Aku perhatikan untuk berniaga, kalau nak yang lumayan, harus berdasarkan 2 perkara ini:
Bertema akan Nafsu
Bertema akan Ketakutan
Nafsu yang paling payah untuk ditundukkan adalah satu kemenangan mudah untuk diniagakan. Antaranya:
- Nafsu yang berpaksikan perut- makanan yang terlajak lebih. Alang-alang jual nasi lemak, jualkan lauk pauk yang berpuluh jenis. Kalau berniaga burger, jual yang 3 tingkat daging. Kalau berniaga kek, jadikan keju atau coklat meleleh dan bergenang. Pendek kata, jangan jual yang alang kepalang. Buakkan nafsu makan mereka sampai orang yang masih kenyang pun terasa lapar.
- Nafsu yang berpaksikan kemegahan- barang atau servis yang boleh menjadikan seseorang itu terasa seperti raja yang lebih dari firaun. Apabila diguna, berbakul bakul puji pujian akan diterimanya. Atau terasa megah hingga terasa terbang di awan walau pun hakikatnya hanyalah sepatu yang diinjak-injak di atas debu (hanya contoh).
- Nafsu yang berpaksikan seraqah- yang boleh membuatkan seseorang itu lebih haiwan daripada binatang. Yang membuang rasa malu. Atau mahu membuatkan orang lain menjadi giur dan lupakan songkok ketayap. Walau hanya secawan kopi pahit tetapi mampu membuatkan seorang tua menjadi gagah seperti seekor singa jantan (hanya contoh)
Ketakutan menjadi pendorong yang kuat buat seseorang untuk lari darinya. Hingga sanggup bergolok gadai.
- Takut sakit dan mati- kematian dan kesalitan adalah 2 perkara yang paling digeruni hatta firaun sekali pun. Menggunakan tema ini, banyak produk yang boleh dijual. Penawar untuk kesakitan adalah barang niaga yang lumayan, walau pun sekadar air paip yang telah diserapahkan (hanya contoh)
- Takut tua dan hodoh- ketakutan seterusnya ialah menjadi tua. Tak perlulah diceritakan lafi, terlalu banyak yang boleh dilihat
- Takut jadi miskin- miskin bermakna banyak keperluan dan kehendak sukar untuk diperolehi. Tetapi yang lebih takut menjadi miskin ialah orang yang kaya. Pelik sungguh. Sedangkan orang yang miskin lebih pasrah dan redha. Agaknya inilah yang dikatakan harta kekayaan takkan pernah cukup walau hakikatnya harta dia cukup untuk dikongsi hingga cicit yang ke 7. Itulah sebabnya skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi hingga tak masuk akal sering dicari.
Aku tak suruh berniaga dengan tema tema di atas, namun ia sekadar renungan untuk difikirkan.
.
5 comments:
Byknya 'hanya contoh'. Hee..
ooo macam tu ka...
Nice entry...tips berguna...boleh singgah dekat
https://apaviral.blogspot.my/
biasanya sebelum keluar shopping, makan kenyang2 dkt rumah dulu. InShaaAllah, nafsu boleh dikawal.
Cinta.
Sbb byk sgt yg boleh dijadikan contoh...haha
Tijah.
Bila nk update blog?
Hot insta.
Thank you... dtg lg...
SvS.
Itu satu petua yg bagus... mkn kat rumah dulu...
Post a Comment