Monday, January 8, 2018

DIY - Self Watering Pot gaya Nizam.Ariff

.

Kita ni suka menanam. Oleh kerana hanya tanah selebar siput melintas, penggunaan pasu bunga menjadi pilihan. MASALAH-nya, bila balik kampung 3-4 hari, pokok-pokok menjadi kering. Paling tidak pun, pokok menjadi layu seterusnya merencatkan tumbesaran.

Aku lihat dalam Google dan You Tube menggunakan tajuk 'Self Watering Pot'. Tapi setakat ini aku tengok banyak yang gunakan bekas plastik sebagai 'tangki air' di letakkan di bawah pasu. Rasa macam mengganggu kecantikan pasu pula.

Malam tadi aku termenung depan pasu dan terkeluar satu idea: apa kata kalau letakkan mangkuk / bekas plastik itu di dalam pasu?

Maka, setelah berpuluh kali dahi berkerut sehingga ditegur Mama (aku suka 'mind lab' atau 'mind design') akhirnya aku hasilkan sistem begini...



Self Watering Pot - internal retention system

Caranya mudah:
Gunakan bekas plastik terpakai (saiz yang sesuai dengan besar pasu tetapi tidak menutupi lubang pasu). Isikan bekas plastik dengan batu kelikir pelbagai saiz (eloknya yang sederhana besar). Susun batu dalam keadaan longgar dan maksimumkan rongga (kerana rongga ini akan menyimpan air).

Letakkan bekas plastik berisi batu kelikir di dalam pasu bunga (tepi atau tengah, asalkan tinggalkan satu lubang pasu tak tertutup)  kemudian isikan tanah dan tanam pokok.

Sistem ini akan mengumpul air di dalam bekas plastik setiap kali disiram (cukup untuk melembabkan tanah selama beberapa hari). Jikalau hari hujan atau terlebih siram, lebihan air masih boleh melimpah keluar. Dengan cara ini juga bekas plastik itu terlindung dari pandangan.

Ini baru rekaan, belum cubaan. Nanti aku akan cuba dan maklumkan bagaimana hasilnya.


.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com