.
Proving is just a process of believing in something. If you have already believed in something, then you dont need any proof anymore.
Dalam banyak filem cereka atau fiksyen sains, kita selalu anggap remeh dengan watak dan dialog, terutamanya falsafah di balik cerita tersebut. Ini gara-gara kita tahu bahawa itu semua hanyalah cerita atau teori oleh pencerita.
Tapi tak semua benar-benar sedar, terutamanya kanak-kanak. Sedikit sebanyak falsafah cerita itu meresap masuk dalam minda secara halus.
Apabila kita terlihat atau diajukan sesuatu yang berkaitan dengan falsafah atau teori, otak kita akan mula mencari imej atau cerita dari lubuk minda. Tanpa kita sedari, kita mungkin akan terdetik 'oooo....patutlah' atau 'hmm...mungkin betul begitu'.
Ini kerana otak kita suka mencari perkaitan diantara perkara-perkara yang samar atau isolated. Kerana kita manusia, memang kita diberikan kebolehan untuk mencari jawapan kepada misteri. Sebab itulah manusia boleh maju, sebab itulah kita khalifah.
Kalau kita biarkan lagi, mungkin ia mula membina keyakinan...selapis demi selapis. Hinggalah ia membentuk kepercayaan.
Dan apabila kepercayaan telah ada, apa perlunya kita mencari bukti lagi???
Hatta segunung bukti dan hujah diberi, amat payah untuk mengikis kepercayaan.
Maka berhati hatilah dengan jarum jarum halus seperti itu. Inilah 'santau' minda alaf baharu...
.
2 comments:
Ye lah. Mcm santau.
Cinta.
Hati2 taw...
Post a Comment