Seterusnya...
Menyentuh rukun Yamani / Mengucup Hajar Aswad
Rata-rata yang bersesak-sesak di kedua-dua penjuru ini adalah jemaah dari India/Pakistan/Indonesia. Oleh itu, kita hanyalah dianjurkan hanya mengucup dari jauh jika tiada kelapangan. Manakala bagi jemaah wanita, sangat-sangat tidak digalakkan kerana menjaga aurat/kehormatan itu wajib berbanding sunnah mengucup Hajar Aswad, kecualilah ada ruang yang bersesuaian. Itulah pesan mutawif. Oleh kerana itu, aku tak bawa Mama ke situ.
Tiada masalah besar untuk menyentuh batu dinding Kaabah di penjuru rukun Yamani kerana tidak berapa ramai orang. Tapi, keadaan di Hajar Aswad sungguh sesak, malah sampai ada yang bergayutan pada Kiswah.
Perlu ada kawan untuk terjah ke Hajar Aswad. Seorang untuk membuat lorong untuk seorang lagi merapati Hajar Aswad. Kerjasama memang perlu. Sebelum itu, lihat dulu siapakah yang bersesak di Hajar Aswad. Jika jemaah dari India, masih boleh dirapati. Jika jemaah dari Pakistan / Pak Arab yang bertubuh besar / jemaah Indonesia yang datang secara berkumpulan, tangguhlah dahulu. Teruskanlah dengan tawaf sunat.
Buat solat Hajat minta rezeki dan dipermudahkan. Jika dilihat ada rezeki/kesempatan, lihat 'arus' manusia yang merapati Hajar Aswad. Biasanya jika diamati, akan terlihat semacam ada satu aliran masuk dan keluar. Ikutilah aliran itu, jangan dilawan dan banyakkan bersabar kerana ini semua rezeki. Biasanya jemaah lelaki datang ikut kiri Hajar Aswad, jemaah wanita datang ikut kanan. Sesiapa yang sudah mencium, dia keluar melalui jalan tengah.
Dalam berasak-asak itu, ada seorang Indonesia di depan aku. Dia merapati dinding Kaabah di sebelah kiri Hajar Aswad. Oleh itu aliran menjadi terhalang sekejap, lalu aku terus membongkok dan menolak kepalaku ke dalam Hajar Aswad. Untuk keluar, aku tolakkan kaki aku ke dinding Syazwran (kaki Kaabah). Kalau tidak, memang tak boleh keluar kerana jemaah akan sentiasa bersesak rapat.
Sambung...
.
No comments:
Post a Comment