Monday, August 24, 2015

Dunia berdetik perlahan-lahan...

.

Salah satu perkara yang payah dihadam oleh minda ialah usaha untuk memahami satu dugaan.

Kadang-kadang dugaan itu datang dari jenis yang non-fizikal, jenis yang terus menerpa dan menggoncang tangkai jiwa.

Kalaulah yang digoncang itu dahan rambutan, senanglah ditadahkan sahaja bidai, tapi kalau tangkai jiwa yang digoncang, apa yang nak ditadahkan?

Tadah dengan istighfar dan berharap agar buah-buah keampunan dapat dikumpul berbakul-bakul buat bekalan selama berpergian jauh.


Aku nak cerita benda lain sebenarnya, berkenaan situasi hari minggu baru-baru ini tapi tertulis bab lain pula...

Ok, ringkasnya begini...sabtu dan ahad lalu aku tak ke mana². Falsafahnya begini: isnin hingga jumaat di luar rumah seharian, apa salahnya sabtu dan ahad temankan rumah yang kesunyian.

Dan baru aku terasa bahawa dunia ini berdetik perlahan. Banyak perkara dapat dilakukan.





.

2 comments:

Unknown said...

Alangkah indah kalau betul masa tu berdetik perlahan bro, banyak benda yg masih belum mampu terlaksana selama ni...
tapi betul lah pepatah arab,
waktu tu ibarat pedang,
kalau kita tak memotong nya
maka ia akan memotong kita
Walau apa pun memang indah
Masa cuti duduk di rumah bersama keluarga
Selagi punya waktu luangkan lah masa untuk yg tersayang...

P/s : okay, sekian.. tak kena entry pun komen jugak!

Nizam.Ariff said...

Ckk.
Terima kasih atas komen saudari...hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com