Thursday, November 20, 2014
Berapakah modal tunai untuk beli runah RM300,000?
.
Antara perkara yang mengekang seseorang dari membeli sebuah rumah ialah modal tunai.
Berapakah modal tunai untuk memiliki sebuah rumah?
Untuk sebuah rumah yang berharga RM300K (sebelum diskaun bumiputra):
Untuk rumah pertama, pinjaman bank adalah sehingga 90%.
Deposit 10% perlu dibayar kepada pemaju.
Pemaju berikan diskaun bumiputra 7%.
Oleh itu, jumlah deposit yang diperlukan hanyalah 3% atau RM9,000.
Kos-kos lain yang perlu diambil kira:
MRTA / insuran - kos mengikut umur dan boleh dimasukkan semula ke dalam pinjaman - RM0 tunai
Kos guaman (sendiri) untuk rumah - mengikut % dan boleh dirunding, dalam 1% - RM3,000 (anggaran)
Kos guaman (sendiri) untuk pinjaman - mengikut % dan boleh dirunding jika guna peguam sama - RM2,000 (anggaran)
Stamping fee suruh pemaju tanggung.
Gov. Tax dalam RM1,000.
Jumlah modal tunai: RM15,000 (anggaran)
Dan jika ada KWSP dan telah bekerja selama 5 tahun, mungkin telah ada duit di akaun 2 sebanyak RM10K.
Gunakan duit KWSP untuk bayar deposit kepada pemaju.
Jumlah modal tunai yang perlu ada di tangan: RM5,000 (anggaran) sahaja.
Untuk mengumpul duit tunai sebanyak RM5,000 dalam masa 5 tahun, perlu simpan - RM84 sebulan.
Jadi, dalam masa 5 tahun dengan simpanan bulanan RM84 dan gaji sekitar RM2,500 sebulan, anda berpeluang untuk memiliki rumah yang berharga RM300,000.
Adakah pihak bank luluskan pinjaman dengan gaji RM2,500 sebulan? Mungkin ya, mungkin tidak. Bergantung kepada komitment bulanan. Kalau tidak lepas, kepada yang berkahwin, gunakan dua nama untuk naikkan pendapatan isi rumah. Kepada yang masih bujang, cepat-cepatlah berkahwin, InshaAllah nanti boleh dapat rumah.
Tapi, ansuran bulanan RM1,500 mungkin membebankan kerana ada komitmen lain seperti ansuran kereta, PTPTN, pinjaman peribadi untuk berkahwin, belanja dapur, bil dataplan, astro, minyak petrol, nak makan sedap-sedap, nak jalan-jalan luar negara, nak makan angin di pulau, nak beli kasut setiap dua bulan dll? Jawapan mudahnya, jikalau mahu beli rumah, perlu kurangkan perkara-perkara lain.
Kos untuk menduduki rumah pula lain ceritanya...
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
kalau beli rumah baru, lepas tu kena pikir kos nak beli dan pasang lampu, kipas, air cond, water heater, kitchen cabinet, barang keperluan dapur, barang elektrik, sofa, dll heheehe,
fening fening
banyak umah yg mampu tilik sahaja drp mampu milik...huhuhu
gaji rm2500.. rumah mampu tengok je.. unless kalau gabung suami isteri.. tapi kalau betul2 tak mampu.. tak payah beli dulu.. usahakan cari tanah ke.. rumah murah2 dulu..
nak simpan artikel ni.
Semakin tidak berkemampuan untuk membeli.. hanya mampu melihat harga rumah yang semakin tidak masuk dek akal.. huhuhu..
Bro, cuba kau kira balik deposit 10% tu....Aku rasa kau kira deposit 10 % tolak diskaun pemaju 7%, so tinggal 3% atas 300K..so tu pasal kau dapat figure RM9000.
Sedangkan patutnya, diskaun bumi ialah 7% atas nilai RM300k = RM21K.
So harga rumah after less diskaun = RM279,000.
Then buyer kena sediakan 10% atas RM279,000.
So kena bayar deposit RM27, 900.
saya rakyat marhain...
Ewan.
Ya...modal nak masuk rumah kadang2 lebih tinggi dr modal nak beli rumah..
Ummu.
Tengok kawasan jugak, kak....ada yg kat ceruk rantau tu murah2 lg....
Rai.
Itu juga strategi yg bagus...
Cinta.
Silakan....tp nak lebih tepat, jumpa sales pemaju. Dia org boleh beri lorong ...
Aizamia.
Katakan 'boleh' pada diri anda...haha
DaddyZ.
Rasanya dah betul tu...
Biasanya utk maksimumkan loan, pemaju bg surat tawaran harga bukan bumi. Dalam masa yg sama, pemaju bagi surat diskaun bumi.
Jadi, bezanya tu yg kita topup guna duit kita.
Semua % based on harga tawaran non-bumi.
Rumah 480k, cuma kuar 14k je..
CPL.
Anda dah berjaya ada rumah sendiri...
Nak tak nak kena beli juga..lagi lambat beli, makin naik harga..maka ikat perut ler..ukur baju di badan sendiri
Teacher.
Kena cari kawasan baru le gamaknya...
Post a Comment