Thursday, November 13, 2014

Masa adalah relatif...jika bosan, masa dirasakan perlahan


.

Space-time Fabric...


Fabrik ruang-masa boleh diumpamakan kain batik bercorak, kain batik tekap yang dibuat dari jenis bergetah, yang stretchable. Jika direntangkan elok-elok, corak-corak batik tekap itu nampak sekata dan elok. Tapi, jika diletakkan sebiji batu ladung seberat sekilo di atasnya, kain batik itu akan melendut akibat menampung berat batu ladung itu. Bukan itu sahaja, kita akan nampak corak-corak batik tekap itu terherot. Tidak lagi seiya-sekata.

Itulah kesan graviti ke atas fabrik ruang-masa. Graviti akan menyebabkan ruang-masa (jasad 3D+masa) akan terherot. Tapi kalau kita berada di dalam ruang masa yang terherot itu, kita tidak nampak herotan itu! Kita akan nampak segala-galanya masih tersusun cantik. Kerana apa? Kerana kita juga turut terherot. Sedangkan pemerhati yang berada di luar ruang-masa yang terherot tadi akan nampak bahawa ruang-masa dan kita sekali sedang terherot.

Teori relativiti ini dibuktikan apabila berlakunya gerhana matahari...didapati cahaya bintang 'terherot' apabila melalui jisim matahari. Cahaya bergerak lurus tapi oleh kerana cahaya itu bergerak melalui ruang-masa yang diherotkan oleh graviti dari jisim matahari, cahaya itu pun turut bengkok. Namun kita percaya bahawa cahaya itu masih bergerak lurus sebenarnya.

Teringat pula aku kepada satu babak dalam filem The Matrix apabila Neo lihat beberapa orang budak yang 'gifted' kononnya. salah seorang daripada pada budak itu boleh membengkokkan sudu dengan tenungan matanya. Budak itu berkata, "sudu itu tidak bengkok, awak itu sebenarnya yang bengkok".



Itu baru graviti yang dihasilkan oleh matahari. Apa kata kalau graviti itu sekuat graviti Lubang Hitam a.k.a Black Hole? Inilah perkara ketiga yang cuba diketengahkan oleh filem Interstellar.


Aku pernah terbaca entah di mana, perumpamaan ketumpatan jisim yang ada pada Black Hole begini: satu jisim sebesar hujung jarum peniti mempunyai berat yang sama seperti Gunung Everest. Oleh kerana graviti berkadaran dengan jisim, maka ketumpatan Black Hole yang begitu padat tentulah mempunyai graviti yang amat kuat. Sebagai perbandingan graviti, bulan lebih kecil daripada bumi. Graviti di bulan lebih lemah berbanding di bumi. Itu sebabnya angkawasan boleh main lompat-lompat kat atas bulan.


Apabila tarikan graviti seganas Black Hole terhadap fabrik ruang-masa, ianya mampu mengherotkan fabrik itu sehinggakan jikalau kita julurkan kaki berdekatannya, tubuh akan dicarik separas pinggang. Bahkan sebuah bintang pun boleh disedut menjadi puing-puing debu yang berpintal terbang ke terasnya. Seperti fabrik kain batik tekap tadi, ruang-masa juga tertarik dan terherot, menyebabkan masa berdetik lebih gemalai berhampirannya berbanding di luar jangkauannya.


Inilah digelar Time Dilation.


Nanti sambung....





.

4 comments:

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

Nizam.Ariff said...

Ania.
Terima kasih kerana beri tahu...

sudipVSsenduk said...

aku bingung samada tengah baca blog Nizam Ariff atau Isaac Newton

Nizam.Ariff said...

SvS.
Newton tak tulis dlm BM lerr....haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com