Thursday, June 23, 2016

War cry of Warcraft

.

Hampir 20 tahun dulu, Dune dan Simcity menjadi permainan komputer yang mengasyikkan. Siang malam, asalkan ada waktu terluang hatta diantara kuliah, mesti main. Sanggup tak tidur malam.

Kemudian ada pula Starcraft dan Warcraft.




Aku asyik dengan Warcraft. Mungkin sebab permainan yang ganas tetapi masih perlukan strategi...dan cheat keywords.


Pernah terjadi pada malam raya, aku main Warcraft sehingga hampir subuh. Dan keesokkan paginya, mak mertua nak rebus laptop aku ...ganti ketupat.





.

Monday, June 20, 2016

Kapsul masa...

.





Apalah agaknya yang ditulis di dalamnya?


Aku rasa nak buat jugalah.
Tapi, aku nak tulis apalah agaknya?



.

Friday, June 17, 2016

Romeo dan juliet

.



Ada sepasang manusia ciptaan Tuhan: Hasri dan Ayu, di sebuah Cafe tempatan.



"Saya tidak akan salahkan awak jikalau awak telah jatuh cinta kepada saya. Malah, saya tak rasa ia sesuatu yang salah untuk menyintai saya setelah awak lihat diri dan status saya." Kata Hasri sebaik sahaja bibirnya melepaskan straw dari segelas Iced Lemon Tea.


Hasri tenung sepasang mata kuyu Ayu yang juling air, cuba meneka reaksi Ayu. Pandangannya diturunkan pada bibir mungil dan merah jambu. Seterusnya diturunkan pada leher putih dan belahan baju di dada Ayu. Hasri terpaku dengan ombak turun-naik nafas Ayu, sedang Ayu mengecilkan mata dan tersenyum pada Hasri.


"Saya pula tidak salahkan awak jikalau awak telah terpesona dengan apa yang ada di dalam baju ini, sedangkan awak tak nampak apa-apa pun lagi." Kata Ayu...sinis.





.

Thursday, June 16, 2016

Dentuman pemecah sunyi di malam Ramadhan.

.

Budaya, adat dan syariat...

Kaitan kemeriahan bunga api dan meriam karbaid dengan sambutan hari raya.

Bagi gen x, malam-malam Ramadhan yang sepi dari dentuman dan bau pengit karbaid sedikit mencalar kemeriahan menjelang hari raya.

Bagi gen y, situasinya seperti biasa. Tiada pengalaman bermain bunga api dan meriam untuk dikenang dan diceritakan.

Kecuali di kampung2. Aku rasa kemeriahan dentuman meriam masih ada di sana.

Bandar2 baharu muncul, deretan rumah teres yang padat dan juga kampung tersusun yang rapat2 menjadikan bunyi dentuman amat menjengkelkan. Lebih2 lagi jika ada penghuni dengan anak kecil.

Tidak seperti di kampung2, jarak rumah agak besar jadi dentuman meriam tidak kuat, malah mungkin merdu kerana dapat memecah hening malam. Tanpa dentumam itu, hanya cengkerik dan serangga liar malam yang berbunyi.

Aneh...dalam kenakalan bermain meriam dan bunga api dulu2, tak pula aku dengar ada yang putus jari atau pecah muka. Apakah masalahnya dengan budak2 zaman sekarang?




.

Tuesday, June 14, 2016

Don't be Selfish...

.



" Kami ni 'bottom feeders' sahaja. Janganlah minta kami buat itu dan ini, hingga terpaksa berbelanja itu dan ini.


  Kami merayap di dasar kuala, bukannya menyambar di kepala arus. Kami makan hanya dari sisa yang tenggelam.


  Kami ni Kupang yang melekap pada selut dan batu, bukannya Jerung dengan gigi ringgit seribu.


  Kami tak mampu, janganlah disamakan dengan Tuan-Tuan segala."


Kata aku dalam hati sambil buat muka blurrr....



.

Sunday, June 12, 2016

Ucapan buat si jasad...

.







.

Thursday, June 9, 2016

Hidup dan kerjaya

.



Dulu aku cuba fahami bahawa kehidupan itu dibina melalui kerjaya.

Hasil dari bekerja itu akan digunakan untuk membina keluarga dan kehidupan. Tak kiralah kerjaya apa pun - eksekutif, korporat, berniaga atau petani, peladang.

Akibat kebergantungan pembinaan kehidupan  kepada hasil daripada kerjaya itu, ia disayangi, dipertahankan malah di utamakan. Kerana apa? Kerana ia adalah sumber untuk membina sebuah kehidupan yang diimpikan.



Kemudian, aku sedar, kehidupan dan kerjaya itu adalah dua perkara yang berbeza.

Bahawa kehidupan itu wujud diluar waktu bekerjaya.

Bahwa kehidupan itu bermula apabila aku jejakkan kaki di rumah.





.

Monday, June 6, 2016

Adaptasi

.

Dia pun suka cendol...






Adaptasi perut dan selera
Demi kelangsungan hidup.
Tak terikat lagi dengan cheese, padi
atau roti.

Mungkin selepas 30 generasi ( =2 tahun)
mereka akan kata " what??!!! padi???"





.

Saturday, June 4, 2016

Sempurna

.


Mencari kesempurnaan?

Sempurna itu datang
jika sanggup terima kekurangan.

Sempurna itu datang
apabila sanggup memaafkan kekhilafan.

Sempurna itu
adalah redha...


Maka setelah itu
Segala yang dilihat akan nampak sejati
dan sentosa di jiwa.




.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com