Saturday, November 15, 2014

Oh Malam ini sungguh mencengkam.....

.



Malam jadi menarik kerana gelap.
Hitam. Dan kadang-kala pekat tak berbulan-bintang.
Malam sering dikaitkan dengan 'kekosongan'.
Adakah malam gelap itu 'kosong'?
Tak terfikir pula malam itu gelap kerana ia penuh.
Terlalu sendat...padat sehinggakan mata tak dapat melihat.
Sesak...rapat sehinggakan tiada cahaya yang masuk ke retina.
Tanpa cahaya, tak dapat melihat kerana gelap.
Dan gelap tak bererti malam.
Dan malam tak bererti kosong.
Ada sesuatu yang menghalang.
Sesuatu yang sungguh bidang mendepang.
Di depan mata...betul-betul di batang hidung.
Jadi tak nampak langsung.
Lalu kita sangkakan hari telah malam.








.

4 comments:

Dr K said...

malam jadi menarik bagi aku, sebab suasananya sejuk...hahaha

ya, aku tak tahan panas iklim khatulistiwa ni..hahaha

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Aku tak tahan negara sejuk. Dulu duduk sekejap, hidung kering berdarah...

ewanthology said...

Klu dah gelap. .memang sedap tido.

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Kena pula hari hujannnn....best!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com