Tuesday, July 7, 2015

Selamat Jalan

.



Begini sajalah...

Usah di risau akan jalan hidupmu

Jalan itu lebar boleh selisih pedati

Ada ranjau menjerut menusuk

Ada onak duri mengait mencangkuk

Ada lopak air jika haus boleh diteguk

Inilah pilihan untuk kau:

Jalan di kanan, di kiri atau di tengah

Dan aku mahu ucapkan 'Selamat Jalan'...

Bukan berniat berlaku kurang ajar

Tapi, bukankah itu doa?





.

2 comments:

Fida Z Ein said...

Slmt Tengahari..

Singgah sebentar...

Ya..teringat kata-kata pensyarah di UiTM dulu... Jalan kita ni ada yang buat kita cepat sampai mahupun lambat sampai, janji jalan yang kita pilih tidak membuat kita tersesat jalan ke jalan yang salah...

Nizam.Ariff said...

Fida.
Ya...betul tu.
Masalahnya, semasa diatas jalan tu kita tak tahu status jalan tu benar atau sesat...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com