.
Sudah berminggu aku tak tonton berita.
Seperti malas nak ambil tahu hal sekeliling.
Seperti aku kata ' ah...pedulikan'
Seperti aku kata ' kalau dengar pun bukan berubah apa²'
Atau aku kata ' cerita statik '
Atau aku kata ' dengar....tapi tak mau tahu '
Dalam keadaan ini, baik aku belek² diri
Seperti banyak juga yang perlu aku tahu
Seperti aku kata ' eh...eh... kenapa?'
Seperti aku kata ' tak sangka...patutlah lain macam je '
Atau aku kata ' ketara sungguh '
Atau aku kata ' cukup²lah ...jangan diabai lagi'
Aku tak mahu tahu kisah mereka
Kerana kisah aku pun tak cukup satu buku nak cerita
Selama ini aku cuma pejamkan mata
Cukuplah....aku juga yang menahan laranya.
Kasihan pada aku- terpinggir dan yang terakhir
Bila aku toleh ke belakang, nak cuba selusur
Jalan dapat disusur semula tapi masa tidak
Lopak genang air dah tak sama
Rekah keruping tanah dah tak serupa
Maka termenung sahajalah
Patah balik memang dah tak boleh...
Boleh...tapi tak akan jadi sama
Dah tempang sebelah badan
Dah berkerut² menahan
Walau diulang jalannya, sakit tak hilang
Maka bermenunglah
Ok. Baki usia yang ada ini
Baik aku telek diri sendiri
Tak payah gusar akan orang
Mereka ada rezeki nya
Aku ada rezeki nya
Rezeki terputus bila mati
Jadi apa nak digundahkan
Tak kan hidup tanpa rezeki
Selagi hidup, ada rezeki
.
3 comments:
Love Your quotes (y) Selagi hidup, ada rezeki :D
Aku hari2 baca berita. Biasa la bizibodi. Keh3.
Aku rasa naik menanah telinga dengar bauksit. Pui
Post a Comment