Friday, December 21, 2018

Ep. 6 Kembara di 2 Tanah Haram

Seterusnya...

Bersolat di tempat Imam / berdoa di Multazam dan di pintu Kaabah

Ada 3 lokasi cabaran di sepanjang dinding bahagian pintu Kaabah: Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah), pintu Kaabah, kawasan Imam bersolat).

Multazam dan kawasan berhampiran pintu Kaabah dikatakan antara tempat mustajab doa. Berdoa sambil berdiri tidak menjadi masalah besar untuk lelaki tetapi menjadi cabaran besar buat wanita kerana terpaksa bersesak2. Sayugia kaum wanita mesti ditemani/dihadangi oleh pasangan atau mahram ketika berdiri dan berdoa di situ.

Manakala bersolat di tempat Imam adalah cabaran besar kerana lokasi itu hanya beberapa kaki dari dinding Kaabah, sedangkan jemaah berpusu-pusu menerpa dinding Kaabah sampai bertolak2.

Caranya, pastikan ke situ berdua kerana salah seorang akan menjaga ruang untuk solat, kemudian bergilir untuk solat. Solat secara ringkas, lebihkan berdoa ketika sujud akhir.

Aku ke situ pada awal pagi sebelum azan Subuh pertama dilaungkan. Pada masa itu jemaah tak ramai tetapi tetap ada yang bergayut pada Kiswah di kawasan itu.

Masuk dengan tawaf sunat, semakin masuk ke lingkaran dalam pada tiap pusingan. Elok ikut kumpulan jemaah yang memakai Ihram kerana selepas mereka habis 7 pusingan, mereka akan keluar  dari penjuru Hajar Aswad menuju ke pintu Saie. Mereka akan menjadi 'benteng' sementara. Ketika itu, aku selinap masuk ke kawasan Imam, kuak2 jemaah sikit dan terus solat. Biasanya, konsep 'siapa dulu, dia dapat' diguna-pakai di sana. Tapi janganlah sampai berjam2 tak berganjak. Orang lain pun nak juga. Lagi pun di sana, isi hati penting untuk dijaga. Berbaik2 dan tolong2 jemaah lain, Allah akan tolong kita pula.

Jika ada jemaah berdiri di tempat sujud, tunggu sebentar atau tolak dengan tangan. Mereka akan faham dan akan beralih sebentar. Lebih mudah jika ke situ berdua.


Jubin coklat pada Syazwran menandakan tempat aku berdiri adalah tempat Imam

Aku jaga Mama, cukup luas utk solat


Sambung...

.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com