.
Sunday, July 30, 2017
Friday, July 28, 2017
Mahu pencen awal? Tentukan situasi diri dulu...
.
Seorang sahabat, pada satu petang, berbual tentang dia nak pencen awal. Kami berbual secara maya (baca: whatsapp).
Kami bertukar2 pandangan dan perancangan. Sambil berbual itu (baca: menaip), aku lakarkan sesuatu:
Aku suruh dia tentukan situasi dirinya untuk 3 perkara itu: passive income, active income, basic expenses - high, medium, low.
Basic expenses ye. Perbelanjaan nak melancong, bayar ansuran emas permata, bayar duit kutu, belanja dapur untuk lauk ketam dan udang galah etc bukan basic expenses ye. Basic expenses adalah bil-bil dan komitmen lain yang perlu dibayar, termasuk sewa atau ansuran rumah dan kereta.
High, medium, low: ia bergantung kepada tafsiran diri. Bukanlah kuantitatif, ia lebih kepada kualitatif. Nilai RM100 bagi orang kurang berada tidak sama dengan orang kaya.
Ada 3³ = 27 kombinasi. Kombinasi2 itu boleh dikategorikan kepada 5 situasi: tenat, tak stabil, stabil, selesa dan mewah. Contohnya:
Biasanya kalau dah tau keadaan diri, kita akan bermotivasi untuk mencari jalan untuk menjadi lebih baik.

Thursday, July 27, 2017
Revolusi Industri 4.0
.
The 4th jump in Industrial Revolution.
Or rather Industrial Evolution?
Information age has axed another industry, with its Big Data and connectivity. Kepada yang gemar mengikuti sejarah revolusi industri, yang pertama sekali telah berlaku pada 1800an dengan teknologi enjin wap.
Setiap kali berlaku revolusi industri, akan ada banyak pihak yang terkesan. Tapi Revolusi Industri 4.0 ini aku rasakan seperti permulaan Evolusi Industri...apabila banyak industri mula mengorak langkah dari dunia mekanikal dan elektrikal ke dunia digital.
Sebahagian industri telah pun mengorak langkah ke arah situ...seperti perubatan (pembedahan jarak jauh), pertahanan, pelancongan, perdagangan...
Kepada industri pembuatan, ianya satu lonjakan yang tinggi. Kita perlu melompat. Bermula dengan sektor pendidikan dan penjana tenaga kerja.
Aku jangkakan ia akan turut mengubah hingga ke tahap kelompok sosial dan budaya (terutamanya budaya kerja).
Aku juga jangkakan ia akan memberi pengaruh kepada struktur sosial (terutamanya dengan anjakan tahap pendidikan dan kemahiran).
Aku juga jangkakan, dengan lonjakan teknologi ini, akan ada yang ikut melonjak dari tubir-tubir jambatan dan bangunan tinggi (terutamanya mereka yang tak mampu beradaptasi dengan keperluan 'new skill set', yakni mereka yang diusir ketepi oleh 'new breed of skillful entrē').
Kita perlu melompat. Anak-anak kita perlu melompat.
You jump, I jump...
Or I jump into the wrong side.
.
![]() |
| Imej: Zenith Bizness Excellence |

Sunday, July 23, 2017
Ulat, kepompong dan dot dot dot
.
Aku nak bela 2 ekor ulat tu. Aku bagi makan daun yang mereka suka makan...daun pokok lemon yang aku tanam. Selalu sangat gondolnya pokok aku tu dimakan kaum kerabat mereka.
Aku bela di dalam rumah sebab aku tak nak dimakan burung kalau dibiarkan di luar. Kasihan ulat2 tu.
Aku nak bela sampai mereka jadi kepompong. Lepas tu... ermm... lepas tu?
Kalau dah jadi rama2 cantik, aku nak pin dan frame kan.
(Perkara jahat kerap juga bermula dengan niat yang baik)

Thursday, July 13, 2017
Serapuh sayap si rama-rama- BHGN. 2
.
(Komen dari blogger Cinta, cerita dalam post sebelum ini tak lengkap, katanya).
Tapiii.....hidupnya dah tak lama...sudah diakhir kitaran.
Kalaulah diakhir2 ini barulah kita rasa senang dan hidup selesa, janganlah kita benci kehidupan masa payah dan sukar dulu-dulu... Sebab mungkin nanti kita membenci sebahagian besar usia hidup kita....

Tuesday, July 11, 2017
Serapuh sayap si rama-rama...
.
Kalau nak cari satu contoh transformasi yang ekstrem, bolehlah dilihat pada rama-rama. Dari sebiji telur sekecil biji sawi, kepada beluncas sebesar lidi hingga menjadi kepompong dan akhirnya rama-rama yang anggun. Metamorfosis yang berubah secara lahiriah dan batiniah.
Dari segi makanannya pula, sekian lama hanya memakan dauh yang pahit. Tak pernah bosan. Tak pernah mengeluh. Dan ia hanya dapat memakan madu diakhir kitaran setelah menjadi rama-rama.
Dari segi kebebasan pula, ia terkurung dalam dunia berdaun. Terkurung dalam bentuk tubuh yang hodoh dan gemuk. Dan ia hanya dapat terbang bebas ke dunia lain setelah menjadi rama-rama.
Dan ia dikeji dan dilihat jijik, sehinggalah menjadi rama-rama barulah dipuji dipuja sehingga dibuatkan lagu.
Tapiiii.....

Tuesday, July 4, 2017
Melaka, raya dan pancawarna...
.
Katanya, orang-orang di Melaka menyambut hari raya dengan meriah rumah-rumahnya sekali. Raya tak menjadi kalau rumah tak dihiasi warna-warna yang baharu. Bukan setakat warna baharu, warna perlu serasi juga...hatta tiang pagar perlu serasi dengan bunga.
Aku dapati kata-kata mereka itu ada asasnya.

Subscribe to:
Comments (Atom)