.
Entry sebelum ini aku ceritakan tentang jalan pencong baharu yang melalui Kampung Ladang Bikam. Juga aku ceritakan tentang hasil tanaman yang segar yang boleh dibeli di gerai2 di tepi jalan...alternatif (?) kepada Pekan Bidor.
Selain ubi kayu kulit merah, aku juga beli Jagung Manis. Harganya aku anggap sebagai 'mesra ekonomi domestik' kerana dengan saiz A, aku boleh dapat 8 tongkol untuk RM10. Kalau pandai tawar menawar mungkin dia bagi setongkol lagi.
Selain direbus, aku juga buat cucur jagung ... bercampur bawang, cili, jintan...dan tepung gandum + sedikit tepung goreng pisang Adabi supaya lembut dan berongga.
Sarapan pagi dengan Teh O Bukit Cheeding...wangi teh tu.
.
2 comments:
adeh, hujan ni. lapar lak tu...
terasa nak mntk sikit...
hehe.
Rap.
Dah abissss....haha
Post a Comment