Saturday, January 21, 2017

Kisah seekor anjing, aku dan ...

.

Malam tadi...

Usai makan malam di SACC Mall, aku menuju ke kereta. Hujan masih merintik ke ubun2. Tapi aku berdiri bercegat diri di dalam gerimis di lapangan parkir.

Aku terdengar salakan anjing dari arah kereta aku. Dari jauh, aku bunyikan penggera Iriz dengan tujuan menghalau anjing itu. Namun ia tidak lari. Ia masih menyalak dan mundar mandir ke kiri dan kanan kereta aku.

Aku rasa ia sedang salakkan sesuatu. Aku matikan penggera Iriz. Aku hampiri anjing liar itu. Ia masih menyalakkan sesuatu. Aku bertanya kepada anjing liar itu 'ada apa?' Ya, aku memang bercakap dengan anjing itu. Ia di depan-kanan manakala aku di belakang-kanan Iriz. Kami tak jauh.

Ia pandang aku dan masih menyalak. Aku tenung matanya tepat2 dan bertanya lagi. Ya, aku bercakap dengan anjing. Aku syak mungkin anaknya ada di bawah kereta. Aku berjalan ke depan kereta dan anjing itu bergerak ke sebelah sana kereta

Aku lihat wajah anjing itu betul2. Aku dapati ia menyalak sambil memandang aku dan bawah kereta aku... dua tiga kali. Seolah olah menyuruh aku periksa sendiri. Aku tak mahu terus membongkok mengintai bawah kereta kerana aku takut mungkin ular. Jadi aku bergerak jauh dari kereta dan aku melutut. Aku dapat ada kelibat binatang.

Aku bergerak ke depan dan aku lihat ada seekor kucing gelandangan mendekam di bawah enjin Iriz. Anjing itu berhenti menyalak dan berjalan jauh ke barisan pokok2.

Aku berfikir mungkin kucing itu menyorok kerana takut dimakan anjing liar itu. Aku terpaksa halau kucing itu sebab aku tak mahu ia tergilis tayar nanti. Aku suruh kucing itu pergi ke kereta lain. Ya, aku bercakap dengan kucing itu. Tapi ia tak faham agaknya.Tak macam anjing tadi. Lalu aku hidupkan enjin. Barulah ia bergerak.

Tapi aneh. Kucing itu tak menyorok. Ia  hanya duduk di tepi kereta sambil mengiau pada aku. Ia tak takut anjing? Aku cari anjing tadi dengan anak mata. Tak ada di bawah pokok. Aku nampak anjing itu duduk di jujung koridor berbumbung. Aku gamit anjing itu berkali kali. Anjing itu lihat aku. Aku tunjukkan pada kucing tadi seolah olah beritahu 'cepat kejar dan makan kucing tu'.

Tapi anjing tu tak menyalak. Malah terus berbaring sambil meletak dagu pada kaki depannya. Tak pedulikan kucing tadi. Tapi matanya masih melirik pada aku sekali sekala.

Akhirnya aku buat kesimpulan: anjing tadi menyalak kerana nak halau kucing dari bawah   kereta sebab berbahaya. Baik sungguh anjing itu.

Mama pula buat kesimpulan: kucing tu kawannya. Anjing tu cuba selamatkan kawannya. Mama cakap 'anjing dan kucing zaman sekarang tak macam dulu-dulu. Mereka dah kawan-kawan je.'

Ye ke?



.

6 comments:

mokja said...

Saya pun suka bercakap dengan binatang2. Ayam,kucing,anjing macam faham bila kita bersoal jawab dengan mereka. Eh...jgn ada orang salah faham sudahlah. Ingat kita tak serupa manusia..hehe.

Nizam.Ariff said...

Mokja.
Asalkn takde org nampak kita berckp, kira ok lagi...haha

cinta said...

Zaman sekarang anjing dan kucing pn dh tak gaduh2. Tp manusia sesama manusia, sama bangsa, sama agama pn nk tikam menikam.

Malu kat anjing.

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Betul tu....

amerjaya said...

nice entry bro nizam.. btw I have followed you. here's my link amerjaya.blogspot.com.. Visit me back, maybe? :D

Nour Adieb said...

baca kat atas, ingatkan anjing tu nmpk hantu. baca sampai habis, rupanya nak elak kucing tu dr dlanggar. haiwan sesama haiwan pun berkasih syg

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com