Thursday, May 23, 2019

Kacang dhal VS kacang parpu untuk Masalodeh rangup?

.
Keliru...
Tapi bak kata orang, tak tahu, bertanya. Pada mulanya, aku tertarik dengan kacang parpu yang berwarna oren dan menyelerakan. Tapi untuk Wade', kacang dhal ramuannya.

Ya, kacang dhal yang berwarna kuning cair dan kusam itu. Mama beli sebungkus untuk dibuat Wade' atau Masalodeh untuk berbuka puasa.


Resepi Masalodeh ada banyak di laman maya. Pilih sahaja. Petua yang patut dicari ialah cara yang terbaik untuk elakkan Masalodeh tercerai semasa digoreng. Antara petua yang aku kumpulkan ialah:

  • Rendam kacang dhal semalaman tapi kena tos lama-lama (>3 jam) agar benar-benar kering. 
  • Campurkan sebiji telur (untuk sukatan 1½ cawan kacang dhal kering) ketika digaul. 
  • Blender kan sekali dengan 2-3 sudu nasi sejuk, atau... 
  • Gaulkan dengan sesudu tepung jagung. 
  • Ketika menggoreng, pastikan minyak benar-benar panas dan jangan balikkan sebelum kekuningan. 



Aku gunakan 2 sudu besar untuk putar-putarkan bagi membentuk Masalodeh, itu sebabnya kuih tu tak leper macam biasa. Aku tak gunakan tapak tangan sebab takut tersentuh/terpercik minyak panas masa menggorengnya.

Selamat berbuka puasa dengan Masalodeh....

.

1 comment:

sudipVSsenduk said...

sVs panggil magelek

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com