kawan...lu jangan cakap rumah mahal. Rumah sampai bila-bila pun mahal."
Perlu ada strategi untuk membeli rumah. Dulu pun ada strateginya, sekarang kena ubah-suai strategi itu untuk sesuaikan dengan situasi semasa.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
strateginya..buat loan bersama dengan pasangan huhuhuhuhu
Kniedaz.
Ya, salah satu strateginya....itu pun kalau dua-dua ada sumber pendapatan.
rumah sekitar ampang teres 2 tgkat lot tengah 1.4M. Adoi...
rumah yg aku duduk skrg atas angin - leasehold pulak lg, bumbung kita lantai org, dinding kita dinding org, lantai kita bumbung orang, luas lbh krg 800sqf je, nilai dia skrg 250k.
Rumah mak kt kg, 6 blk 5 blk air, porch bole muat 4 keta, laman boleh muat 3 buah bas, guest room nyer toilet sama luas dgn dapur rumah kt sini.
Saranan aku jom beli tanah kat kampung.
Well written bro..
Aku selalu " wish"..alangkah best nya kalau aku dah sampai ke Shah Alam sekitar tahun 1990an....akan ku beli rumah2 kat sekitar Shah Alam ni..biar ikat perut selama 10 tahun, lepas tu jual balik, sah sah aku jutawan...hahahaha
Point kau no 2 tu SEMUA orang boleh buat, dan WAJIB buat sebenarnya...Kalau mulut komplen rumah mahal / kereta mahal / minyak mahal....tapi selamba beli iPhone 6..selamba selalu masuk mekdi kfc, maka kena baca betul2 point no 2 kau tu
Cinta.
Ya....alangkah bagusnya...jika kampung aku itu disebelah bandar s.alam...hahaha..
DaddyZ.
Aku ada buat congakkan untuk beli rumah...nanti aku share dlm entri seterusnya.
Elok juga kita tulis n share pengalaman kita untuk adik2 yang bakal nak beli rumah ni...ko pun buatlah satu entri lg pasal rumah....
betul kata uncle Cina tu.. 'rumah sampai bila-bila akan naik..'
Kalau sekarang mampu beli kereta baru, hp canggih, tentu rumah pun kita mampu milik..
Aizamia.
Respek the elders....hehe
Post a Comment