Sunday, September 3, 2017

Ubi Tumis dan Kopi O

.

Akhir2 ini aku guna laluan pencong melalui Ladang Bikam selepas simpang di Sungkai. Ia laluan singkat untuk pulang ke Teluk Intan.

Dulu2 aku ikut Bidor. Di Bidor ada banyak gerai buah2an di tepi jalan / tepi bangunan. Ia menjadikannya sesak.

Banyak buah2an di Bidor juga berasal dari ladang di sekitarnya, terutamanya Ladang Bikam. Nah...sekarang ada laluan pencong melalui perkampungan buah2an dan hasil ladang itu. Cuba teka apa akan jadi kepada perniagaan buah2an dan hasil ladang itu?

Ketika pulang ke S. Alam petang tadi. Aku singgah di gerai2 di tepi jalan sempit di pekan Ladang Bikam. Akuahu cari hasil ladang untuk dibawa pulang. Salah satunya, Ubi Kayu.

Peniaga berbangsa Cina itu cakap bahasa Cina dengan aku. Entah apalah yang dia kata tentang Ubi Kayunya. Aku diamkan sahaja. Aku tak melatah. (Sebenarnya, aku sudah terbiasa dan lali dengan situasi itu: aku kerap disangka berbangsa Cina).

Hanya setelah Mama datang dekat aku, barulah peniaga Cina itu ulang semula kata2nya dalam Bahasa Melayu.

Katanya, itu ubi kayu berkulit merah (dia gores kulit ubi itu dengan kukunya dan memang kulit selaputnya merah), baru dicabut dan hanya RM1.50 sekilo. Untuk dibuat ubi rebus atau digoreng, elok guna ubi kayu merah kerana lebih lembut. Ubi kayu putih atau kuning elok dibuat kerepek, pada pendapat aku.

Tapi aku beli ubi kayu merah itu untuk ditumis dengan cili padi, bawang, kunyit, ikan bilis...dan jintan putih + jintan manis.



Dan airnya pula Kopi O 434 dari Johor. Lazat dan nikmat....

.

3 comments:

Lady Windsor said...

aku cuma tahu makan ubi kayu rebus dan tapai ubi kayu atau kadang kala ada terjumpa tapai ubi kayu goreng..itu resipi mama kau buat tu nampak sedap juga eh..

LydSunshine said...

Macam kentang sambal juga la konsep dia kan? Aku kalo dah makan makanan yg ada ala-ala lada dan bawang ni, harus nak makan dgn nasik. Kehkeh. Mmg melayu sejati.

Nizam.Ariff said...

LW.
Silakan mencuba...dan update dlm blog..hehe

LadyS
Ya...tapi ubi ni tak payah digoreng dulu. Bubuh air dalam tumisan tadi dan bubuh ubi...tutup sampai empuk dan keringkan.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com