.
Ya tuan-tuan ahli politik
Hamba mau bertanya:
Berapa banyak dunia
yang tuan-tuan mahu teroka?
Bumi ini yang hamba tahu
hanya satu
Jika tuan-tuan mau ambil semua
hamba mau tinggal di mana?
Berapa banyak madah seloka
yang tuan-tuan sudah jaja?
Kononnya menjaja suara jelata
Katanya suara marhain buat dewata
Apakah benar itu suara dari hamba?
Seingat hamba itu bukan doanya
Hamba mahu kebenaran
Tuan-tuan sembunyikan jawapan
Hamba mahu kepastian
Tuan-tuan berdalih dengan alasan
Hamba mahu kejujuran
Tuan-tuan buang pertimbangan
Tuan-tuan mahu hamba percaya
Aduh....!
Bagaimana hamba boleh percaya?
Mana satu yang boleh dipercaya?
.
2 comments:
FATAL ERROR: Warning.. Your system has become unstable.
Abort Retry Ignore
FATAL ERROR: Unhandled access violation......
OK
FATAL ERROR: The system is badly corrupted. The program will now terminate.
OK
Tuan politik yg mana satu ni? Yg dengar-dengar cerita baru ni, ada cubaan menculik tuan politik tu.
Post a Comment